Zaman ekonomi tak stabil ni kalau boleh semua benda nak jimat kan? Nahh cara buat ayam KFC yang murah tak sampai RM10 untuk 10 ketul ayam tau. resipi ini cukup mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab dah terbukti memang ‘simple’, tetapi cukup menggiurkan. Jom buat sekarang, boleh buat hidangan untuk tengah hari ini. Anak-anak pasti suka ni!
Bahan-bahan
2 sudu serbuk cili atau chilli flakes
10 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu lada hitam
1 sudu lada sulah
1 sudu serbuk secukup rasa
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu sebuk kari ikan **kari ayam abis.bantai kari ikan pun ok
1 sùdu cuka ( utk ayam juicy di dalam rangup di luar)
Bahan tepung untuk goreng:
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garan
1 sudu kecil soda bikarbonat
cara membuat:
Separuh ekor ayam
2. gaul rata bahan dan perap 30 minit
3. Sebelum goreng pecahkan 2 bijik telo ayam..gaul sebati
4.Gaul ayam kat tepung
5. Goreng deep fry.. sy guna periuk kecik..jimat minyak
6. toskan minyak dan hidang! mantopppp!
Sumber: Fafae Mimie
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ada dokumen penting seperti surat beranak anak-anak, sijil nikah, buku bank, dokumen loan rumah atau kereta, polisi insuran dan sebagainya, di mana kita simpan semua itu ya?
Tentunya kita semua ada menyimpannya dengan baik, namun mungkin tidak terurus. Mungkin ada sebahagiannya disimpan di dalam fail, ada yang lainnya diletakkan di dalam laci, ada pula di dalam almari dan hakikatnya cara ini sukar untuk kita capai bila di dalam waktu kecemasan berlaku seperti kejadian banjir ketika ini.
Jadi apa kata kita ikut sepertimana yang dilakukan oleh Puan Wanda Safwan ini untuk rujukan.
“Antara benda yang saya bersyukur sangat sewaktu cemas dilanda banjir ialah semua dokumen penting saya dah disimpan di satu tempat.”
3-4 bulan lepas, memang selalu terfikir pasal nak kemaskan susun atur & juga pengumpulan dokumen-dokumen penting setempat.
Disamping prepping, pengurusan dokumen ni juga penting supaya senang kita nak capai & lari di waktu kecemasan.
Saya simpan semuanya di dalam 1 beg ni. Ruangan simpanan dia banyak, boleh simpan segala dokumen penting macam surat beranak anak, passport, geran kenderaan, S&P pembelian rumah, surat ar-Rahnu, polisi insurans dan apa saja dokumen penting yang perlu ada.
Sijil Degree saya & suami pun saya simpan dalam beg ni. Yelah just in case diperlukan nanti.
Masa air naik pukul 3am tu, saya terus capai beg ni dan semak balik apa yang ada di dalam. Kemudian saya terus masukkan ke dalam luggage untuk di bawa keluar nanti.
Beg ni pun ada lock sekali untuk kita protect dokumen di dalam. Bagi saya, setiap orang perlu ada 1 beg ni di rumah dan letakkan di tempat yang senang capai.
Beg ni saya beli dulu direct dari China, tapi saya tengok kat shopee pun ada jual. Murah je RM15 harganya.
Trust me, waktu dah panik nak selamatkan diri nanti kita tak sempat dah nak ingat kat mana passport, kat mana buku tabung haji, kat mana surat beranak anak etc.
Dengan 1 bag ni, mudah kita nak grab & go. Jangan lupa selitkan juga sedikit cash di dalam beg ni untuk kegunaan di waktu kecemasan nanti.
Mohon sharekan, semoga bermanfaat kepada orang lain. Dulu saya tak terfikir benda ni betul-betul berguna di waktu kecemasan.
Dah rasa situasi cemas tu sendiri baru tahu
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/wanda.safwan/posts/10222331934581346″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Puan Wanda Safwan [/su_button]
Siapa yang tak kenal dengan Iwan, penyanyi yang pernah mencipta fenomena genre muzik dangdut. Namun kini seiring peningkatan usia, lelaki yang kini memasuki usia 60 tahun sudah berubah 360 darjah.
Sejak 10 tahun lalu, bapa kepada Oktovia Manrose dan Aprena Manrose ini lebih mendekatkan diri ke arah ketuhanan
Dalam tempoh menyepikan diri dan fasa berhijrah itu, Iwan atau nama penuhnya, Wan Syahman Wan Yunus, bagaimana pun tidak meninggalkan bidang nyanyian begitu saja.
Malah Iwan yang dilahirkan di Kisaran, Sumatera Utara, Indonesia lebih cenderung menyanyikan lagu ketuhanan atau nasyid.
Buktinya, finalis program realiti, Hijrahkan Laguku siaran TV Alhijrah itu memaklumkan dia mempunyai sekitar 30 buah lagu selain pernah merakamkan tujuh album ketuhanan.
“Album pertama dan kedua ketika itu masih dijual di stor muzik. Namun album seterusnya, saya cari alternatif dengan jual sendiri kerana ledakan pasaran muzik digital mula mendominasi.
