
Resipi yang cukup ringkas tapi membuka selera anak-anak di rumah. Sesuai sangat buat ibu-ibu yang pening apa nak disediakan buat anak-anak lebih-lebih lagi cuti sekolah ni kan. Apa kata buat Jejari kentang Viral ni. Mudah, ringkas tapi sedap.
Kentang Viral sempena cuti sekolah…. Ranggup2 je krup krap bila makan… Mula2 anak ckp tak nk makan sekali dia rasa… Asal sedap sngat ni ummi… Nnti buat lagi ya🤣… Itulah jngan cepat menolak bila ummi masak…
KENTANG VIRAL
————_—————
Resepi
————-
💚Kentang 4 biji..rebus/kukus
💚5 sudu besar tepung jagung
💚1 sudu besar tepung beras
💚Carrot
💚Daun sup
💚Cili merah besar
💚Susu full cream/fresh
💚Garam sedikit je jika perlu
Cara membuat:
❤️Kentang rebus atau kukus.. Lepas tu lenyekkan…
❤️Hiris halus daun sup, carrot dan cili merah…
❤️Masukkan tepung jagung dan juga tepung beras.. Gaul semua bahan bagi rata
❤️Jika nmpak adunan berderai masukkan susu full cream/fresh dlm adunan sehingga dapat doh yg senang di bentuk…
❤️Gelek2 kan atas dulang dan potong mcm dlm gambar ( jika takut melekat alaskan plastik)
❤️Goreng seperti biasa… Pasti kan minyak jngan terlampau panas masa letak kentang ni… Sbb nnti dia akan mengelembung dan tak garing… Api kecil je ya… Dan balik2 kan selalu…
💕Bila goreng dgn cara yg betul akan dpt hasil yg ranggup krup krap😊😍
Sumber :Sha Roziah Al Yahya
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
*Cara dan syarat boleh lihat di poster
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rempah Giling Orang Dulu-dulu Memang Terasa Bahannya, Begini Tip & Petua Untuk Buat!

Sebelum adanya alat pengisar, batu giling adalah peralatan penting digunakan masyarakat terdahulu untuk melumatkan cili dan rempah ratus untuk masakan. Dikatakan dengan cara menggiling, bahan gilingan mudah lumat bahkan tidak dinafikan akan menghasilkan ramuan yang lebih enak.
Berkongsi tentang penyediaan rempah menggunakan batu giling, Muhamad Farid Omar berkongsi resipi berserta tip dan petua untuk mendapatkan hasil gilingan rempah yang sempurna.
“Sebab terlalu ramai yang nak resepi rempah giling mak…Ni ceq bagi bahan-bahan untuk rempahnya dan sedikit petua-petua, untuk sukatan maaf ceq tak pasti sebab masa mak ambik bahan-bahan rempah tu jenis cekau-cekau ikut tangan ja (agak-agak)”
Resepi Rempah Giling Gulai untuk Gulai Ikan
Bahan-bahannya:
- Rempah biji*
- Jintan manis*
(kalau sukatan dia mesti banyak sikit dari jintan putih)
- Jintan putih*
- Lada hitam*
- Cabai kering*
- Kunyit hidup
- Bawang merah
(potong kecik-kecik)
- Bawang putih
Cara-caranya:
- Ambil semua bahan-bahan yang bertanda * rendam sat dalam ayaq panas (beberapa saat ja) lepas tu tapis tos sampai kering
- Untuk proses giling mula-mula giling dulu kunyit hidup bagi hancuq sikit
- Lepas tu campuq pula dengan bahan-bahan rempah yang direndam dengan ayaq panas tadi (teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan bawah) kalau betul teknik dia boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis (rujuk gambaq dekat bawah) dekat alu batu tu serious mau sado lengan o..
- Berapa lama rempah tu nak lumat bergantung pada skill kalau cekap sat ja…. rempah pon tak terpercik merata cerok
- Bila rempah dah lumat masukkan bawang merah dan bawang putih giling la pulak sampai bawang tu lumat dah siap lumat bulatkan rempah (masa nak tomeih rempah baru pecahkan rempah yang dibulatkan) boh dalam mangkuk ambil ayaq titiskan dekat batu lesung ambil ayaq dari sisa batu giling tu dah siap rempahnya siap untuk digunakan
Untuk masak Gulai ikan tu ni sama ja macam dok masak gulai ikan yang lain cuma ceq tomeih pakai guna minyak nyoq buat sendiri tu yang rasa dia sangat-sangat sedap aroma dia lain macam..
