Karipap antara kuih ‘legend’ yang diminati segenap lapisan usia. Bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujang. Mana-mana je, pasti ada yang menjual kuih yang satu ini.
Nampak macam senang je nak buat, tapi ada yang juga yang cuba tapi tak menjadi. Ada yang kulitnya keras, ada juga yang liat. Bukan tu je, intinya pun tak sedap.
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba-cuba buat, jom cuba resipi dan cara buat karipap yang dikongsikan oleh Puan Eyda Fyda.
Assalammualaikum… memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post sy sblom ni,sy dgn berbesar hati nk kongsi ngan kwn2 semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa… Aamiin.
Jom sy bongkarkan secara details..😘 Cara2 ada dlm gambar ye…sy izinkan kwn2 share dan selamat mencuba…😉 Ingat… jgn share je tau,,, pastikan kwn2 cuba buat,,mana tau boleh dijadikan sbg sumber pendapatan mcm sy…😊
Bahan bahannya ialah :
kulit karipap rangup : 1kg Tepung Gandum. 1mgkuk/cwn kecil minyak masak. 2 sudu majerin. Air bancuhan garam.
Inti : Kentang didadu. Serbuk kari daging. Cili kering dikisar bersama bwg besar,bwg putih dan udang kering. Air rebusan daging bersama daging yg tlh direbus. Sedikit daun sup utk bau yg sdp. Garam. Gula. Serbuk perasa ( terpulang samada nk guna ataupun tidak )
Cara2 nya ialah….
Panaskan 1cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2sudu majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.
2. Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.
3. Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti
4. Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye)
Ads
5. Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit..
6. Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar…’
7. Doh yang telah siap diuli..
8. Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.
Ads
9. Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu..😉
10. Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar..
11. Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau…
12. Masukkan air rebusan daging… kacau rata
13. Masukkan kentang yang telah didadu..
Ads
14. Masukkan daging cincang yang telah direbus..
15. Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula…
16. Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering…kena rajin kacau ye.
17. Inti yang telah siap..😋
18. adaaa siap karipap kita..😉
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pastinya pusat beli-belah akan menjadi tumpuan keluarga untuk membeli barangan keperluan raya seperti baju raya, kelengkapan rumah dan sebagainya.
Satu hal yang merunsingkan kebanyakan ibu bapa adalah membawa anak-anak ketika jualan murah di mana-mana pusat membeli belah.
Dengan keadaan orang yang ramai dan berasak-asak risiko anak terlepas dari genggaman mungkin berlaku. Untuk mengelak kejadian ini dari berlaku, ibu bapa kena praktikkan cara selamat bawa anak di pusat membeli belah:
Usia 0 – 1 tahun
Masih awal untuk mendidik, mengajar atau menunjukkan cara yang betul tentang bahaya yang ada di pusat membeli belah. Paling praktikal ialah dengan kawalan sepenuhnya oleh ibu bapa sepanjang berada di luar.
Ibu bapa perlu peka tentang kebarangkalian risiko dan bahaya yang ada supaya langkah pencegahan dilakukan terlebih dahulu.
Peranan menjaga anak diagihkan antara ibu dan bapa. Contoh jika ibu sibuk memilih barangan keperluannya, maka bapa boleh mengambil alih peranan menjaga anak. Begitulah sebaliknya.
Memastikan keperluan bayi disediakan seperti susu suam dan jika bayi masih menyusu badan, maka pastikan bayi sudah diberikan susu (sebelum bertolak ataupun di tempat yang disediakan) sebelum meneruskan niat untuk membeli belah.
Justeru, untuk mengelakkan emosi ibu bapa terganggu, terlebih dahulu sempurnakanlah keperluan anak-anak terutama bayi. Membawa peralatan yang sesuai seperti stroller atau beg sandang bayi yang sesuai, iaitu tidak terlalu besar atau kecil dan mudah dibawa.
Usia 2 – 4 tahun
Bermula usia seawal 2-4 tahun, ibu bapa sudah boleh bercakap dengan anak-anak berkenaan bahaya sekeliling. Cara penyampaian perlulah bersahaja dan boleh difahami oleh anak-anak.
Paling elok jika menggunakan medium komunikasi yang lain seperti buku, rancangan televisyen atau gambar rajah bergambar untuk memudahkan pemahaman. Seperti juga bayi, anak-anak dalam lingkungan 2 – 4 tahun juga perlu diperhatikan sepenuhnya oleh ibu bapa.
Giliran memilih pakaian atau barangan keperluan perlu dilakukan oleh ibu dan bapa supaya sentiasa ada orang dewasa yang mengawal anak-anak.
Jika anak-anak merupakan seorang yang hiperaktif atau tidak duduk diam, maka sebaiknya bawa bersama beg sandang anak-anak yang mempunyai tali supaya sentiasa dekat dan terkawal pergerakannya.
