Resipi Kari Daging Pekat Tanpa Santan, Simple Tapi Sedap. Rasa Macam Makan Kat Kedai Mamak!

Share

Asyik makan kari yang bersantan, apa kata kali ini tukar pula selera. Selain daripada sihat, resipi ini juga cukup mudah disediakan. Bak kata orang, ‘campak-campak’ je dan siapppp.

Buat pertama kalinya hari ini saya masak lauk kari daging. Lauk permintaan suami, makan tgahri sampai malam pun takpe katanya. Jimat. So, untuk kari ni saya tak guna santan dan saya masukkan semua bahan yg ada kt dapur jadikan satu lauk. Saya jamin sedap. Huhu

Saya tahu ramai orang muda yg berkurung di rumah skrg rajin nk mencuba masak pelbagai menu, sila la mencuba kari ni. Macam rasa makan kat mamak.

Ini adalah  resipi dari puan Zurina Zulkefli  ini. Kuahnya pekat dan sedap. Nak makan bersama nasi atau roti pun boleh juga ni.

Kari pekat tanpa santan.

Bahan-bahan

Bahan2 nya adalah:
✓ 2 biji bawang merah
✓ 2 tangkai daun kari
✓ 1 biji tomato
✓ 2 biji kentang
✓ 1 lobak merah
✓ 3 tangkai lada kering
✓ 4 tangkai cili hijau
✓ 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
✓ 2 hirisan halia (ditumbuk)

Dua serbuk utama untuk kari

Cara membuat:

✓ Panaskan minyak masak di dalam periuk, lansung tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau, dan daun kari

✓ Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap

✓ Masukkan air asam jawa. Kalau takde asam jawa, boleh guna yogurt

✓ Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata. Sukatannya seperti:
– 1 paket rempah kari daging
– 3 sudu kecil serbuk cili
– 1 sudu kecil serbuk kunyit
– 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yg ditumbuk

✓ Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.

✓ Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.

✓ Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit

✓Jus daging telah keluar dan masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan api masih suhu paling kecil.

✓ Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.