Bentuknya seakan-akan kuih donut, namun saiznya yang sedikit kecil serta warna lebih gelap memudahkan peminat kuih muih mengenal pasti. Kuih keria yang juga dikenali sebagai kuih kelang adalah kuih tradisional melayu yang menggunakan keledek dan gula sebagai bahan utama.
Kalau ibu-ibu nak tahu, kuih ini viral sekitar tahun 2016. Sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang semata-mata mahu menikmati rasanya yang sedap.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba sendiri, apa kata anda cuba resepi kuih keria viral yang dikongsikan oleh saudari Azura Hamzah ini. Siap video untuk memudahkan anda.
Assalammualaikum selamat pagi . Nak share dengan rakan2 keria gula melaka saya. Alhamdulillah dah masuk tahun ke 3 menjual . tak pernah mengecewakan.
Resepi kuih ni mudah je .. Untuk minum petang-petang boleh la cuba untuk keluarga . disini saya sertakan bahan-bahan untuk buat 20 biji kuih keria.
Ads
Bahan-bahan :
– Keledek putih + Keledek oren (1kg) – Tepung gandum (Agak2 je . jangan banyak sangat nanti keras ) – Gula melaka ( 2 bongkah *jangan terlalu besar ye*)
Meraikan Hari ulang tahun perkahwinan dengan cara yang cukup berbeza, demikian juga dengan pelawak, Atu Zero yang membawa isterinya ke masjid.
Menurut Shafeeqa Johari, hari istimewa Itu disambut dengan penuh teruja lebih-lebih lagi dia berkesempatan bertemu dengan pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sebagai kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6.
Kejutan Atu tersebut cukup membuatkan Shafeeqa gembira sementelah dapat bertemu dengan insan hebat tersebut secara lebih dekat.
“Sejuk je wajah beliau. Alhamdulillah. Dapat jumpa insan yang saya kagumi. Selalu tengok dekat youtube, live fb je.
“Dapat tengok live hari ni. Saya dapat suami tak pandailah nak buat surprise. Nak sorok-sorok berahsia dengan saya memang dia tak pandai. Mesti kantoi saya ni teliti orangnya.
“Tapi hari ni dapat suprise. Allah yang bantu dia suprisekan saya. Tiada anniversary dinner.
“Dia bawak saya pergi masjid lah. Tak plan pon tapi sampai Bukit Jelutong tu ngam-ngam ada @habibalizaenalalhamid ,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dimuatnaik ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi di laman Instagramnya.
Malah menurutnya lagi, kesempatan tersebut juga sesuai dengan situasi Mereka yang kini sedang berusaha memperbaiki diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Dapatlah dengar ceramahnya live. Ada setiap selasa minggu kedua dan minggu terakhir setiap bulan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.
“Kawan-kawan yang teringin nak dengar live ceramah dia bolehlah pergi masjid Bukit Jelotong ya. Selasa selepas Magrib.
“Alhamdulillah, kita bukan orang baik tapi kita nak jadi sebahagian dari orang-orang baik. Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan ubah. Insyaallah, sama-sama kita ya @akueatu . Terima kasih,” ungkapnya lagi.
Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang kenal dan kagum dengan semangat serta keprihatinannya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Biarpun sering berjauahan dengan anak-anak dan isteri, namun Ebit Lew tetap cekal dan meneruskan misi dakwah serta membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Terbaru, Ebit Lew bersama kumpulannya berlepas ke Afrika untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat di sana, Biarpun situasi covid-19 masih lagi belum reda, namun mereka kental untuk meneruskan misi tersebut.
Usai tiba di tanah air, Ebit Lew terpaksa kuarantin sebelum dapat kembali ke pangkuan keluarga. Cukup sebak dan menyentuh hati tatkala melihat situasi Ebit Lew berkumpul kembali dengan anak-anak dan isteri.
“Doakan yer. Syukur dah selesai kuarantin. Rindunya ya Allah. Rindu sangat. Ya Allah betapa diriku sangat menyayangi bidadari dan anak-anakku.
“Sayangilah dirinya. Rahmatilah keluargaku. Bersama kami didunia sampai syurga
Situasi yang cukup menyentuh hati itu mendapat reaksi ramai. Rata-rata melahirkan rasa kagum dan terharu dengan pengorbanan ahli keluarganya dalam memberi sokongan untuknya meneruskan usahanya.
Biarpun mereka sedar, susuk tubuh bernama ayah dan suami itu kini terpaksa dikongsi bersama masyarakat di luar sana.
iburoselove Semoga Allah melimpahi Ustaz @ebitlew dan keluarga dengan rahmahNya. 🤲❤️
nr.syutMashaAllah bahagia tgk ustz dpt peluk lagi dgn anak ii ‘)
babypian.hajarshahirahSweet sangat ustaz. Moga ustaz sekeluarga bahagia dunia akhirat dan dipermudahkan semua urusan selalu💕
aisyiesAlhamdulillah..pengorbanan mereka buat kita semua..sentiasa berjauhan tanpa ayah di sisi..moga kalian dalam jagaan Allah sentiasa Aamiin
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.