
Teringin nak makan kerabu Kaki Ayam yang ssangat mudah dan sedap? Resipi ini antara yang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun simple sahaja.
Dengan kombinasi rasa masam, manis, pedas dan manis pasti membuka selera. Makan ratah begitu aje pun sedap.
Gerenti lepas ni akan buat lagi, tak perlu dah beli juadah ni kat kedai. Buat aje di rumah, senang sangat!
Haritu ada yang minta resepi Kerabu Kaki Ayam kan? Mudah je gais nak buat Kerabu Kaki Ayam ni. Zas zas zas dah siap boleh dimakan. Boleh ratah sampai puas.
Ini cara masak dan bahan yang diperlukan:
▪️Bersihkan dan potong dua kaki ayam dan rebus bersama sedikit garam, rebus hingga masak dan lembut. Boleh juga buang tulang kaki ayam jika mahu.
BAHAN-BAHAN KERABU:
▪️1 biji bawang besar – dihiris nipis *dalam gambar ni Aten buh bawang merah sebab bawang besar habis*
▪️10 biji cili api – hiris bulat nipis dan boleh lebihkan jika nak lagi pedas.
▪️2 biji tomato – dihiris
▪️2 batang serai – dihiris nipis
▪️1 biji limau nipis – perahan jus
▪️3 sudu makan sos ikan
▪️1 1/2 sudu makan gula
▪️1 pokok daun sup – dihiris halus
▪️Daun ketumbar – dihiris halus
▪️Suhun – direndam terlebih dahulu
CARA PENYEDIAAN:
Kemudian gaulkan bahan-bahan kerabu bersama kaki ayam yang telah dimasak. Boleh masukkan sedikit air untuk kuah. Sedikit sahaja. Siap!
Disclaimer: Jika kaki ayam banyak, boleh lebihkan sedikit bahan-bahan sehingga dapat rasa yang sedap yang secukup rasa.
Sumber :Noor Fathin azlan
“Berpuluh Tahun Tak Rasa Suapan Mek. Dia Masih Cubit Ikan & Tengok Satu-Satu Takut Ada Tulang. Itulah Sifat Ibu Kami.” Sebak Tengok Nenek Suap 6 Anak.

Kasih ibu membawa ke syurga… Pemngorbanan mengandung dan melahirkan tidak mampu dinilai dengan harta dan wang ringgit. Itulah yang ditempuhi oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Momen paling indah dan dinanti untuk melengkapi fitrah diri sebagai wanita.
Kasih sayang yang ditunjukkan berpanjangan biarpun anak-anak sudah besar dan memiliki keluarga sendiri. Namun ibu tetap ibu. Demikian yang boleh diungkapkan tatkala menonton satu video seorang warga emas dikelilingi anak-anaknya.
Video berdurasi tiga minit tersebut memperlihatkan sisi ibu yang cukup menyentuh hati. Sambil duduk berlantaikan papan, anak-anak dalam lingkungan awal 50-an disuap makan oleh si ibu.
Kelihatan sepinggan nasi putih dan ikan bakar, sebotol budu dan semangkuk kicap berlada serta secawan air kosong. Biar menunya cukup ringkas, namun suapan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya benar-benar meninggalkan kesan yang cukup menyentuh hati.Seorang demi seorang disuap nasi ke dalam mulutnya.
“Perhatikan walaupun anak dia sudah berumur 50 tahun ke atas, masih cubit ikan dan tengok satu-satu takut ada tulang. Itulah sifat ibu kami, cucu-cucu pun bagai nak gila menangis.
“Ya Allah, panjangkan umur mek kami. Inilah memori terindah. Yang rakam tu separuh gila menangis,”ujar Wan Raliza Ilunie Wan ramli, 25 atau mesra dengan panggilan Yuniey Iluniey pemilik facebook yang memuat naik video tersebut.
Menurutnya, video tersebut dirakamkan sempena hari keluarga yang dirakamkan di sebuah vila di Marang, Terengganu.
jelas Yuniey lagi, warga emas bernama Fatimah Hamat adalah neneknya yang berusia lewat 70-an. Selain nenek, turut serta dalam video tersebut adalah ibunya serta bapa dan ibu saudaranya.
“Masa tu pertama kali keluarga besar kami berkumpul selepas sekian lama memandangkan masing-masing sibuk walaupun tinggal berdekatan. Kami memanggil nenek dengan panggilan Mek. Nenek ada 12 anak tetapi lima meninggal dunia. tinggal 7 orang. Dalam majlis ini yang tidak turut serta adalah anak sulung Mek,”jelas Yuniey lagi kepada mstar.
Jelas Yuniey lagi, sesi suap-menyuap itu dibuat kerana kerinduan yang menebal di kalangan anak-anak terhadap Mek. Malah akui ibu Yuniey, sesi suapan tersebut mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya sehinggakan masing-masing tak dapat menahan air mata.
“Dah berpuluh tahun mereka tak merasai suapan Mek. Macam ibu saya sendiri, umurnya 51 tahun dan sudah hampir 49 tahun tidak merasa disuap oleh Mek. Ini kerana, orang dulu-dulu waktu kecil sahaja disuap ibu bapa. Lepas itu abang atau kakak yang mengambil tanggung jawab tersebut,”jelas Yuniey sambil memberitahu datuknya sudah lama meninggal dunia.
Jelas Yuniey lagi, itulah momen paling manis dalam hidupnya yang takkan dilupakan sampai bila-bila.
“Mek sebenarnya tidak sihat. Tetapi apabila dia melihat anak-anak, cucu dan cicit berkumpul, dia jadi sihat dan bersemangat. Waktu rakam tu saya bayangkan, kalau tak ada peluang begini, mungkin tak dapat merasa sampai bila-bila. Sebab Tuhan boleh ‘ambil’ mereka bila-bila masa, kita tidak tahu,” jelasnya lagi yang merupakan usahawan kosmetik.
Tambhnya lagi, kekangan kewangan bukan alasan untuk tidak berkumpul dengan ahli keluarga lain sekali gus merapatkan hubungan yang jauh.
“Lain boleh dicari ganti, namun kalau orang yang kita sayang dah tak ada,takkan ada gantinya. Hargailah selagi mereka masih ada,” ujarnya lagi.
memories terindah .. #yg rakam tu separuh gila menangis?
perhatikan walaupun ank2 die dah umur 50tahun keatas still cubit ikan dan tngok satu2 tkt ade tulang?? inilah sifat ibu ? kami cucu2 ni pun bgai nk gile menangiss??..ya allah?? pnjngkn umur mek kami .. memories terindah .. #yg rakam tu separuh gila menangis?Kredit fb Yuniey Iluniey
Posted by Denaihati Network on Wednesday, 10 April 2019
Kredit fb Yuniey Iluniey & Mstar online
DIY Kabinet Dapur Sendiri Dengan Kos Hanya RM94 Sahaja. Cukup Mudah & Jimat, Lelaki Ni Kongsikan Caranya!

