Karipap antara kuih ‘legend’ yang diminati segenap lapisan usia. Bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujang. Mana-mana je, pasti ada yang menjual kuih yang satu ini.

Nampak macam senang je nak buat, tapi ada yang juga yang cuba tapi tak menjadi. Ada yang kulitnya keras,  ada juga yang liat. Bukan tu je, intinya pun tak sedap.

Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba-cuba buat, jom cuba resipi dan cara buat karipap yang dikongsikan oleh Puan Eyda Fyda‎.


Assalammualaikum… memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post sy sblom ni,sy dgn berbesar hati nk kongsi ngan kwn2 semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa… Aamiin.

Jom sy bongkarkan secara details..😘
Cara2 ada dlm gambar ye…sy izinkan kwn2 share dan selamat mencuba…😉
Ingat… jgn share je tau,,, pastikan kwn2 cuba buat,,mana tau boleh dijadikan sbg sumber pendapatan mcm sy…😊

Bahan bahannya ialah :

kulit karipap rangup :
1kg Tepung Gandum.
1mgkuk/cwn kecil minyak masak.
2 sudu majerin.
Air bancuhan garam.

Inti :
Kentang didadu.
Serbuk kari daging.
Cili kering dikisar bersama bwg besar,bwg putih dan udang kering.
Air rebusan daging bersama daging yg tlh direbus.
Sedikit daun sup utk bau yg sdp.
Garam.
Gula.
Serbuk perasa ( terpulang samada nk guna ataupun tidak )

Cara2 nya ialah….

  1. Panaskan 1cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2sudu majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.

2. Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.

3. Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti

4. Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye)

5. Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit..

6. Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar…’

7. Doh yang telah siap diuli..

8. Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.

9. Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu..😉

10. Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar..

11. Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau…

12. Masukkan air rebusan daging… kacau rata

13. Masukkan kentang yang telah didadu..

14. Masukkan daging cincang yang telah direbus..

15. Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula…

16. Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering…kena rajin kacau ye.

17. Inti yang telah siap..😋

18. adaaa siap karipap kita..😉