Resipi Kuih Bingka Labu, Lembut Bergedik, Bakar Guna Air Fryer Je

Share

Resipi kuih bingka labu

memang enak dimakan sebagai sajian pencuci mulut. Kalau dahulu agak renyah nak masak kuih bingka labu, kini mak-mak boleh memasak kuih ini dengan cepat menggunakan air fryer.

Kuih bingka labu yang dibakar dengan menggunakan air fryer juga lembut teksturnya. Bau semerbak labu menggoda selera. Jika mak-mak berhajat nak buat kuih bingka labu, boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Eniza M.Salim ini.

Hasilnya cantik dengan permukaan atas yang garing. Nak masaknya pun mudah sangat! Bakar guna air fryer, kejap sahaja masak.

Resipi Kuih Bingka Labu, Lembut Bergedik

RESIPI BINGKA LABU

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula(boleh guna gula perang)
2 biji telur
1 cawan labu( yang telah di rebus + lenyek)
2 sudu kecil majerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan santan
Sedikit bijan
Beberapa titik pewarna kuning( optional)

Bakar Guna Air Fryer Je

Cara membuat:

  1. Kisar semua bahan di atas, kecuali bijan.

2. Tuang ke dalam acuan loyang yang telah di sapu marjerin. Taburkan bijan.

3. Bakar dalam air fryer. Suhu 160 darjah celcius selama 25 minit. 5 minit akhir, tambah suhu 180 darjah celcius  untuk dapatkan bahagian atas yang garing.

4. Bergantung pada air fryer masing-masing, jika dicucuk dengan lidi tapi masih belum masak, tambahkan lagi masa membakar dan rendahkan suhu.

 

Nota: Resipi ini menggunakan santan kotak kara 200 ml cukup untuk 1 cawan
Guna loyang 6′ (bergantung kepada saiz air fryer)

Sumber: Eniza M.Salim

Baca artikel lain di sini: Bingka Pandan, Nak Buatnya Terpaling Mudah & Confirm Jadi!

Nak Buat Bingka Pandan, Bingka Durian & Bingka Labu, Ni Resipi Dari Peniaga. Bila Buat Sendiri Barulah Puas Makan!

Makan Petang Bersama Bingka Buah Kelapa Sawit Legend. Bukan Takat Rare, Cara Buat Pun Mudah Je!