Resipi Koey Teow Thng Untuk ‘Open House’ Paling Mudah Dan Sedap!

Share

Setelah beberapa meraikan Hari Raya, lepas ni sudah tentu ada yang terfikir nak buat menu open house yg mudah tapi sedap.

Apa kata buat  Resipi Koey Teow Thng Untuk ‘Open House’ Paling Mudah Dan Sedap!

Ikuti resipi oleh puan Fatyn Zamry. Jom try menu ni, seriuss sedap.

Alhamdulillah tadi buat ramai puji cakap sedap. Korang try la!

RESEPI KOEY TEOW THNG (ORGINAL CHINESE STYLE) SEDAP & MUDAH!

Bahan² :

1 ekor ayam (potong besar² pun takpa)
Fishball & fishcake
Serbuk lada putih
Lada putih biji ditumbuk
Sengkuang 1 biji (saiz sederhana je agak besar bulatan burger)
Gula batu if tak ada gula biasa pun ok
Serai 2 batang diketuk
Batang Saderi (optional)
Kiub pati ayam 2
Garam & serbuk hilal
Taugeh, daun bawang
Cabai kicap
Mee/Koey Teow/Maggie/Bihun

Cara² masak kuah :

1) Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yg telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.

2) Rebus hingga mendidih, masuk serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.

3) Bila dah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam utk topping dlm th’ng nanti. Tulang ayam tu masukkan balik dlm kuah, biar merebus sekali. Siap part kuah!

4) Fishball and fishcake boleh dicelur or goreng. Saya suka goreng, lebih wangi.

Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis² utk dijadikan bahan topping.

5) Minyak bawang putih :

Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api.

Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak tu ya. Biar je, nak makan cedok sesudu.

6) Cili kicap :

Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang & bawang putih 5 ulas tengok size kalau kecil² tambah sikit lg. Goreng sampai naik bau & tutup api.

Tunggu sejuk sekejap, blend cili bersama minyak yg ditumis tadi serta kicap. Saya guna campuran kicap mudim + kipas udang habhal warna merah. Siap!

Dah boleh dihidang dengan pilihan mee, taugeh celur serta taburan daun bawang.

Try laa, seriuss sedap!

Sumber: Fatyn Zamry

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club