
Resipi Kuih Ketayap Guna Buah Naga, Biasa Buat Jus Kali Ni Kita Buat Kuih
Kuih ketayap biasanya berwarna hijau dan dibuat menggunakan daun pandan selain pewarna makanan. Apa kata kali ini kita buat sedikit kelainan. Kalau biasa ketayap warna hijau, kali ini kita buat warna ungu.
Inti kuih ketayap tentunya kelapa muda yang dimasak bersama gula merah. Ada juga yang memasak inti kuih ketayap bersama gula kabung. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Jom kita cuba resipi membuat kuih ketayap seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini.
RESIPI KUIH KETAYAP BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan jus buah naga
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.
3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.
4. Tuang satu senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).
5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
1/2 biji kelapa putih
1/2 cawan gula
1 cawan jus buah naga
2 helai daun pandan
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan.
2. Masak hingga inti sedikit kering.
3. Masuk satu sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.
LANGKAH SETERUSNYA:
Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zura Zul
Nak Pastikan Arah Kiblat Tepat, Panggil Je Ahli Falak Ke Rumah Untuk Buatkan. Caj Murah Je, RM50. Boleh Sangatlah!

“Saya tengok arah kiblat saya selama ini dengan aplikasi kiblah berbeza. Saya tinggikan handphone satu kaki dari lantai. Jarum kiblat di telefon bimbit berubah-ubah kerana diganggu medan elektromagnet”
Perkongsian pengalaman daripada Puan Ara Sara berkenaan dalam mencari ketepatan arah kiblat mungkin juga pernah anda alami. Perbezaan yang timbul, menyebabkan hati berasa bimbang andai solat kita selama ini tersalah arah.
Oleh ada baiknya kita serahkan pada yang pakar, mungkin ramai belum tahu bahawa sebenarnya kita boleh mendapatkan khidmat daripada ahli falak untuk menentukan arah kiblat, caj yang dikenakan pun tidaklah mahal dan ini dikongsikan secara jelas oleh Puan Ara Sara. Mengetahui lanjut ini perkongsiannya;
Semasa saya nak solat di hospital Johor tempoh hari, adik saya tegur. Dia kata ukuran kiblat kalau terpesong 1 darjah, akan menyebabkan pesongan 122 kilometer dari kedudukan sebenar Kaabah. Adik saya suruh install Qalby Apps by Mizz Nina.
Balik Putrajaya, saya tengok arah kiblat saya selama ini dengan aplikasi kiblah berbeza. Saya tinggikan handphone satu kaki dari lantai. Jarum kiblat di telefon bimbit berubah-ubah kerana diganggu medan elektromagnet. Oleh kerana dalam rumah saya ada banyak logam, arah kompas tidak jitu.
Kalau bermusafir, boleh la saya guna aplikasi sebagai alternatif. Tetapi untuk rumah sendiri, sudah tentu saya mahu sistem teodolit yang mempunyai tahap ketepatan yang tinggi. Takut orang solat berkiblatkan Mekah, saya menyonsang ke Baitulmuqaddis.
Saya terus cari ahli falak untuk tentukan hala kiblat melalui pencerapan matahari. Cahaya masuk rumah saya pukul 9 pagi hingga 6 petang. Dia tak ukur pukul 12 hingga 2 petang sebab bayang-bayang menjadi pendek.
Pukul 3 petang, ahli falak datang dengan uniformnya. Dia bawa pelbagai equipment, tablet, dan tangga.
Excited saya tengok dia buat kerja. Macam kaji kosmo fiqah. Terasa kehebatan tamadun Islam dalam ilmu astronomi.
Furqan terkinja-kinja tengok laser. Semasa ahli falak sedang tampal stiker di siling, Furqan lari terlanggar lampu dia. Dengan sabarnya dia setting balik. Saya marah Furqan dengan sopan, padahal hati saya dah bertukar jadi singa.
Setelah selesai, ahli falak lukis anak panah dan kordinat di atas kertas, berpandukan jubin. Kertas ni boleh jadi rujukan untuk bilik lain. Saya photostat kertas ni untuk diberi kepada jiran yang kedudukan rumahnya di atas dan di bawah rumah saya.
Hasil ukuran, kiblat yang ditentukan berada di tengah-tengah antara kiblat asal saya dan kiblat aplikasi. Kos keseluruhan RM50.
……………………………………………………………..
Arah kompas untuk kiblat adalah 292°. Selebihnya serah kepada Allah. Islam itu mudah. Posting ini hanya sekadar perkongsian.
Untuk semak sendiri, digalakkan buat ketika istiwa a’zam (kedudukan matahari tetap di atas kaabah)
Ustaz berikut merupakan ahli falak dari jabatan mufti
•Selangor: Isi borang https://www.facebook.com/1545826402395030/posts/2746263022351356/ atau En. Abdul Latip Ibrahim 0166061653 (Setiausaha Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor)
•Putrajaya: https://wa.me/60193623578?text=Farhan
•JohorBharu: https://wa.me/60197566385?text=Asri
•Pahang: https://wa.me/60139860607?text=Ghazali
•Perak: https://wa.me/60124200620?text=Faiz
•Sabah: https://wa.me/60195367902?text=Jumad
•Sarawak: https://wa.me/60138827726?text=Razalie
•Melaka: https://wa.me/60133077030?text=Saiful
•Penang: Percuma untuk premis awam http://mufti.penang.gov.my/index.php/hubungi-kami/borang-permohonan-penentuan-arah-kiblat?fbclid=IwAR1yuXjlWvCQY-ea3K80YbdT2twhzrYlh_Va4SC-fix8kgH2HR81ZmRndUs atau https://wa.me/60174670890?text=Jais
Sumber : Ara Sara
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Elak Terhidu Gas Monoksida Bocor, Ikut Cara Ini Jika Terpaksa Tidur Dalam Kereta Sebab Ngantuk

