Bagi yang suka makan kerabu, pasti membayangkan hanya ulam-ulaman sahaja. Apa kat cuba resipi yang disediakan oleh Rozi Abdul Razak yang merupakan Pengurus Dato’ Sri Siti Nurhaliza.


Resipi yang dikongsikan viral sebelum ini. Jadi, buat ibu-ibu yang ketandusan idea nak masak apa petang ini, bolehlah cuba resipi mudah ini.
Hari ini saya sediakan kerabu ikan bilis buat keluarga. Sedap!!! ??.


RESIPI KERABU IKAN BILIS ALA SANGDEWI
Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.


- Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api.


- Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.
- Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam.
- Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan gaul rata.
- Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.


Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.
Selamat mencuba. #resipisangdewi #kerabuikanbilisresipisangdewi
Kredit : FB Rozi Abdul Razak