Memasang sebuah kabinet dapur yang cantik dan lengkap dengan segala fungsi memang didambakan oleh semua wanita.
Pun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Ada daripada kita yang gemarkan gaya luar biasa, bersahaja mahupun cara paling simple dalam menghias rumah. Begitu juga di dapur.
Bagi anda yang lebih gemar melakukan sendiri, ada baiknya anda mencuba hasil ilham Shuhaimi Zulkefli yang membina sendiri kabinet DIY nya di rumah dengan hanya menggunakan rak buku.
Cantik, kemas dan kreatif. Bukan hanya cantik dan kemas, malah ideanya ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata sangat berminat dengan hasil kerjanya.
Pemuda ini berkongsi hasil kerjanya dengan turut menyenaraikan bajet yang diperlukan. Menarik!
“Oleh sebab ramai pm cara buat kabinet pakai rak buku tu, saya bagi gambar detail di bawah sekadar berkongsi.
Saya hanya pakai :
1) Rak Buku (Tesco)
– RM14.90 x 6 Biji
2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware)
– RM3.60 (12 pcs)
3) Paku Dinding (tak pakai drill)
– RM1 (sebungkus)
TOTAL = RM94.00
** Setiap rak, saya letak 2 pcs Angle Bar (atas & bawah) tepat pada tulang tengah tu. Tingkat atas tak perlu ikat, letak jer kat situ.
** Beban paling berat saya, lesung batu & botol pencuci.
Cantikkan hasilnya? Bukan hanya itu sahaja malah dia juga dengan sedang mempersiapkan beberapa projek DIY lain.
Hebat!
Selamat mencuba!
Bila Masuk Bulan Syaaban, 7 Beradik Ni Sepakat Kumpul Duit Buat Belanja Raya Di Rumah Mak. Terbaik Idea Ni!

Membayangkan bila semua adik beradik dapat berkumpul meraikan Hari Raya di rumah mak di kampung, memang cukup meriah. Seronok memang seronok, tapi jangan sampai seminggu kita anak beranak berkampung di rumah mak tidak pula kita hulur wang belanja dapur.
Memanglah ibu ayah biasanya tidak berkira atau mengharapkan pun, namun apa salahnya kita sebagai anak meringankan kos perbelanjaan orang tua kita. Malah jika dapat adik beradik sepakat mengadakan tabung raya untuk belanja dapur umpamanya, itu satu idea yang cukup menarik.
Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh adik beradik Puan Musleha Mohd Tahrir. Menurutnya, mereka 7 beradik sepakat mewujudkan tabung raya untuk menampung perbelanjaan raya di kampung.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yang kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dengan Mak Bapak di Pagoh pada tahun yang sama. Jadi semua orang boleh berjumpa.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak RM1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yang kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yang diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kampung.
Semua orang terlibat dari yang kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yang baby lah kan..
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yang terror masak ni.
Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yang perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh….Ini menu wajib yang tak pernah lagi diderhakai…(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Raya keempat : nasi putih, tomyam, ayam masak kicap, telur dadar.
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yamg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yang pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu-sepupu. Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yang tukang baca senarai AJK tu.
Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yang diketuai oleh Bapak. Siap ada yang jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Kenangan Raya2017kgsaribarupagoh
*Kakak saya kata saya jadi ketua disiplin
Sumber : Musleha Mohd Tahrir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club