Resipi Keledek Goreng, Rangup Bila Dikunyah, Cicah Dengan Sambal Kicap
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Biasanya keledek goreng yang kita beli di gerai-gerai tepi jalan, paling suka sebab tepung gorengan rangup bila dikunyah. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.
Bagi anda yang tiba-tiba teringin nak makan keledek goreng seperti yang peniaga pisang goreng jual, boleh cuba resipi perkongsian Aiza Shereen ini. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jom mama kita cuba buat!
RESIPI KELEDEK GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Ubi keledek – kupas kulit
Tepung gandum
Marjerin
Garam
Minyak masak
Air suam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Bersihkan keledek, kupas kulit dan potong keledek panjang-panjang.
2. Untuk bancuhan tepung, satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak masak, serbuk kunyit dan air suam.
Ads
3. Jika suka letak gula, boleh letak. Sukatannya agak-agak sahaja ikut sebanyak mana keledek yang anda guna.
4. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan biar betul-betul panas. Goreng keledek secara berperingkat.
6. Bila keledek sudah garing keemasan, angkat, toskan dan sedia untuk dihidang bersama sambal kicap.
KHASIAT UBI KELEDEK:
1. Vitamin B6
Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.
Ads
2. Vitamin C
Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.
3. Anti-oksidan
Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.
4. Zat Besi
Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protein.
5. Magnesium
Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.
6. Pottasium
Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.
7. Gula
Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.
8. Karotenoid
Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. Bagi paangan yang sudah mendirikan rumah tangga, takkan dapat lari dari berselisih faham. Ada sahaja benda yang tidak sependapat. Namun kena bijak untuk menanganinya supaya tidak menjejaskan hubungan suami isteri.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau punya cara tersendiri dalam menangani sebarang isu yang melibatkan hubungan bersama isteri. Akuinya, semua masalah diselesaikan sebelum tidur.
Jelas Fazley, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. “Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam bersama isteri. “Malah tidur dalam keadaan marah akan menyebabkan masalah menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Akui Fazley, wanita termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan. “Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan. Bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk sebaliknya kami akan berikan ruang kepada satu sama lain. “Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Percubaan daripada Yuss Aisha apabila memasak lemang di dalam tin minuman, nyata cukup kreatif dan mengujakan.
Andai ada yang tiba-tiba teringin makan lemang, elok sangatlah dicuba. Maklumlah lemang ini menu special musim perayaan. Bukan mudah dijumpai di mana-mana kedai makan.
Untuk itu, jom kita semak dulu cara untuk sediakannya.
Lemang….. Inspirasi dari lemang periuk kera.
Alhamdulillah menjadi helok sangat
wangi satu rumah.
Lemang kukus sifatnya lebih moist berbanding bakar.
Resepi :
2 cawan beras pulut rendam sekurangnya 2 jam.. Kemudian toskan
Santan 1½ cawan + Garam 2 sudu teh (kalau nak lemak sikit tambah lagi)
Daun pisang dilayur sedikit masuk dalam tin.
Cara Buatnya:
1. Masuk beras paras ⅔ tin.
2. Hentak sikit biar padat.
3. Masuk santan cukup-cukup paras tenggelam beras.
4. Masuk 3 cawan air dalam periuk, panaskan.
5. Kecilkan api.
6. Letak lemang berdiri DALAM AIR. Tutup periuk.
Tahukah anda, anak yang sentiasa berkelakuan meragam, mengamuk dan pelbagai lagi sikap yang pada pandangan mata kita sebagai orang tuanya sentiasa bermasalah, adalah hakikatnya terjadi berpunca daripada kita sebagai orang tuanya.
Perkaitan ini dijelaskan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. Diharap selepas ini, kita lebih bijak memainkan peranan sebagai ibu ayah. Jom semak.
Kita selalu je terlupa nak tinggalkan emosi yang tengah berserabut tu kat luar pintu rumah.
Lepas tu mulalah sibuk duk rasa pelik, rasa bingung dan tertanya-tanya,
“Kenapalah anak aku ni suka sangat meragam, menangis dan mengamuk tak tentu pasal…”
Rupanya kalau kita periksa betul-betul, anak kita tu cuma terkesan dengan emosi kita sendiri.
Boleh jadi si ayah tak sengaja tertengking si kecil tu sebab dah penat sangat dengan rutin kat tempat kerja.
Boleh jadi mak pulak tak sengaja marah-marah sebab minda dah berserabut seharian mengurus hal rumah. Kadang tu tak sedar emosi berterabur disebabkan efek Pre-Menstrual Syndrome (PMS) nya.
Boleh jadi jugak dua-dua terlupa nak bertenang dan buang jauh-jauh stress dari tempat kerja sebelum melangkah masuk ke rumah.
Bila dah macam tu mata kita pun asyik nampak si anak tu bermasalah, selalu duk buat perangai pelik-pelik. Padahal dia jadi macam tu efek dari emosi kita yang tak terurus tadi. Kesian sangat kat si kecil tu.
Sebab tu benda paling penting sebenarnya kita kena usaha untuk belajar tenangkan diri dan kawal emosi kita ni dulu sebab anak kita pun akan belajar bertenang bila dia dapat rasakan ketenangan tu dari mak ayah dia sendiri.
Tolong kongsikan ilmu penting ni dengan pasangan kita ye demi kebaikan keluarga kita sendiri jugak.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...