Alat ini telah digunakan secara meluas di kebayakan negara luar sebagai satu langkah pencegahan anak-anak berkeliaran ke tempat lain tanpa kawalan ibu bapa. Pimpin tangan anak-anak kuat-kuat bagi mengelakkan mereka hilang atau sesat dalam limpahan orang ramai.
Usia 5 – 6 tahun
Pada peringkat usia ini, anak-anak boleh dilatih untuk bertanggungjawab dengan membawa beg milik sendiri yang mengandungi barang keperluan ketika keluar bersama keluarga.
Kanak-kanak tidak perlu meminta ibu bapa jika dahaga dan lapar kerana mereka boleh mendapatkannya dari beg yang dibawanya sendiri. Pun begitu, ibu bapa perlu menyediakan keperluan itu sebelum bersedia untuk keluar bersiar-siar.
Bagi anak-anak dalam lingkungan usia ini, kebanyakan mereka telah mula faham akan arahan dan keselamatan. Maka sebaiknya, sebelum keluar rumah, perlu diberi peringatan kepada anak-anak supaya berkelakuan baik dan sentiasa berada bersama ibu dan ayah.
Jadikan peringatan itu sebagai kebiasaan sebelum keluar ke mana-mana terutama tempat yang ramai orang. Anak-anak juga perlu diberitahu akan cara terbaik jika dalam situasi tersesat atau hilang daripada kawalan ibu bapa.
Mereka perlu diberitahu untuk pergi ke mana-mana kaunter di pusat membeli belah itu untuk memberitahu bahawa mereka hilang daripada ibu bapa.Pastikan anak-anak mengetahui nama penuh ibu bapa dan namanya sendiri jika merujuk ke kaunter di pusat membeli belah.
Lebih elok sekiranya anak-anak diberitahu tempat untuk meminta tolong di bahagian keselamatan yang tersedia (namun agak sukar untuk melakukan perkara ini melainkan pusat membeli belah itu sememangnya sering dikunjungi bersama anak-anak) .
Memberikan kad nama berserta nombor telefon kepada anak-anak sekiranya berlaku kes kehilangan atau sesat. Langkah ini juga telah digunakan secara meluasnya di Negara-negara luar.
Selain nama dan nombor telefon ibu bapa, tag nama juga boleh disediakan kepada anak-anak bagi memudahkan urusan bantuan dan pertolongan yang lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai video yang menunjukkan seorang remaja yang mencuri duit tabung masjid dimandikan ala jenazah sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Ekoran penularan video itu, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak masjid.
Ramainya menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak wajar, biarpun remaja berkenaan dikatakan telah mengaku bersalah.
Malah, remaja berkenaan dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.
Bagaimanapun, dalam tempoh kemarahan netizen mengenai tindakan itu, akhinya terbongkar kisah benar bahawa tindakan pihak masjid mendapat sokongan daripada datuk remaja berkenaan.
Namun dalam tempoh berita ini disiarkan pula, khabar yang tidak sedap didengar pula bahawa imam yang memandikan remaja ala jenazah itu sudah meletakkan jawatannya. Ini telah disahkan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Zawawi Ahmad Mughni.
Beliau berkata sudah berhubung dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad mengenai tindakan wajar yang sudah diambil kepada imam berkenaan.
“Saya baru berhubung dengan Pengarah JAIS dan beliau memaklumkan sudah mengambil tindakan wajar kepada imam berkenaan. Saya kurang pasti tindakan terperinci tetapi saya diberitahu imam berkenaan sudah pun meletak jawatan.
Sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa
Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis ketika mengulas tindakan imam berkenaan berkata, sebagai tokoh agama tempatan, individu bergelar imam atau nazir tidak sewajarnya menjatuhkan hukuman sendiri sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
“Sebagai imam atau nazir tidak sewajarnya memberi hukuman sebelum siasatan dilakukan. Patutnya kita beri keterangan kepada polis untuk selesaikan.
“Tugas imam sebagai da’i, beri nasihat dan bimbingan kepada individu yang bermasalah, bukan buat tindakan (menghukum) sendiri.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Semenjak dua menjak ini ramai juga yang bercadang memiliki emas sama ada sebagai pelaburan, simpanan atau pun untuk dipakai sebagai perhiasan diri. Apatah lagi dikatakan harga emas turun, namun tetap mahal juga harganya.
Jika ada lebihan wang, bolehlah memilikinya pun begitu jangan sampai membeli emas dengan cara berhutang dan membayarnya secara ansuran.
Kenapa dikatakan tidak boleh berhutang untuk membeli emas?
Ini dijelaskan secara detail berkenaan hukumnya dan bersamalah kita fahaminya untuk kebaikan bersama dan tidak terjerumus kepada melakukan perkara-perkara yang haram.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.
Ringkasan Jawapan
Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Buku pink bukan sekadar buku biasa. Ia adalah rekod penting untuk ibu dan bayi. Dari awal kehamilan, setiap pemeriksaan direkodkan dalam buku ni dari segi berat badan, tekanan darah, sampai perkembangan bayi dalam kandungan.