
Buat peminat sotong, bolehlah cuba resipi ini yang cukup mudah dan enak pula tu. Cara nak buat pun simple je, tak banyak bahan digunakan. Resipi ini dikongsikan oleh Mariana Zainal.
Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga.
Huishhhh…kari “Sutun”…
Rega murah hari ni tu yg buat kari sutun tu..rm22 sekilo..Silakan Resipinya pada yang nak mencuba..
“KARI SOTONG” by “MARIANA ZAINAL”
Bahan- bahan:
- Beberapa ekor sotong..siap basuh..kemudian goreng sekejap(utk hilangkan air sotong)..toskan..
- 1 biji kelapa parut(kisar dengan 3 cawan air..perah amik santannya)
- 2 1/2 senduk minyak masak utk menumis..
Bahan tumis
1 biji bawang besar hiris nipis
5 ulas bawang putih hiris nipis
Sedikit halia hiris( x nak letak pun x pe)
1 sdt halba campur
Bahan pes..
2 paket kecil rempah kari ikan brand baba’s
1 paket kecil serbuk cili
1 keping asam keping
3 tangkai daun kari
1 sdb garam
1/2 sdt gula
Sedikit perasa
1 1/2 cawan air
(satukan semua ni jadikan pes)
Caranya..
- Panaskan minyak..tumis bahan hiris dan halba campur hingga naik bau dan layu..
- Masukkan bahan pes..masak hingga betul2 naik minyak dan garing.
- Masukkan santan..biar mendidih seketika(sambil2 kacau) masukkan sutun..
- Biar mendidih ganas..sesuaikan rasa..tutup api..sedia dihidang.
Silakan share..
Jualan Laris, Peniaga Ini Kongsi Resipi Kuih Semperit Turun Temurun Keluarga. Rasa Asli Lembut dan Rangup.

Biskut semperit ini antara kuih sedap dan mudah untuk dibuat. Ia merupakan biskut klasik. yang wajib ada masa raya. Ia juga adalah kuih tradisional tempatan yang biasanya dihidangkan tanpa mengira masa.
Bagi beginner yang baru nak belajar buat kuih, boleh cuba resipi oleh peniaga ini.
Kata Puan Rose resipi itu yang digunakan untuk perniagaannya. Boleh cuba kepada siapa yang nak buat bisnes kuih raya nanti.
MasyaAllah..
Betullahkan, bila ada 1 orang yg nak jatuhkan kita.. akan ada 9 orang pulak yg akan naikkan kita semula…
Sungguh rezeki itu rahsia Allah..
Tak terkata saya, bila tiba2 dapat oder yg sangat diluar jangkaan daripada ahli group..
Untuk itu, saya nak share resepi semperit turun temurun kluarga saya yang saya buat niaga ni..
Saya halalkan untuk sesiapa yg nak menggunakannya
Cuma doakan saya, untuk sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan☺️
BAHAN
125G : MAJERIN / BUTTER
1/2 CAWAN : GULA HALUS
1/2 CAWAN : TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN : TEPUNG KASTART
1 CAWAN : TEPUNG JAGUNG
1SDK : ESEN VANILLA
1BJ : KUNING TELUR
CARA2
1. Pukul majerin & gula smpi sekata shj, masukkan esen vanilla.
2. Masukkan tepung gandum & tepung kastard gaul pakai tangan sahaja..
3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.. gaul sebati. Jika adunan dah tak melekat di jari, stop tambah tepung
4. Paip adunan dgn acuan semperit
5. Hias choc rice atau colour rise
6. Jgn terus bakar…biar dahulu selama 30minit
7. Bakar pd suhu 150°c selama 10 minit+-
@ ikut oven masing2.
“Saya guna oven pensonic 23L”
*Kalau taknak guna telurpun, boleh ye☺️ takde masalah..
* Selamat mencuba
Sumber: Puan Rose
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

“Nak beli Motor Kena Potong Rambut.” Wawa Zainal Rasa Bersalah, Warganet Puji Mentua Aeril Zafril Sporting Potongkan Rambut!

