Resipi Kek Batik Rasa Berkrim Horlicks. Lembut, Sedap & Mudah Jer Caranya!

Share

Peminat kek batik. harus cuba resipi ni. Kali ni diadunkan bersama horlick. Nampak yummy pula. Jom ibu-ibu kita cuba buat hidangan seisi keluarga hujung minggu nanti.

KEK BATIK HORLICKS

Bahan-Bahan
250 gm mentega
100 gm gula kastor
6 biji telur
180 gm tepung gandum
200 gm susu pekat manis
1 1/2 cawan horlicks
2/3 cawan Nestle nestum original
Biskut Marie Munchy’s secukup kegunaan
Choc Rice secukupnya

** NOTE ~ Kurangkan sukatan gula dan susu pekat manis sekiranya tidak suka manis.

Cara -Cara
1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
4. Tambahkan tepung gandum, horlicks dan nestum. Pukul adunan hingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga adunan pekat ( rujuk SINI cara memasaknya ).
6. Tutupkan api. Kemudian masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
8. Taburkan choc rice di atas kek.
9. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong. Lebih elok jika dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.
10. ** Cara lain untuk melapis kek
~ Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
11. Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
12. Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong.

 

Kredit : Sheery Dream Cakes