
Teringin nak buat kek tapi malas nak resipi yang sudah, cuba je Kek Marjerin ni.
Jom admin kongsikan resipi yang paling simple tapi sedap buat ibu-ibu cuba.
Salam hari ni saya nak kongsi kan resepi kek marjerin yang mudah dan sedap..yang tak pernah buat kek pun boleh buat kalau ikut betul2..mesti menjadi..bahan2 yang digunakan pun tak banyak (ada kat gambar)
Resepi kek marjerin
*1 1/2 cwn gandum self raising flour(ayak)/gandum+1sdu kecil baking powder
*1cwn gula kastor
*1cwn marjerin
*1penutup esen vanilla
*4 biji telur
Cara2 nya
*Mix gula kastor& marjerin hingga putih berkrim
*Masukkan esen vanilla.lepastu masukkan telur sebiji demi sebiji dalam adunan td
*Masukkan gandum sikit2.sampai sebati
*Sapu loyang dgn marjerin.masukkan adunan td dan bakar suhu 180 selama 40 minit.mengikut oven masing2
credit : Ida Zaida
Wanita Ni Kongsi Tip Nak Daging Lembut, Potong Lawan Urat & Letak Cuka. Bau Pun Tak Kuat Bila Masak

Ada antara ibu-ibu yang mengeluh susah nak empuk atau lembut dan mengambil masa yang lama. Ini kerana cara potong daging kena betul.
Nah admin kongsikan petua dan cara mudah untuk ibu-ibu yang nak potong daging selain tip lembutkan daging dan hilangkan bau ketika masak.
Petua ini dikongsikan oleh puan Noor Niza menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Sapa nak mudah potong daging bag lembut..ni saya dah tunjuk cara …nanti boleh cuba…
Pertama potong daging lawan urat…baru letak cuka atas daging..pastu tekan2 bagi kuar darah dia..
Nanti nak masak lembut daging…bau daging dia tak kuat….tak pun basuh dengan tepung boleh jugak..
Caranya:
1.ni urat daging …
2.ambik bahagian ikut urat dulu potong tgh2 dulu…
3.urat melintang nanti senang di potong…ikut tanda ungu bila nk potong daging
Selamat mencuba😀
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.
“Memang Sukar Untuk Terima, Tapi Kami Kena Kuat. Ini Anugerah Terindah Allah Bagi.” Ibu Ini Kongsi 10 Tanda Autism Pada Anak.

Setiap anak tak sama perkembangannya. Ada yang cepat ada yang lambat. Namun sebagai ibu bapa tidak boleh mengambil mudah akan hal ini. Jika melihat ada yang tak kena pada anak, cepat-cepat bawa berjumpa doktor pakar.
Perkongsian dari ibu bernama Puan Norakma Jamlos mengenai anaknya, Humaira yang mempunyai masalah lambat bercakap ketika berusia 2 tahun mungkin dapat memberi teladan kepada ibu bapa yang lain.
Tergerak hati ingin berkongsi cerita kisah anak saya. Anak saya berumur 2 tahun 7 bulan , perempuan dan anak ketiga. Diagnosis Autisme tetapi masih belum disah kan oleh Doktor. Dia masih belum boleh bercakap(Speech delay).
Saya mula bawa dia berjumpa dengan doktor di Hospital Selayang pada umur dia 2 tahun. Saya mula perasaan dia bukan macam kanak-kanak lain, sangat berbeza. Masih tak boleh bercakap walapun sudah 2 tahun.
07/06/2017- Pergi ke klinik kesihatan untuk imunisasi 2tahun sambil tu bercerita kisah anak, nurse kk buat surat untuk dapatkan appointment di hospital.
24/8/2017 – Berjumpa dengan pakar Paediatriks, doktor sarankan untuk berjumpa dengan pakar telinga dan mata.
18/9/2017- Berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak, Alhamdulillah pendengarannya normal.
Setelah merujuk kepada doktor, jumpa pakar ENT, menjalani ujian saringan dan mengikuti beberapa sesi terapi yang telah disarankan oleh pakar kanak-kanak di Hospital Selayang, pada 27/4/2018 Humaira akhirnya telah diagnosis AUTISM SPECTRUM DISORDER. Pada ketika itu Humaira berumur 2 tahun 10 bulan.
Alhamdulillah, akhirnya segala persoalan sudah ada jawapan. Memang agak sukar untuk menerima, tapi kami kena kuat. Semua itu tidak penting bagi kami, yang paling utama ialah untuk disegerakan adalah mendapatkan rawatan dengan cara intervensi dan cuba memahami sedalamnya bagaimana kami dapat membantu anak kami untuk mempersiapkan diri dia untuk menempuhi cabaran dunia luar sana.
Mungkin ramai yang bertanya dan nak tahu apa yang menyebabkan saya sebagai ibunya rasa tak sedap hati dan tergerak nak bawa Humaira berjumpa doktor. Di sini saya kongsikan tanda awal atau ciri-ciri autisme yang saya perasan sebelum Humaira didiagnosis.