Semalam berlakunya insiden yang cukup menyedihkan di mana tiga rakan yang dalam perjalanan pulang dari bercuti meninggal dunia akibat terhidu gas monoksida yang bocor.
Kejadian malang tersebut berlaku selepas mangsa dikatakan berhenti rehat dan tidur seketika. Seorang lagi mangsa dikatakan masih di hospital. Kejadian berlaku di kawasan parkir stesen minyak di Samagagah di Lebuhraya PLUS arah utara.
Hasil pemeriksaan dilakukan, juruteknik itu syak berlaku kebocoran pada ekzos MPV berkenaan. Ini kerana, ketika pemeriksaan, ekzos itu mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat. Kebocoran itu menyebabkan asap disedut masuk ke dalam ruang MPV berkenaan.
Justeru, tip ini mungkin boleh membantu pemandu yang berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Tips Jika Terpaksa Tidur Kejap Dalam Kereta Sebab Ngantuk.
Susulan kes gadis maut kerana terhidu gas monoksida ketika tidur dalam kereta baru-baru ni, nak share sikit beberapa cara kalau terpaksa juga tidur dalam kereta sebab ngantuk:
1. Flap aircond dibuka bagi pengudaraan angin daripada luar ke dalam kereta berbanding udara aircond terkepam sahaja di dalam kereta (Cara nak buka rujuk gambar sama ada perlu tekan atau pusingkan tombol suis di kereta)
2. Tingkap dibuka sedikit juga bagi pengudaraan angin keluar masuk. (Cara dia buka atau turunkan cermin tingkap sedikit sahaja lebih kurang sebesar 50sen. Kalau besar sangat takut lain pula jadi macam orang boleh masukkan tangan dan sebagainya.
PENTING: Barang peribadi yang penting macam telefon dan beg dompet juga perlu disimpan dalam dashboard atau bawah seat kerusi)
3. Paling selamat sekali matikan je enjin kereta. Tapi tingkap pun mesti buka sikit bagi pengudaraan angin keluar masuk.
Semoga perkongsian ini dapat selamatkan lebih banyak nyawa inshaAllah. Sebarkan untuk manfaat orang ramai.
Puding Biskut Marie Pencuci Mulut Best! Orang Tua Pun Boleh Makan

Bila bercakap tentang pencuci mulut ni, pastinya ramai yang takut untuk mencuba menu lain daripada yang lain. Ada juga yang anggap pencuci mulut perlu bahan yang mahal.
Jangan bimbang, kali ini resipi yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini sangatlah sesuai untuk para ibu atau bapa sediakan di rumah sahaja.
Puding biskut marie bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak, malah menjadi kegilaan orang dewasa dan warga emas juga. Jadi, jika anda mahukan menu yang istimewa ini, memang sangat disarankan untuk mencuba!
Puding Biskut Marie
Bahan-Bahan:
Loyang saiz 8 inci
Lapisan Pertama : Coklat
- 12g agar-agar tali
- 4 cawan air ( 1 cawan air = 250ml)
- 1 cawan dairy whipping cream ( kalau takde gantikan dengan susu cair)
- 1 sudu makan butter. Tak kesah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh
- 7 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- 5 sudu makan milo (Sudu makan tu yg sudu besar kita buat makan apa-apa tu tau)
- Secubit garam
- 1/2 cawan dark chocolate
- 3/4 cawan gula (190 gram gula)
Lapisan Kedua : Putih
- 6 gram agar agar tali
- 2 cawan air
- 1 cawaan susu cair
- 1/4 cawan gula ( 80 gram gula )
- 1 sudu kecil essen vanila
Cara-Cara:
Lapisan Pertama : Coklat
– Masukkan 4 cawan air + 12g agar-agar tali yg telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar agar tali tadi.
– Baru masukkan 3/4 cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.
– Dah larut masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati.
– Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
– Selepas itu masukkan 1 cawan dairy whipping cream ( kalau takde gantikan dengan susu cair) . Kacau sampai separuh sebati.
– Masukkan 1 sudu makan butter.
– Gaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dia dh sebati biarkan dia mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit shj.
– Bila dah mendidih tadi masukkan 1/2 cawan dark chocolate. Kacau atas api yg perlahan..dah sebati, terus off api.
– Masukkan secubit garam, kacau sebati dan
biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang
– Tuang atas loyang dulu adunan tadi sampai tak nampak base loyang, then baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, cover balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.
– Setkan dalam peti 2 minit sahaja, then sambung letak lagi biskut marie. Dan terus cover dengan lebihan coklat tadi.
– Means ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi.
– Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih
Lapisan Kedua: Putih
– Letakkan 2 cawan air + 6 gram agar agar tali yg dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar agar tali tadi, baru masukkan 1/4 gula..dah larut masukkan 1 cawan susu cair.
– Kacau sebati & biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Off api dan masukkan 1 sudu kecil essen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yg dah set tadi.
– Cucuk-cucuk dengan garpu dulu tau agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong
– Tuang rendah dan perlahan lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.
Sumber: Muhammad Ali