Resipi Ketupat Sotong, Hidangan Istimewa Dari Pantai Timur. Rasa Lemak Manis, Sedapnya Dimakan Begitu saja!

Share

Wow, tengok pun rasa rasa terliur ni. Bagi orang Pantai Timur, ini antara menu yang wajib buat kan. Nak belajar buat sendiri? Nah admin kongsikan resipi dari puan Zurila Ghani

KETUPAT SOTONG KELANTAN.
Sedap dimakan begitu saja. Jom buat.
Bahan-bahan


1 kilo sotong
2 cawan beras pulut
2 keping nise/gula melaka
1 kotak santan
3 helai daun pandan
1biji bawang merah dihiris
Sedikit halia dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Air
Cara2
Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.
Basuh sotong bersih-bersih. Terpulang lah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.
Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isi kan separuh je dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
Ok dah boleh start masak.
Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi,sedikit santan,nise atau gula melaka,bawang,halia,garam,daun pandan dan sotong. Buka api masak hingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api. Siap.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club