Resipi Kek Blueberry Cheese, Tak Perlu Bakar & Guna Mixer. Ringkas & Kos Bahan RM35 Jer. Sedap!

Share

Nak makan Cheese kek tapi agak leceh kerana kek sebegini agak rumit dan banyak pula caranya. Lagi lagi yang kena guna oven dan mixer. Ada pula yang akan tanya, boleh ke bakar kek tanpa oven? Takder oven macam mana nak bakar kek? Jawapannya boleh!

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Zulkifli Hashim ni. Mudah dan cukup menjimatkan dengan kos hanya RM35 jer.

Blueberry Cheese Kek tanpa bakar dan tanpa mesin pengadun. Resipi ada pada gambar. Kos Bahan +/- RM 35.00 ???

Guna 13 keping aje.
Bahan2 yang lainnya
Potong Buttercup lebih kurang 1 inci.
Adun kan dgn kepingan biskut yg telah dihancur hancur halus.
Tekap pada acuan kek dan simpan dlm freezer sementara membuat cheesenya.
Pukul atau kacau dgn alat pemukul 200ml Whipping Cream lebih kurang 5 – 7 minit
Campurkan 250g Beqa Tatura Cream Cheese dan pukul hingga halus.
campurkan 1 sudu makan Essen Vanilla
Campurkan 120g Gula Ising. (kurang manis) kalau inginkan sedikit manis bolehlah tambah lagi 40g
Campurkan 1/2 biji perahan Lemon
Panas dan campurkan 4 sudu makan Geletin sayuran
Keluarkan base biskut dari freezer dan tuangkan bancuhan cream cheese dan simpan semula dlm freezer utk 30minit atau lebih sehingga keras
Setelah keras letakkan Topping Blueberry dan masukkan dlm freezer utk beberapa minit.
Nah… siap

Nampak menarik dan sedap kan. Jom cuba!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club