Kuetiew adalah hidangan yang sering menjadi pilihan untuk hidangan seisi keluarga.
Salah satunya kuetiaw sup yang enak di makan panas-panas. Kepada yang nak cuba hidangan ini, jom cuba, memang sedap.
KUETIAW SOUP CHINESE STYLE
Menu ni Sesuai sangat buat para Isteri dan ibu2 yang bekerja tu sebab mudah dan cepat untuk disediakan.
Hanya amik masa sejam je kelentang kelentung utk disiapkan kol 7 tepat dah ready dh semua.
-kueyTeow
-Ayam bahagian isi (dicarik2)
-Fish Ball
-Fish Cake
Baby Pak Choy (sy guna yg ni)
Halia 2 inci
2 Ketul Kiub Maggi ayam
Bawang putih
Cili potong, Kicap Manis/masin, minyak bijan sikit
Cara penyediaan:
1- Rebus isi ayam dan Fishball tanpa minyak, masukkan sekali halia yg dihiris dan Kiub Maggi Ayam 2 ketul. Dah masak tu Angkat isi ayam dan sejukkn utk dicarik2.
2- Sementara tunggu sup dia masak tu korang Goreng la bawang putih yang dicincang halus tu hingga garing keperangan. Lebihkan minyak sebab nak buat minyak bawang. Dah garing masukkan kedalam bekas or mangkuk sekali dgn minyaknya.
3- Goreng kejap Fish Cake dan ketepikan
4- Celur Baby pak choy atau apa2 sayur yang dipilih.
5- Cili potong tu nak potong pastu tambah kicap je boleh.. nak tumis kejap dgn minyak bijan sikit pastu tambah kicap pun boleh. Ikut selera masing2
Mudah bukan?
Sumber: Amy Nur Hidayah Abdullah