
Hujung minggu ni pasti ibu-ibu mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk makan tengah hari bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu kerapu kukus asam boi.
Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Cara membuat:
Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
Kukus ikan sehingga separuh masak.
Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.
Jarang Orang Tahu Manfaat Buah Markisa, Rupanya Baik Untuk Pesakit Darah Tinggi & Asma. Doktor Ni Kongsikan Khasiatnya!

Nak sihat tak semestinya anda kena keluar belanja mahal atau mendapatkan khidmat doktor pakar terbaik . Sebaliknya, kena pandai jaga kesihatan, amalkan pemakanan yang baik dan untuk itu, pilih makanan yang berkhasiat dan baik untuk tubuh anda.
Ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad akan khasiat yang terkandung di dalam buah markisa.
BUAH MARKISA BAIK UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI DAN ASTHMA
.
Buah Markisa atau dikenali sebagai Passion Fruit. Bahasa botaninya ‘Passiflora edulis’. Ia sangat kaya dengan pro vitamin A (1274 IU 43%) dan vitamin C 30 mg 50%), potassium (348 mg 7%), dan fiber (10,40 g 27%) dan mempunyai 16 calories dalam setiap biji.
(Sumber : USDA National Nutrient data base)
Ia boleh dimakan begitu saja, atau sebagai jus atau dijadikan salad dicampur dengan sayur-sayuran yang lain. Oleh kerana buah Markisa sangat kaya dengan mineral potassium, ia sangat baik jika diamalkan oleh pesakit darah tinggi.
Rujuk : “Oral administration of purple passion fruit peel extract attenuates blood pressure in female spontaneously hypertensive rats and humans” Journal Nutrition Research, Volume 27, 408-416
Dalam kajian awal (preliminary research) terdapat bukti yang ringkas bahawa jus Markisa sangat baik bagi pesakit asthma. Ia bukanlah sebagai ganti ubat, tetapi satu usaha mengurangkan kekerapan serangan asthma.
(Rujuk : Ross Watson R, Zibadi S, Rafatpanah H, et al. “Oral administration of the purple passion fruit peel extract reduces wheeze and cough and improves shortness of breath in adults with asthma”. Nutr Res 2008; 28:166-171)
.
#HealthDrZubaidi
Bila Mood Malas Masak, Ibu-Ibu Kena Cuba 5 Resipi Guna Sardin Tin, Serius Terangkat!

Hari ni cuti mengundi mesti mak-mak malas nak turun ke dapur. Maklumlah mood mengundi tak habis lagi.
Kalau rasa penat nak masak untuk makan malam ni, apa kata cuba resipi sardin tin kreatif ni. Serius sedap dan senang.
Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan
santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Tak Guna Setitik Minyak Pun, Tapi Ayam Goreng Jadi Sedap & Rangup Guna Air Fryer! Wanita Ini Kongsi Resipinya

Sejak kenaikan harga barang terutamanya minyak, ramai yang mengubah menu dan cara masakan untuk lebih jimat. Lebih-lebih lagi dalam penggunaan minyak yang banyak untuk menggoreng, ditukarkan teknik yang lebih jimat tanpa sebarang minyak dan lebih menjimatkan masa tanpa perlu dipantau khuatiri hangit. Teknik apa lagi kalau bukan ubah kepada penggunaan air fryer.
Jika sebelum ini ramai yang kata masak guna air fryer ni tak kena dengan selera sebab kering. Haa apa kata try test tengok resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ni! Ayam goreng resipi ni tetap garing dan sedap tanpa setitik minyak. Hebat kan? Jom tengok cara nak buatnya!
Resipi Ayam Goreng Air Fryer
Ayam goreng tak guna minyak tetap garing. Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Akhirnya, misi berjaya! Ayam goreng sedap dan rangup.
Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Korang try la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.
Cara-caranya :
1. Basuh bersih ayam.
2. Lumurkan ayam dengan:
– bawang putih (tumbuk lumat)
– sedikit halia (tumbuk lumat)
– sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
– sedikit kunyit serbuk
– garam
3. Gaul sebati dan masukkan dalam bakul air fryer.
– suhu 180 darjah
– masa 15 minit
*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.
4. Siap dan boleh dihidangkan.
Lebih jimat masa dan juga minyak masak. Sekali sekala cuba cara ni apa salahnya. Rasanya tetap sama seperti goreng menggunakan minyak masak.
Sumber: Facebook Tsu Feh Sufiah