
Kalau dulu sebut sahaja kek lapis pasti ramai yang terbayang akan rasanya yang enak.
Walaupun ada yang mengatakan resipi agak sukar untuk dibuat, tapi sebenarnya mudah je. Apa lagi jika kita pandai mengolahnya menjadi pelbagai perasa. Pasti lebih menarik untuk dihidangkan seisi keluarga.
Untuk kali ini, admin nak kongsikan Resepi Kek Lapis Yogurt 3 Rasa. Jom cuba!
Bahan-bahan
500g mentega
140g gula(1gelas)
1sudu makan esen vanilla
1sudu makan ovalett
250gram cream cheese
50gram serbuk santan
350gram susu pekat manis
50gram susu tepung
200gram horlicks
10biji telur
165gram tepung gandum(1 1/2 gelas)
5sudu makan YOGURT perisa blueberry
5sudu makan YOGURT perisa strawberry
5sudu makan YOGURT perisa asli
Pewarna merah jambu
Pewarna unggu
Pewarna putih
Cara membuat:
- Putar mentega dan gula sampai kembang atau putih.
- Masukan ovalett. Putar lagi sampai kembang.
- Masukan telur satu persatu. Putar sampai betul betul sebati.
- Masukan cream cheese & susu pekat ,putar lagi sampai sebati. Masukan pula horlicks,susu tepung dan serbuk santan. Gaul sebati guna senduk sahaja. Akhir sekali masukan tepung . Gaul guna senduk sampai sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian
- Bahagian 1 warna merah jambu ditambah YOGURT perisa strawberry
- Bahagian 2 warna putih ditambah YOGURT perisa asli
- Bahagian 3 warna unggu ditambah YOGURT perisa blueberry
sediakan loyang 9×9′
- Kukus berlapis lapis.
- Bahagian 1 dulu selama 40minit.Diikuti bahagian 2 selama 1jam.
- Seterusnya bahagian 3 selama 1 jam 30 minit untuk keseluruhan kek masak
SELAMAT MENCUBA
Original resepi: eiyjarnazeanangah
‘Kalau Lambat Keluar Dari Tandas, Mungkin Aku Hilang Adik Buat Selamanya. ” Lelaki Ini Dedah Adik Hampir Diculik Dua Lelaki India Di R&R.

Siapa sangka, niat seorang abang berhenti sebentar di hentian Rehat & Rawat (R&R) hampir mengundang musibah pada adiknya.
Kisah ini katanya berlaku di R&R Temerloh. Ketika berhenti di R&R berkenaan, dia berasa diri diperhatikan sekumpulan lelaki, namun dia tidak mengambil pusing tentang itu. rupa-rupanya ada cubaan pukau dan culik.
Ikuti kisah selanjutnya seperti yang di ceritakan lelaki ini.
Moga menjadi pengajaran buat semua dalam berhati-hati dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling.
Peringatan untuk para perantau semasa berhenti di RnR..
31 May memang akan jadi kenangan pahit.
Kalau tersilap langkah and lambat keluar dari tandas tadi aku mungkin akan kehilangan adik aku buat selamanya diambik orang kerana cubaan bukak kereta aku oleh 2 orang warga india di RNR Temerloh.
Ceritanya pada awal sampai aku diperhatikan oleh segerombolan manusia iaitu terdiri dari melayu dan india. tetiba masa nak makan mereka mengambil tempat meja sebelah aku, dorang pandang aku cubaan untuk pukau tapi gagal.
Masa nak ke parking mereka tunggu di parking. syak wasangka memang tak la, sebab bulan posa ingat orang semua baik baik. tapi !
Cubaan pukau gagal, lalu mereka cuba menggunakan kekerasan cubaan membuka pintu kereta semasa bongsu sendirian di dalam kereta nasib baik sebelum aku ke tandas aku berpesan pada bongsu
“ adik lock pintu “ and masa dalam tandas adik call aku berkali kali, kali ketiga baru aku angkat dia cakap emergency. terus aku bergegas keluar.
2 india tu dah larikan diri.
P/S : hati hati kalau anda semua stop di rnr temerloh. sebab ada mata yang sedang memerhati. tunggu peluang untuk rompak/samun/ pukau.
Serius trauma ! sampai ngigau bongsu malam ni.
Kredit story : tarmiziani
Kredit pic : tarmizi sulaiman
Perut Dah Macam Mengandung 7 Bulan, Rupanya Ada Cyst Sebesar 28cm. Anak Dara Ni Kongsikan Pengalamannya!

Apa yang dikongsikan oleh Amalina Hasin tentang pengalamannya disahkan mengidap Ovarian Tumour Malignant ini semoga dapat memberi info dan dalam masa yang masa menyuntik kekuatan emosi kepada wanita lain andai mengalami nasib sepertinya.
Kisahnya pernah tular suatu ketika dulu, dek kerana perkongsian tersebut. Dan terbaharu apabila dihubungi, nyata perkembangan kesihatannya cukup positif kini.
“Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke 9 selepas operation. Semakin baik. Cuma ada waktunya perut masih ngilu sikit. Tapi tak kerap. Jadi untuk kekalkan tahap kesihatan, so far apa yang saya buat regular checkup 6 bulan sekali (ultrasound) dan buat ujian darah di klinik pakar sakit puan. Lepastu saya kurangkan pengambilan makanan yang membuatkan sel cyst aktif lebih cepat. Saya ambil vitamin C untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman.”

