Resipi Kuih Apam, Lembut Dan Gebu, Elok Cantik Kembang Macam Bunga

Share

Kuih apam mempunyai rasa yang sedikit manis, lembut, gebu dan pasti akan memuaskan selera pencinta makanan manis. Enak dinikmati pada bila-bila masa, kuih apam menjadi pilihan ramai tanpa mengira peringkat usia.

Kuih apam juga antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi menu jualan di gerai-gerai dan juga restoran. Pendek kata kalau singgah hendak beli kuih di gerai tepi jalan yang menjual kuih muih, kuih apam ini mesti ada.

Hendak buat kuih apam ini tidak sesusah mana. Resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ini antara yang mudah nak dicuba. Sesuai sangat untuk minum petang atau sarapan.

Resipi Kuih Apam, Lembut Dan Gebu

RESIPI KUIH APAM 

BAHAN-BAHAN:

1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya

Elok Cantik Kembang Macam Bunga

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.

2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.

3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan.

4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.

5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas.

6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag).

7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit.

8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

NOTA: Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam. Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

Baca artikel lain di sini: Kuih Legend Apam Bakar Tetap Viral, Ramai Mencuba, Gerenti Jadi!

Resipi Apam Gula Hangus Paling Simple Nak Buat, Sedap & Gebu Hasilnya. Guna Blender Je, Wanita Ni Kongsi Caranya!

Kek Apam Susu Yang Lembut & Gebu Tak Melekat Di Loyang. Begini Cara Buatnya!