Memandangkan esok cuti, pasti ibu-ibu ada plan kan. Apa kata untuk menu esok cuba resipi ini.Lebih-lebih lagi jika anak-anak suka makan kek coklat atau kek pisang.
Apa kata kita cuba resepi kek pisang coklat yang menggabung kedua-dua perasa ni. Kek Pisang coklat versi kukus perkongsian dari Noriza Awang Hamat
ni mudah je nak sediakan.Kek pisang coklat versi kukus
lembut dan gebu 😘
yg nk mencuba cikza bgi resepi nya skli
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan pisang yang siap dilenyek
4 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 Sb serbuk koko
esen vanilla.
tepung gandum,soda, baking powder diayak.
telur, gula, minyak dan esen vanila diblander masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan pisang dan tepung yg di ayak tdi.kaup balik bagi sekata.sapu Planta pada loyang, adunan tadi dibahagi dua..1 adunan dimasukkan serbuk koko dan yg 1 lg warna asal…masukan adunan berselang seli sehingga habis.. kukus 1 jam atau sampai masak