Tips dan petua:
- Masa giling rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
- Kalau rempah tu agak kering boleh titiskan ayaq masa proses giling sebab tu kena giling kunyit hidup dulu kunyit ni akan keluaqkan ayaq
- Gulai nak sedap masa last sekali masuk kepala santan(paling pekat dari perahan pertama) kacau sat terus tutup api
- Kalau ada periuk tanah lagi sedap aroma rempah sangat best
- Salah satu sebab orang dulu-dulu sihat dan umur panjang semua benda buat sendiri termasuk rempah guna minyak nyoq untuk tomeih masakan
- Anak dara dulu-dulu wajib luluih dalam bab giling rempah ni baru orang masuk meminang
- Kalau makan nasi dekat rumah orang zaman dulu rasa memang tak sama (guna rempah giling) sebab bergantung pada sukatan rempah masing-masing ada resepi dari warisan turun temurun ikut pulak darah keturunan berdarah campur lain pulak sukatan rempahnya.
Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Dengan Explore Escape, Petaling Jaya. Banyak aktiviti yang mencabar boleh dilakukan disini. Pasti anak-anak anda teruja untuk mencubanya.
** Tiket Sah digunakan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober (3 Bulan)
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rindu Nak Makan Ayam Goreng Kunyit Di Kedai Tomyam, Buatkan Ikut Resipi Ni. Memang Sebijik Rasanya!

Biasanya bila kita sekeluarga makan di kedai tomyam, pelbagai menu kita pesan penuh semeja. Maklumlah sekali sekala makan di luar, memang seronok melayan selera kita anak beranak. Antara banyak-banyak hidangan tersebut, kebiasaanya ada satu menu ringkas ini pasti kita hendak makan, lain tidak bukan Ayam Goreng Kunyit.
Memandangkan di dalam resipi tersebut sudah tersedia ada sayur kacang panjang dan bunga kobis di dalamnya, seakan menu lengkap untuk dijamah. Andai dapat pula dimakan dengan dan sambal belacan pun sudah mampu membangkitkan selera dimakan bersama nasi panas dan kuah sup kosong. Memang menyelerakan!
Pun begitu sudah lama kita anak beranak tidak dapat makan bersama di restoran semenjak PKP, jadi rindu juga rasanya untuk merasa hidangan tersebut.
Jadi apa kata hari ini, kita sediakan sendiri hidangan ayam goreng kunyit yang serupa rasa dan bentuknya seperti kita biasa makan di restoran tomyam. Resipinya seperti mana yang dikongsikan oleh Wan Iskandar.
Ujar Wan Iskandar, untuk menyediakan menu Ayam Goreng Kunyit sangatlah ringkas dan mudah.
“Yang rindukan ayam goreng kunyit kat kedai tomyam tu,boleh try masak sendiri..
Senang dan simple..”jelasnya.
AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI TOMYAM
Bahan-bahan perapan :
Garam
Kunyit
Tepung Jagung
Cili giling
Cara penyediaan:
1. Masukkan semua ke dalam bekas dan gaul sebati.
2. Masukkan ayam dan gaul rata.
3. Kemudian perap selama 30 minit.
Setelah itu, sediakan juga hirisan kacang panjang, bawang holand yang dihiris membulat dan hirisan cili merah.
Kemudian panaskan minyak di dalam kuali.
Setelah itu,, masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng sehingga warnanya kuning keemas-emasan.
Setelah itu, masukkan kacang panjang, bawang holland dan cili merah. Goreng anggaran 2-3 minit.
Setelah masak angkat dan sedia untuk dinikmati.
Siap.
Sambut Kelahiran Cucu Kembar Di Rumah. Doktor Pakar Awal Kanak-kanak Ni Kongsi Pengalamannya!

Bergelar nenek tentu sesiapa pun mempunyai kisah dan jalan cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada anak cucunya. Begitu juga buat Dr. Mahani Razali, Pakar Awal Kanak-kanak yang bergelar nenek di usia muda. Malah apa yang lebih menarik pengalamannya menyambut cucu kembar yang bersalin di rumah. Ikuti perkongsiannya.