Malah gadis berusia 23 tahun ini tidak lokek untuk terus berkongsi info dan tip untuk manfaat bersama. Dan ini antara tip yang dikongsikannya.
Ekstra Tip
Bagi mereka yang mungkin alami penyakit macam saya (yang dalam operation, menunggu operation)
1. Elakkan makan segala jenis makanan yang akan aktifkan sel cyst sebelum dan selepas operation.
2. Jangan ambil pati ikan haruan atau gamat. Sebab nanti jika terjadi next operation, semua organ dalaman perut akan melekat-lekat – (Doktor pakar bedah yang maklumkan dan nasihatkan saya)
3. Regular check up 6 bulan sekali
Manakala ini pula adalah posting terdahulu yang dikongsikan olehnya selepas berjaya menjalani pembedahan dan pernah menjadi viral dek kerana gambar cyst yang berjaya dikeluarkan bersaiz besar hingga 28cm dan seberat 5kg!
Jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
CYST ATAU KANSER ? WANITA JANGAN AMBIL RINGAN. PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
OVARIAN TUMOUR MALIGNANT
Alhamdulillah. Hari ini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar di bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MasyaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah.
Tak sangka selama ni bawa makhluk sebesar ini dalam perut. Doktor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda-tanda sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (Saya jenis terlalu positif dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal)
Macam mana saya dapat tahu ?
Saya memang bawa motor pergi kerja hari-hari, jalan pula tengah buat construction, memang lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan.
Selepas itu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dapat keputusan baru refer ke hospital sebab tak nak tunggu lama kalau terus ke hospital, memang akan ambil masa yang lama. Yang ni bersyukur tunggu 3 minggu saja tunggu dari tarikh mula-mula refer hospital, dah dapat tarikh operate, sebab cyst dah besar sangat dan boleh pecah.
Tanda-tanda & punca
Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sebab cyst ni ada banyak jenis, yang aktif, yang tidak, yang biasa, yang kanser, yang satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yang fibroid, yang ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda-tanda dia berbeza pada semua orang. Untuk saya, ini tanda-tandanya:
1. Senggugut yang teruk setiap kali datang bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat
4. Benjolan pada sekitar perut (macam saya sudah terlalu besar, sudah penuh satu abdomen, benjolan sudah dapat rasa sikit sahaja dari bawah dada, dah ada benjolnya)
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sebab cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sebab cyst boleh timbul jugak di payudara)
Punca-punca : (Doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan-soalan yang di tanya pada saya, kemungkinan inilah beberapa puncanya)
1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) – macam saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sangat teratur setiap bulan, lain orang lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor memang bising sangat-sangat – ubat untuk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Punca dia mmg tak banyak. Sebab itu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound sahaja dekat mana-mana klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos.
Kebetulan doktor yang merawat memang doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound sahaja. Untuk yang sudah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tapi ultrasound pun sudah memadai untuk peringkat awal check up.
Kos Pembedahan
Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu sahaja untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat-ubat.
Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab itu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman orang lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya sahaja. Doktor yang rawat saya memang ramai. Ternyata pakar di sini memang ramai dan sangat-sangat baik. Thanks doktor dan nurse, Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InsyaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda-tanda kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat-cepat buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi orang di luar sana. Bagi yang alami masalah yang sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yang ada. Mudah mudahan. Terima kasih juga pada yang mendoakan kesihatan saya.
sumber : Amalina Hasin
“Penyakit Kanser Ini ‘Hadiah’ Allah Untuk Disyukuri Bukan Ditangisi.” Ustaz Hanafiah Kongsi Tip Sentiasa Positif Dan Never Give Up!

Bukan semua orang dipilih untuk menerima ujian dariNya. Untunglah mereka yang terpilih untuk diuji kerana itulah permulaan dalam melatih diri sama ada reda atau sebaliknya.
Berpantang maut sebelum ajal. Demikian bagi pendakwah bebas, Ustaz Hanafiah Malek yang diuji dengan Kanser Limfoma, namun ia tidak pernah sedikit pun menghentikan kerja-kerja dakwah beliau. Sebaliknya Ustaz Hanafiah tetap tabah meneruskan aktiviti tersebut seperti biasa.
Malah, penyakit itu dianggap sebagai ‘hadiah’ yang diberikan daripada Allah kepada beliau untuk disyukuri, bukan ditangisi. Malah, beliau turut berkongsi beberapa tip agar mereka yang diuji sentiasa positif dan tidak berada dalam perasaan kecewa.
“Hadiah tidak selalunya dibalut dengan pembungkus yang cantik. Adakalanya dibalut dengan kedukaan tetapi di dalamnya subhanaallah, penuh dengan cahaya keimanan.”
Syukur
“Inilah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur. Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah adalah Tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.”
Jangan Stress
“Kalau tak nak stress, syukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatintya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasanya. Orang bersykur pula ‘they make Allah happy.’”
Cita-cita Saya Mati Ketika Dakwah
“Saat ini saya tiada masa untuk fikir bab sakit kerana banyak komitmen. Memang doktor tak bagi tapi saya takkan tinggalkan kerja-kerja dakwah kerana manisnya dakwah.”
Never Give-up! Allah kan Ada
Merupakan buah tangan Ustaz Hanafiah buat dirinya sendiri juga mereka yang sedang diuji. Pesannya lagi, jangan cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati.
Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah.
Sumber: GRUP BUKU KARANGKRAF