Dah siap makan tengahari, fikir pula untuk makan. Ye la, anak mentang-mentang duduk kat rumah asyik lapar saja kerjanya!
Dari asyik buat kuih je, jom tukar selera makan kek pula dari perkongsian Rushdi Ramli di laman facebook miliknya.
Ok memandang Kek Pishang Cekelat Cluster Kayangan ni sedap sangat dan moist giler, abe nak share resepi ni kat sini..
Resepi dan cara dia sangat mudah yang amat. Chapchusss siap!! Takyah mixer semua. Godak pakai senduk pun xdahal.. Mesti jadi..
So lets start…
Resepi dan cara pada gambar deh.
Bahan-bahan
4 biji pisang yang dah terlebih masak dan lebam. Tapi abe punya tak cukup ripped.. Tapi lantakkan. Haha.
120 gram gula perang. Sukatan ni dah just nice.
115 gram butter (cairkan)
120 gram buttermilk ( caranya amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) biarkan.
Vanilla essence sikit
Bahan kering
160 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp garam
80 gram belgian callebout choc
30 gram walnut (lebih pun xpe)
Sedikit Belgian choc dan walnut utk topping.
Ads
Abe bancuh 2 resepi untuk hasil dalam gambar tu.
Cara-caranya :-
1) Mula-mula cairkan butter.. Secair kau melihat diriku. Kahkahkah.
2) Lepas tu kau hempuk pisang sampai lumat. Mudah je.. Abe bayangkan ex abe yang tinggalkan abe sebab abe takda kete honda. Haha. Maka lumat la pishang tu.. Ohhh pishanggggnyaaaaaa!
Ads
3) Masukkan gula perang.. Tapi macam tak perang sangat ek dalam gambar.. Macam chicken floss plak abe tengok rupa dia kan. Haha. Lantak!
4) Masukkan melted butter yang kau dah cairkan awal2 tadi. Sebelum kau tanya, abe jawab siap2. ” ye guna minyak masak pun boleh.. Takda minyak masak, kau guna je minyak goreng ikan sahur tadi” Hahaha.
5) Masukkan bancuhan buttermilk yang kau dah siapkan.
6) Masukkan bahan kering, sekering hati abe tolak ajakan kau untuk kapel balik.. Pergilah kau dekat abg honda kau tu!!
Ads
7) Masukkan coklat belgian callebout dan walnut. Godakkan semua sampai sebati. Jangan ditanya nak letak kacang almond boleh ke bang? Kacang pecan boleh ke bang? Kacang tanah boleh? Letak la dik kacang apapun.. Duit kau.. Haha. Jangan letak kacang panjang sudah.
8) Walaaaaa sikit lagi nak siap.. Masukkan dalam loyang.. Gune je loyang apapun yang ada kat rumah tu.. Xda hal. Lapik dengan kertas baking/minyak dan jangan lupa oles loyang dengan minyak/butter/shortening. Nak elakkan kek melekat.
9) Atas tu kau tabur la lagi belgian callebout choc dan walnut.. Barulah cluster kayangan kek kau…mewah!! Bakar pada suhu 150 ke 160′ c dalam 40 ke 45 minit. Ikutlah keadaan oven masing-masing. Oven kita tak sama kan.
Tipss
Salut choc belgian dan walnut tu ngan tepung sikit supaya dia tak tenggelam ke dasar masa bakar nati… Kang tetibe kau habis bakar, kau tengok coklat dan walnut tu hilang, mula la kau nak cakap ada orang santau kau. Hahahha. Padahal dah ke jatuh ke dasar dah ha..
Ok guys semoga berjaya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Susah betul nak bagi orang dalam rumah ni makan sayur kan? Lagi-lagi untuk anak-anak yang cerewet pantang tengok dalam pinggan ada warna hijau je benda pelik dari kebiasaan ke, mula la diorang tanya. Kan?
Jom variasikan cara penyediaan sayur dengan jadikan keropok dari sayur! Aik macam mana tu? Haa ni caranya guna resepi dari Nurul Farihan yang dikongsikan dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Keropok sayur bayam…..Bila bayam brazil dh nk jd taman….jd kita jadikan die keropok bayam brazil…buat kudapan ank²….smlm dh sebalang,tp sedikit masin….hari ni ni resepi dr rnd kudapan semalam
Resepi Keropok Sayur Bayam
1 cwn tepung goreng ayam ( xkesah pedas @ x) sy guna y original 1 cwn tepung jagung Bayam brazil Minyak seckupnya tuk mggoreng * Gandakan sendiri ye kalo nk wt dlm jumlah y banyak
Cara²: – g taman bayam tu,pastu gunting daun² shj – basuh bersih n toskan – campurkan tepung goreng ayam & tepung jagung – gaulkan bersama daun bayam brazil tadi n renjis air spy tepung lekat kt daun
– goreng dgn minyak y byk – bila tiada bunyi desiran gorengan maknanya dh msk – angkat & toskan minyak,sjuk siap² buh dlm balang kedap udara – xtau tahan berapa lama sbb smlm sebalang xsmpai setgh hari dh habis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ada lebihan nasi, jemu asyik buat nasi goreng je, apa kata anda buat Apam. Resipi Simple tapi sedap. Lebih menarik dan memikat selera seisi keluarga apabila ditambah dengan bunga telang sebagai perisa.
Jom cuba resipi perkongsian dari puan Hamidah Sudar.
Apam nasi perisa bunga telang. Dari proses mengadun, naik cantik. Kukus menjadi elok.
Guna bahan yang ada di dapur iaitu lebihan nasi dikisar. Bahan lain seperti gula, mauripan, susu pekat, tepung gandum dan air bunga telang.
Mudah, cepat dan sedap. Hasil kukusan dari dapur nenek.
Inilah bahan utama dalam pembuatan sambal hitam yang iaitu buah belimbing buluh. Seperti yang kita tahu buah belimbing buluh mempunyai saiz yang lebih kecil dari belimbing biasa.
Mempunyai rasa yang agak masam dan jarang di makan mentah begitu sahaja. Oleh sebab itu, ia lebih banyak di gunakan masakan sebagai pengimbang rasa masam dalam masakan asam pedas, masak lemak cili api dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini viral tentang belimbing buluh yang boleh dibuat kek. Ia digunakan sebagai bahan asas untuk mendapat rasa masam.
_____________________________________
Kek belimbing buluh. Kenapa? Tak percaya?
Sedap tak masam pun. Manis pun sedang saja. Bila letak hirisan belimbing tu baru terasa masam sikit suai rasa dgn kek tu. Cara buat pun mudah kita blend ja.
Bahan-bahan:
12 biji belimbing buluh
1 cawan gula
1 cawan minyak
4 biji telur
½ st garam
Kisar semua bahan diatas dalam 3 minit ke 5 minit macam tu lepas tu tuang dalam mangkuk besar utk digaul bersama bahan dibawah ni. Sebelum gaul tu ayak lah dl tepung dengan soda bikarbonat tu dulu.
2 cawan tepung kek
1 st soda bikarbonat
Guna wire whipped saja untuk kacau sebati tak yah lama² sangat. Kalau tak ada wire whipped ikut lah nak guna senduk kayu balik ka. Bagi sebati ja. Dah siap tu bakarlah dalam oven yg dah dipanaskan terlebih dahulu, bakar pada suhu 160°C selama 50 minit. Siap!.
Sumber: Shobri Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...