10 TANDA AWAL AUTISME PADA HUMAIRA YANG DILIHAT SEBELUM UMUR 2 TAHUN
1. LEWAT BERCAKAP
Pada usia Humaira 2 tahun, dia masih tak boleh bercakap. Sebaliknya, dia hanya mengeluarkan bunyi aaaaaa.
2. MENGELAK EYE CONTACT
Eye contact tidak ada. Bila kita bercakap dengan dia, dia akan pandang ke arah lain.
Dia memang tak suka melihat orang yang sedang bercakap dengan dia.
3. LAMBAT RESPON BILA DIPANGGIL
Bila kita panggil, Humaira tidak menoleh. Dia selalunya buat tak tahu saja.
4. LEBIH SUKA BERSENDIRIAN
Humaira tak suka berkawan. Walaupun ada 2 orang kakak, Humaira lagi suka bermain seorang. Dia tak suka dengan keadaan yang ramai orang.
5. KETAWA ATAU MENANGIS TANPA SEBAB
Humaira seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Susah nak fahami perasaannya. Dia boleh ketawa atau menangis tanpa sebab tertentu.
6. MACAM TAK KENAL ORANG
Humaira juga tiada preference pada orang tertentu. Dia seolah-olah tidak mengenal orang, walaupun yang terdekat dengannya.
Pada dia, semua orang sama.
7. SUKA MENGEPAK TANGAN (FLIPPING HANDS)
Salah satu tanda autisme yang paling ketara adalah perbuatan mengepak-ngepakkan tangan atau flipping hands.
Humaira selalu buat macam ni ketika dia terlalu gembira atau teruja dengan sesuatu.
8. TAK FAHAM ARAHAN
Tidak faham dengan arahan, walaupun arahan yang mudah.
9. TIDAK BERKOMUNIKASI SECARA BUKAN LISAN
Selain tidak bersuara, Humaira juga tidak melambai, mengangguk atau menggeleng kepala.
10. MINAT YANG TERHAD ATAU MELAMPAU
Apa yang saya nampak, Humaira tak bermain permainan dengan cara yang betul. Contohnya dia bermain dengan tayar kereta.
Ada juga benda yang mungkin tak menarik minat kanak-kanak biasa, tapi Humaira boleh obses dengannya.
“Tolak Tepi Gajet, Famili First.” Balik Rumah Letak Tepi Handphone, Duduk & Bercerita Cara Ustaz Don Didik Anak!

Addicted dengan gajet, sampaikan ada jurang dalam keluarga. Hubungan antara anak, ibu bapa dan keluarga mula renggang. Itu antara inti pati yang Ustaz Don kongsikan melalui perbincangan beliau bersama Keluarga Talk anjuran Majalah Keluarga sebentar tadi.
Saya baru kahwin 8 tahun dan anak sulung baru 6 tahun, jadi nak cakap tajuk ini adalah semata-mata pengalaman yang saya ada sepanjang 8 tahun ini. Gajet ini ibarat pisau kalau guna dengan betul boleh potong sayur, daging, buat ukiran buah dan sebagainya, Tapi pisau yang sama kalau salah guna boleh jadi kes-kes seperti pembunuhan, tikam, budak bunuh ibu dan sebagainya.
Jadi gajet juga sama, ada orang mahir guna gajet boleh jana pendapatan, ada yang amatur sekadar guna tanpa mudarat pada diri dia mahupun orang lain atau ada juga yang salah guna kemahiran dengan benda salah seperti keyboard warrior dan sebagainya. Jadi terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana menggunakan gajet tersebut. cermatnya kita menggunakan sesuatu alat ke arah kebaikan.
“Kita buat ‘dia’, jangan sampai ‘dia’ kawal kita. Kuncinya adalah tarbiah yang mana kena pandai jaga hati. Memang sekarang zaman gajet, ia menyebabkan berlaku jurang dalam keluarga. Melalui tarbiah, ayah kena pegang peranan sebagai ketua keluarga, begitu juga peranan ibu.
“Mesti saling mengingati tanggung jawab antara satu sama lain. Contoh paling mudah adalah tanggung jawab kepada anak-anak. Mereka hasil persetujuan bersama dengan isteri jadi kenapa kita nak abaikan tanggung jawab pada anak-anak,” ujarnya lagi.
Tambah Ustaz Don lagi, jangan terkejut kalau dilihat statistik yang memaparkan kaum perempuan paling tinggi bermain game. Perangkaan pada 2019 menunjukkan 63% adalah pengguna perempuan. Ini dilihat melalui statistik sebuah laman analisis yang menganalisis pengguna game berdasarkan mereka yang memuat turun game memaparkan perangkaan tersebut.
“Tetapi ini bukan bermakna orang perempuan ini ‘gamers’. Mereka jenis yang mudah terhibur dan bukan main untuk menang. Bukan seperti mereka yang benar-benar main game yang akan susun strategi dan sebagainya. Orang perempuan main sebab suka dan rasa terhibur.