Pasangan sama cantik sama padan, Wawa Zainal dan Aeril Zafril sering mengundang perhatian apabila berkongsi aktiviti mereka di media sosial.
Terbaru menerusi laman Instagram ibu kepada empat cahaya mata ini, dia memuatnaik satu video yang merakam aktiviti suaminya sedang digunting rambut.
Menurut Usahawan dan juga pelakon ini, Aeril terpaksa memotong rambunya sebagai syarat untuk membeli sebuah motorsikal baru.
“Kita hari ini, tengah gunting rambut Aeril. Nak menangis sebab kena potong rambut hari ini. Dia nak beli motorsikal sebenarnya. Jadi Wawa cakap dengan dia, kalau nak beli boleh tapi kena potong rambut.
“Barulah handsome kacak bergaya,” kata Wawa sambil tertawa.
Begitupun, Wawa meluahkan rasa bersalah apabila meletakkan syarat tersebut.
“Berdosakah Wawa paksa suami lepaskan salah satu benda yang paling dia sayang. Korang rasa? Tibe rasa bersalah,” tulisnya.
Walaupun Aeril amat menyayangi rambutnya yang telah panjang, namun demi memenuhi permintaan isteri tersayang dia akur. Apa yang lebih menjadi tumpuan ramai adalah rambut Aeril telah dipotong oleh ibu mentuanya.
Ada yang memuji kepandaian ibu Wawa memotong rambut menantunya Itu. Tak kurang yang berseloroh lebih fokus pada gelang ditangan ibu Wawa berbanding wajah Aeril.
Sebelum itu, Wawa memuat naik gambar bersama suaminya dan mengatakan rimas melihat rambut Aeril yang panjang.Justeru, dia meminta pandangan pengikutnya sama ada boleg dipotong atau tidak.

ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
“Luluh Hati Bila Icha Mengadu Ibu…Sakit.” Ibu Kongsi Derita Leher Anak Makin Besar, Susah Nak Makan & Nafas

Hati ibu mana yang tak pilu setiap kali mendengar rintihan sakit si kecil. Sedih hati hanya Tuhan yang tahu apabila anak mengadu dan merengek setiap kali terjaga dari tidur.
Itulah penderitaan yang ditanggung adik Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan (Ica) yang menghidap penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.
Ibunya Nur Atekah Mohd Yusof berkata, bahagian leher kiri anaknya yang berusia setahun itu membengkak serta mengandungi cecair atau air bisa dalam badan yang sepatutnya keluar melalui najis.
“Luluh hati saya apabila Icha mengadu ‘Buuu, akit.. (Ibu.. sakit), malah dia kerap merengek dan terjaga dari tidur kerana tidak selesa dengan lehernya yang besar,” kata Nur Atekah Mohd Yusof, 23.
Nur Atekah adalah ibu kepada Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan atau nama manjanya Icha berusia setahun sembilan bulan di Lumut, yang menghidap penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.
Menurut Nur Atekah, leher kiri anaknya itu membengkak dan mengandungi cecair atau air bisa dalam badan yang sepatutnya keluar melalui najis, namun sebaliknya terkumpul di leher.
“Saya perasan ada kelainan pada leher Icha selepas melahirkannya dan dia ditahan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Seri Manjung, selama tujuh hari.
“Icha kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan didapati cystic hygroma ketika berusia hampir tiga bulan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya lagi.
Menurut Nur Atekah, benjolan di leher anaknya itu semakin serius dan pemeriksaan imbas CT, bulan lalu, menunjukkan saluran makanan dan pernafasan Icha semakin terhimpit berikutan keadaan lehernya yang semakin membesar.
“Kalau ikutkan pembedahan akan dijalankan pada usia dua tahun ke atas tetapi keadaan Icha semakin serius dan pembedahan akan dibuat untuk membuang cecair itu di HKL, 21 Oktober ini.
“Saya dimaklumkan pembedahan ini berisiko serta boleh beri kesan kepada suara dan saraf tetapi sebagai ibu saya tak sanggup lihat anak berada dalam keadaan begitu, malah lehernya akan semakin membesar nanti.
“Sebab itu saya dan suami (Fahme Ridzuan Zulqarnil, 28) mahu Icha menjalani pembedahan dan kami juga mula menyimpan wang sebagai persediaan termasuk kos ulang-alik ke sana nanti,” katanya yang memaklumkan suaminya hanya bekerja sebagai operator kilang di Segari.
Nur Atekah berkata, tidur malam anaknya kini kerap terganggu kerana tidak selesa dengan keadaan lehernya itu sehingga menangis dan kadang-kadang bernafas menggunakan mulut.
“Hampir setiap malam setiap 15 minit dia akan terjaga dan tidur semula selepas diberi susu dan berulang sehingga pagi. Dia nak telan makanan juga agak sukar,” katanya.
Menurutnya, biarpun begitu, Nur Falisya Mardina seorang yang aktif serta suka berkawan dan berharap pembedahan anaknya itu berjalan lancar.
“Saya mahu lihat dia membesar dengan sihat seperti kanak-kanak normal lain, saya sedih melihat dia dijauhi dan dipandang pelik segelintir kanak-kanak ketika bermain di taman kerana keadaannya itu,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Agrobank bernombor 2005351000103289 atas nama Nur Atekah Mohd Yusof.
Sumber: Harian Metro