“Saya usung album itu dan jual masa buat ceramah di masjid, surau dan sebagainya. Malah dua tahun lalu, saya ada bikin album berjudul Suara Daie menggabungkan penyanyi yang turut berhijrah seperti Allahyarham A Ali, Zul Handyblack, Izam Medicine, Zul Yahya dan saya sendiri.
“Namun sebab wabak COVID-19, album itu tak boleh dipromosikan. Saya kemudiannya menyanyikan semula beberapa buah lagu dalam album sama yang dinyanyikan penyanyi terbabit.
“Saya namakan album itu sebagai Ajaib (Akhirat Janji Allah Itu Benar) dan memuatkan 10 lagu.
“Selepas berakhir pertandingan Hijrahkan Laguku terdetik juga nak bikin album Suara Daie volum 2 membabitkan finalis dan peserta yang terbabit. Kalau dapat lampu hijau daripada mereka, saya gembira,” katanya.
Kata Iwan, selepas berhijrah, dia banyak memenuhi tawaran dalam menyebarkan dakwah dan menyanyi lagu Islamik. Katanya, Allah sentiasa memberikan rezeki dan tak perlu risau dengan apa pun terjadi.
Tanpa diduga, tawaran dan rezeki itu menjelma menerusi saluran, TV Alhijrah.
“Faisal Ismail yang menjadi hos pertandingan itu, menjadi orang pertama mempelawa saya untuk menyertai pertandingan itu. Kami kebetulan ketika itu berada di Taiping mengikuti kembara tiga hari.
“Cuma pada awalnya saya berharap pertandingan itu akan dianjurkan tanpa membabitkan golongan wanita, maka lebih bagus. Dulu iya, saya okey perihal sebegitu. Tapi sejak Tuhan beri kesedaran ke jalan agama, saya kena jaga termasuk membabitkan soal aurat wanita.
“Dipendekkan cerita, stesen TV itu patuh syariah dalam menerbitkan pertandingan berkenaan tanpa membabitkan golongan perempuan,” katanya.
Kata Iwan, sepanjang berentap di pertandingan itu, dia menukar sendiri lirik lagu popular kepada paksi ketuhanan.
“Ada lagu genre kasih sayang sesama manusia ditukar kepada cinta kepada Allah. Itulah manisnya pertandingan berkenaan.
“Macam lagu Siapa Di Hatimu ditukar menjadi Allah Di Hatimu, Memori Daun Pisang (Memori Di Jalan Allah), Istana Menanti (Syurga Menanti) dan sebagainya,” katanya.
Secara peribadi, Iwan menyukai format pertandingan itu dan harap ia dapat diteruskan.
“Selama ini ada program diterbitkan berpaksikan hiburan semata mata. Hiburan itu bagus, tapi saya tersilap kerana ia tidak boleh berlebihan. Berhibur ambil yang positif, elak yang mengundang dosa.
“Saya juga harap pertandingan sebegitu dapat menyuntik ramai penyanyi lelaki tanah air untuk menyanyi ke arah lagu Islamik.
“Dulu suatu ketika muzik dangdut meledak. Begitu juga rock dan sebagainya. Muzik nasyid juga dulu pernah berada di kemuncak. Media, TV, radio dan platform digital membantu, pasti ada lagi perubahan buat muzik yang mengagungkan kebesaran Ilahi atau nasyid ini,” katanya.
Memilih untuk tidak kembali menyanyikan lagu cinta lama melalaikan yang pernah dinyanyikan dulu, Iwan terbuka meneruskan survival seni ke arah lagu yang lebih diredai Allah.
“Kalau selepas ini ada lagi tawaran yang menjurus kepada paksi agama, saya akan terima.
“Saya pun akan meneruskan rutin berdakwah macam biasa. Cuma sudah lama tak balik kampung di Sumatera saja kerana COVID-19. Sejak lapan tahun lalu saya turut membangunkan madrasah Yayasan Taman Tahfiz Darul Islah di sana.
“Macam album saya jual pun ada peratusan disalurkan ke madrasah itu untuk aspek pembangunan. Setakat ini ada 200 pelajar tahfiz lelaki dan 200 lagi wanita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Iwan memanjat kesyukuran kerana dua anak perempuannya yang turut memilih jalan seni sudah memakai hijab.
“Bukan senang cabaran yang mereka lalui jadi artis. Saya melaluinya dulu. Mereka juga sudah bersuami, aurat kena dijaga dalam hal berkenaan.
“Selama ini pun saya tak marah atau memaksa mereka menutup aurat. Saya hanya menggunakan cara komunikasi dan tarbiah. Kalau berjumpa atau cakap di telefon, saya kongsikan hadis dan nasihat.
“Suami mereka pun bagus. Apa apapun, saya memanjat kesyukuran di atas perubahan itu. Ini Allah aturkan,” katanya.
Iwan kini bahagia melayari perkahwinan ketiga bersama Evie Surriyanti sejak 12 tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup bersama wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia, pasangan itu dikurniakan dengan enam cahaya mata.
Terdahulu, Iwan mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Octovia dan Aprena.
Perkahwinan kedua Iwan bersama Wan Rafidah Abu Bakar pada 1988 hanya bertahan selama lapan tahun. Mereka mempunyai anak angkat, Nursyafiqah Emisya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.