“Berbalik kepada soalan tadi, semuanya terpulang kepada tanggung jawab. Selesaikan tanggung jawab, salahkan beri perhatian pada anak-anak belajar habit, tanya apa yang mereka mahukan. Perlukah kita fokus pada gajet.
“Rumah adalah istana kita dan semua tempat ada undang-undang. Jadi buatkan undang-undang dalam keluarga. Saya sendiri walau tak kuat kuasa dalam rumah tetapi balik rumah saya akan letak ke tepi handphone dan fokus pada anak-anak. Duduk dan bercerita dengan anak-anak. Itu pun tak cukup masa,”ujar Ustaz Don lagi.
Apabila ibu ayah sibuk dengan gajet, secara tak langsung anak-anak pun akan terikut. Akui Ustaz Don tidak dinafikan ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan gajet untuk mengawal anak-anak.
“Ada sesetengah ibu bapa akan memberikan gajet pada anak-anak supaya mudah untuk memilih menu apabila keluar makan bersama. Salahkah andai ibu bapa mengajak anak-anak untuk sama-sama memilih menu bersama, kan lebih mesra. Tetapi ini tak berlaku.
“Dalam rumah tangga ada undang-undang dan ada asam garam. Bab anak menangis, riuh, air tumpah, cawan jatuh, dan sebagainya barulah itu keluarga. Tetapi hari ini value tersebut hilang. Kerana semua orang potray dalam facebook, instagram keluarga bahagia semua pakai sedondon, makan sama, suap sama-sama. Itu bukan, itu lakonan semata-mata.
“Kembali kepada peribadi merdeka iaitu jadi diri sendiri. Suami, isteri dan anak-anak ada karekter masing-masing. Tetapi itulah keluarga, jangan malu dengan keluarga sendiri. Kalau anak bising di kedai tak payah malu, nasihatkan supaya jangan buat bising. Kita kena sayang keluarga kita,”tegas Ustaz Don.
Walau bagai mana pun, kata Ustaz Don tak salah jika nak bagi gajet pada anak-anak kerana mereka ada tempoh masa. Kalau tak boleh fokus jadi tak salah andai diberikan sekejap gajet tetapi lepas tu tarik semula supaya tak leka.
“Jujurnya saya sendiri tidak menghadkan penggunaan gajet pada anak-anak. Kita kena membiasakan generasi hari ini dengan eranya tetapi tak bermakna memperhambakannya. Kena ada sistem yang mana volume mesti kena kuat. Apa yang mereka lihat kita tahu dan di depan mata.
“ Jadi undang-undang kena ada kerana ini salah satu yang saya suka fokus. Bapa kena berkuasa dalam rumah, jangan sampai anak-anak kunci pintu dalam rumah kita sendiri. Kita tak mahu ibu dan ayah jadi hamba dalam rumah sendiri.
“Bapa kena beri contoh terbaik baru anak-anak ikut. Dengan kata lain, nak bagi gajet pada anak-anak boleh tetapi kena ada undang-undang. Anak-anak tahu apa yang saya suka dan tidak, mereka juga boleh bergurau, naik atas badan saya tak ada masalah. Tetapi bila sampai part saya tegur, contohnya main game dan sebagainya mereka akan dengar.
“Tegas ketika mendidik itu petua dan cara saya praktikkan sejak dulu lagi. Awalnya marah tetapi lepas tu kendurkan suara. Didik minda dan hormatkan anak-anak, itu cara kita dibesarkan oleh ibu bapa kita kan,” tegas Ustaz Don lagi.
Sebagai seorang suami, ayah dan pemilik masyarakat tidak dinafikan ada benda yang disukai tetapi akan mengutamakan keluarga terlebih dahulu baru kehendak diri.
“Kamu jaga Allah maka Allah akan jaga kamu. Jaga tanggung jawab kamu kerana Allah maka Dia akan tolong kita. Misalnya di waktu kita solat, suap anak dan sebagainya semua itu adalah masa. Yakinlah bila kita buat kerana Allah, insya-Allah Dia akan memudahkan anda.
“Saya bukanlah orang yang terbaik tetapi sekadar kongsi dan ambil pengajaran darui kehidupan Rasullah. Jadi, bacalah kisah Rasullah, Wajah Kasih Rasullah dan Asam Garam Rumah Tangga Rasullah. Barulah kita akan faham dan menghidupkan jiwa dan mengenyangkan sanubari,” ungkap Ustaz Don sebelum menutup perbualan bersama Majalah Keluarga.
Ikuti perkongsian penuh Ustaz Don menerusi video ini.
Tolak Tepi Gajet, Family First!
Zaman sekarang ni, sikit-sikit gajet, pergi mana-mana pun gajet sampai dalam rumah pun masih dengan gajet! Sibuk sangat dengan gajet sampai keluarga pun terabai. Oh no! Tak boleh macam tu… Jom dengar apa kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dengan topik : TOLAK TEPI GAJET, FAMILY FIRST.
Posted by Keluarga on Wednesday, October 14, 2020