Hidangan kuey teow sup di kopitiam memang antara yang ‘terpaling’ sedap dinikmati. Kuey teow sup memang enak dinikmati ketika panas-panas. Walaupun ringkas namun hidangan ini punya pengikutnya yang tersendiri tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Sebenarnya kita boleh sahaja masak sendiri kuey teow sup ala kopitiam di rumah. Dalam masa 30 minit sudah siap masak. Resipi yang dikongsi oleh Siti Rahayu ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera.
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih (dicincang)
1 cawan minyak masak
3 ketul dada ayam
2 kuib pati ayam
Kek ikan
Bebola ikan
Minyak bijan
Air untuk merebus
Garam
Kuey teow (dicuci sekejap dengan air panas)
Sawi pak choy (direbus seketika)
Cili padi (dipotong)
Kicap manis/masin
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih hingga keperangan. Ketepikan.
2. Kuey teow dicuci dan dibilas dengn air panas untuk membuang minyak yang melekat pada kuey teow.
3. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Renehkan sehingga ayam masak. Angkat ayam sahaja dan ketepikan.
4. Masukkan kek ikan, bebola ikan dan kiub pati ayam ke dalam periuk tadi. Titiskan minyak bijan. Perasakan dengan garam dan biarkan sehingga mendidih. Siap!
5. Carik-carikkan isi ayam.
5. Hidangkan kuey teow bersama isi ayam yang dicarik, sambal kicap dan minyak bawang putih.
CILI KICAP:
Potong cili dan campurkan dengan kicap masin dan kicap manis.
MINYAK BAWANG PUTIH
Cincang satu labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih tadi. Goreng dan kacau hingga bawang garing dan kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.
Sumber: cik puan zee