Biasa kita dengar resipi Kerapu Tiga Rasa, Masam Masam manis dan sebagainya, apa kata cuba pula resipi yang dikongsikan saudara Khairul Hakimin Muhammad . Kerabu Garlic Pedas, nampak menyelerakan, sesuai bagi anda yang suka kan menu pedas.
Itu hari buat kerapu garlic pedas, adalah seorang dua tanya resipi. Sedap jugalah makan dengan nasi, bubur atau makan gitu sahaja suka hati hang. Terus cakap Utara kenapa entah. Haha.
Ok jom.
Kerapu Garlic Pedas.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu saiz sederhana, nak tukar ikan lain suka hati okey. Nak ganti seaafood lain pun lantak.
Ads
1 senduk cili kering kisar + 10-15 biji cili padi kisar, kisar ja sama-sama.
10 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah India.
3 biji cili merah.
Ads
2 batang serai muda,
1/2 inci halia,
1 sudu kecil perahan asam jawa,
Ads
1 sudu besar tepung gandum + sedikit air.
Garam dan gula.
Cara-caranya mari kita lihat gambar hokey!
Bersihkan ikan, buang perut dan hati, gitu macam orang kecewa. Lumur ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng dalam kuali yang dah ada minyak panasDi dalam periuk tembaga pula, panaskan minyak dan masukkan halia, bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk kasar. Tumis sehingg kau berbau bawang.Kemudian masukkan cili kering kisar yang dah dikisar bersama cili padi tadi. Siap sedia hidung ya kawan-kawan, menusuk hingga jadi mata putih.Sudah pecah minyak, masukkan serai yang dipotong begitu.Masukkan air asam jawa. Kacau lagi sampai ia mendidihMasukkan cili merah pula. Kacau lagi sampai penat.Bancuh tepung gandum dengan sedikit air, tuang dalam kuali kemudian masukkan garam gula, siap!Tuang atas ikan.
#ResipiKHM
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Membeli barangan dapur telah menjadi antara rutin bulanan mahu pun mingguan bagi setiap keluarga. Maklumlah jika hari-hari ingin ke pasar raya untuk membeli barangan basah, stok makanan dan keperluan isi rumah pastinya seakan tidak cukup masa pula dan adalah lebih baik dilakukan secara berkala. Lebih jimat masa dan tenaga.
Umumnya setiap kali berbelanja, total wang yang digunakan dapat dianggarkan lebih kurang sama sahaja. Tidak ‘lari’ jauh dek kerana kita menggambil barang-barang yang sama sahaja setiap kali berbelanja dan sekiranya ingin dianggarkan, sekitar RM 300-500 normalnya.
Namun perkongsian daripada lelaki ini yang dikenali sebagai Fahmi Jamil, pengalamannya melihat bil barangan dapur yang perlu dibayar hingga mencecah RM 1900 memang cukup memeranjatkan. Dan ini dikongsikan bagaimana situasi ini boleh terjadi.
Bil barang dapur dekat RM1900!
Terkejut cashier dan saya bila bil total RM1882.16. Cashier lelaki tersebut tanya saya, betul ke abang beli harga banyak ni? Saya jawab, takkan la barang dapur dan makanan sampai macam tu harga dia?
Dia kemudian minta bantuan seorang staf wanita yang ada berdekatan. Dia tengok barang dalam troli yang dah siap dalam plastik. Saya tanya, nak kena letak balik ke semua barang? Cashier cakap tak perlu dan minta saya tunggu sekejap. Lepas dapat detect rupanya Serai silap letak harga sampai RM1746.
Lalu staf wanita terbabit pergi ke bahagian label tanda harga di bahagian sayur untuk dapat harga yang betul dan ianya RM0.45 sahaja.
Saya secara berseloroh tanya, “andai kata, saya terbayar dulu tadi (sebab guna kad), boleh refund ke?”. Cashier jawab, kalau abang dah swipe bayar tadi, memang sayalah yang bertanggungjawab kena ganti.
Gambar hiasan
Apapun tahniah pada mereka berdua kerana selesaikan perkara ini dengan pantas dan baik tanpa membiarkan pelanggan tunggu lama.
Disclaimer : Daun ketum atas serai tu daun ketumbar ya tuan puan. Kang tak pasal Tesco saman aku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan dirinya kini dijangkiti virus Covid-19.
Dia disahkan positif selepas enam hari menjadi kontak rapat seorang pesakit Covid-19. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata selama dua tahun bertahan, namun tewas akhirnya.
“Dua tahun aku jaga, tolak segala kemungkinan tapi akhirnya tewas juga, hari ini.. hari ini aku disahkan positif Covid-19. Sebenarnya malas nak update, tapi tak best pula… sebelum ini jumpa kawan-kawan kan, so kena inform juga, tak nak selfish.
“Setiap pagi buat swab test, ingat contact rapat je, selepas enam hari positif,” kongsi suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini lagi.
Dalam pada itu, Fizz berkata, dia tidak mengalami sebarang simptom dan bersyukur isteri dan empat orang anaknya tidak dijangkiti virus berkenaan.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur apabila diberitahu anak-anaknya suka mengetuk pintu kemudian berlari selepas memberi salam.
“Alhamdulillah, isteri dan anak-anak semua negatif. Kesian isteri saya kena jaga anak empat orang selama tujuh hari. Anggap jela saya outstation tapi anak-anak kacau juga, ketuk pintu Assalamuaikum, lepas tu lari, cute sangat,” ujarnya lagi.
Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3, dan seorang anak angkat, Afrina Darwisyah, 11, dan Nur Afrina Aisyah yang baru berusia dua bulan.
Air tangan ibu mampu ikat kasih sayang keluarga. Tentu para ibu dan isteri sentiasa akan didorong untuk memasak agar dapat memberi kasih sayang dan membahagiakan keluarga.
Salah satunya memasak hidangan yang lazat untuk dihidangkan kepada keluarga menjamu selera.
Ia termasuk resipi membuat kuih. Tentu ada yang suka memilih resipi yang mudah. Melalui perkongsian yang dipaparkan oleh Zarina Ahmad Chin yang berkongsi cara membuat kuih kaswi. Katanya resipinya itu juga diperolehi daripada sebuah perkongsian di laman Masak Apa Hari Ini. Kepada penggemar kuih ini, boleh cuba cara puan ini.
KUIH KASWI PANDAN
Kuih kaswi@kasui pandan kategori menggediksss.
(100% guna air daun pandan. Tiada pewarna)
Bahan-bahan 2 cwn tpg gandum
1 cwn tpg ubi
1 cwn gula(sy kurangkn sikit sbb manis. Sukatan dlm 3/4cwn gula)
1 cwn air daun pandan
4 cwn air
Garam
Sedikit kapur makan(saya guna 1sudu plastik kfc)
Cara penyediaan
Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau bagi sebati. Sebelum tu sapu minyak ke dlm loyang supaya nti kuih xmelekat.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Sebelum itu masak air hingga mendidih. Bila air dh mendidih brulh di kukus. Kukus hingga masak (lebih kurang 40min)…cucuk dgn lidi..klu xlekat d lidi tu dh masak kaswinya.
Dah siap!
Selamat menjamu selera.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.