Umum tahu, bila datangnya bulan ramadan, selebriti sosial media, Khairul Aming akan berkongsi 30 resipi untuk 30 hari ramadan. Resipi yang dikongsikan sememangnya menyelerakan dan menjadi ikutan ramai.

Namun, baru-baru ini perkongsiannya mendapat teguran oleh seorang pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah dek kerana resipi yang dikongsikan mengandungi minyak yang berlebihan.

Teguran yang dibuat di laman Twitter itu berkenaan menu sambal hijau yang dikongsikan oleh Khairul Aming minggu lalu.

“Salam Khairul Aming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good.

“Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. Terima kasih,” tulisnya di Twitter.

Ads

Namun, terdapat segelintir peminat Khairul Aming tidak setuju dengan teguran yang diberikan kerana bagi mereka, dia hanya seorang pempengaruh media sosial yang berkongsi resipi makanan dan bukannya tertumpu kepada makanan sihat sahaja.

Tidak tinggal diam dengan isu tersebut, Khairul Aming telah memuat naik satu video bagi menjernihkan keadaan dari terus orang berbalah tentang isu ini. Dia memberi dua perspektif iaitu dari sudut seorang warga Malaysia yang bese dan juga sebagai seorang food content creator.

“Dua tahun lepas saya ada buat journey “Aming nak sihat” untuk diet, memang menjadi memang sihat memang kurus tapi right after that berat saya naik balik naik lagi tinggi dari sebelum tu.

“This time around, saya tukar cara saya still eat clean setiap hari but at same time i enjoy myself dengan delicious malaysian food rugi kalau tak makan, makanan kita sedap rugi tak makan cuma kita kena kawal portion” katanya dalam video yang dimuat naik kelmarin.

Ads

Perspektif seterusnya sebagai food content creator, Khairul Aming mengatakan kita boleh kurangkan semua, kurangkan minyak dan bahan-bahan tetapi tak jadi macam original.

“Tapi reason kenapa saya tunjuk kena guna berapa sudu gula, berapa banyak minyak saya nak tunjuk realiti macam mana makanan di luar sana.

“Kalau saya ubah resipi tu and jadi kurang sedap and orang kat luar sana cuba tapi tak sedap dia maki saya balik.

Ads

“So i cannot please everyone, sebab dalam malaysia ni semua orang tengah nak diet, nak jaga badan. ada yang nak makan sedap je.. so im just showing the way the food be prepared.” tambahnya.

Sumber : Instagram Khairul Aming, Twitter Dr Faridah

https://youtu.be/dUpt50y0xaQ

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI