Resipi Kari Sotong Yang Mudah Dimasak & Sedap Pula Tu. Wanita Ni Kongsikan Caranya

Share

Buat peminat sotong, bolehlah cuba resipi ini yang cukup mudah dan enak pula tu. Cara nak buat pun simple je, tak banyak bahan digunakan. Resipi ini dikongsikan oleh Mariana Zainal.

Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga.


Huishhhh…kari “Sutun”…
Rega murah hari ni tu yg buat kari sutun tu..rm22 sekilo..Silakan Resipinya pada yang nak mencuba..

“KARI SOTONG” by “MARIANA ZAINAL”

Bahan- bahan:

  • Beberapa ekor sotong..siap basuh..kemudian goreng sekejap(utk hilangkan air sotong)..toskan..
  • 1 biji kelapa parut(kisar dengan 3 cawan air..perah amik santannya)
  • 2 1/2 senduk minyak masak utk menumis..

Bahan tumis
1 biji bawang besar hiris nipis
5 ulas bawang putih hiris nipis
Sedikit halia hiris( x nak letak pun x pe)
1 sdt halba campur

Bahan pes..
2 paket kecil rempah kari ikan brand baba’s
1 paket kecil serbuk cili
1 keping asam keping
3 tangkai daun kari
1 sdb garam
1/2 sdt gula
Sedikit perasa
1 1/2 cawan air
(satukan semua ni jadikan pes)

Caranya..

  • Panaskan minyak..tumis bahan hiris dan halba campur hingga naik bau dan layu..
  • Masukkan bahan pes..masak hingga betul2 naik minyak dan garing.
  • Masukkan santan..biar mendidih seketika(sambil2 kacau) masukkan sutun..
  • Biar mendidih ganas..sesuaikan rasa..tutup api..sedia dihidang.

Silakan share..