Dipanggil nenek mahu pun opah pada usia muda bukanlah satu mimpi ngeri bagi saya. Ia sebenarnya adalah satu anugerah Allah yang sukar diceritakan tentang kebahagian yang dirasai.
Ia juga merupakan pengalaman indah yang perlu dikongsikan kepada orang lain agar merasa bahagia dan menganggap betapa bertuahnya di beri anugerah panggilan ini dalam keadaan diri masih sihat dan bertenaga untuk mendukung cucu kesayangan ke sana sini.
Segalanya bermula 3 tahun dulu bila anak sulung saya, Siti Athirah menyuarakan hasrat untuk berumahtangga pada usia 23 tahun. Pada masa tersebut beliau masih berada pada tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Perak. Pasangannya juga adalah pelajar tahun akhir di universiti yang sama. Memandangkan saya hanya mempunyai dua orang sahaja anak, maka keputusan ini saya terima dengan penuh redha dan gembira kerana sememangnya saya mengharap kehadiran ahli keluarga yang baru bagi menambahkan lagi bilangan ahli keluarga kami yang kecil.
Sebagai ibu yang berkerjaya, saya sangat positif dengan perkahwinan di usia muda dan saya tidak menghalang atau menasihatkan Athirah supaya merancang dahulu kelahiran anak pertama. Bagi saya, setiap anak yang di lahirkan akan ada rezekinya sendiri yang telah ditentukan oleh Allah subhanahuwataala. Athirah di sahkan mengandung sebulan selepas majlis perkahwinannya dan ini bermakna saya akan menjadi nenek pada tahun yang sama kerana Athirah berkahwin pada awal tahun.
Saya agak bertuah kerana Athirah merupakan anak yang sangat obses dalam melengkapkan dirinya dengan ilmu kehamilan dan ilmu-ilmu persediaan menjadi seorang ibu. Jujur saya katakan, bahawa saya sangat kagum dengan keterujaan Athirah dan mendalami ilmu-ilmu tersebut melalui kelas-kelas berbayar dan juga melalui pembacaan buku-buku serta melalui media sosial.
Sebagai ibu, saya memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau dalam usaha mencari ilmu ini memandangkan saya juga bertugas sebagai pensyarah dalam bidang awal kanak kanak. Saya tahu banyak hal-hal yang berkaitan dengan kanak-kanak yang perlu di ketahuinya.
Bersalin di rumah
Adakalanya Athirah sering menceritakan kepada saya hasil penemuaannya dari bahan- bahan bacaan dan saya juga sebenarnya banyak mempelajari pelbagai ilmu baru dari beliau. Cuma hati saya mula berkocak bimbang apabila Athirah menyuarakan hasratnya untuk bersalin anak pertama secara normal di rumah kami sendiri. Saya agak terkedu dan tidak segera memberi persetujuan pada cadangan tersebut.
Sejak dari itu, hati saya mula berdebar-debar dengan kemampuan untuk menghadapi situasi ini. Apa pun saya terus memberi sokongan pada Athirah dengan meminta dia membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan secara teratur bagi memastikan bayi tersebut tidak mempunyai apa apa komplikasi untuk bersalin secara normal di rumah. Sebagai ibu saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa henti moga Allah permudahkan urusan ini. Sebagai persiapan untuk bersalin secara normal ini juga, kedua-dua anak menantu saya telah hadir ke kelas melahirkan anak secara normal di rumah.
Alhamdulillah, tepat pada waktunya, Athirah melahirkan bayinya di rumah dengan di temani oleh suaminya dan seorang teman tanpa saya di sisi kerana waktu tersebut saya berada di Johor Baharu kerana bertugas. Saya masih ingat dalam pukul 7.00 pagi lebih kurang, saya menerima panggilan dari menantu saya mengatakan bahawa Athirah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Syukur.
Debaran saya tidak berakhir begitu sahaja, tidak sampai setahun kelahiran Maryam, saya di kejutkan dengan berita gembira iaitu Athirah hamil lagi dan kali ini disahkan kembar dua. Seperti biasa sekali lagi Athirah membuat keputusan untuk bersalin di rumah juga. Walapun telah ada pengalaman bersalin yang pertama, tapi memandangkan kali ni melahirkan anak kembar, saya sekali lagi diusik rasa bimbang dan ragu.Namum saya buang jauh jauh rasa tersebut dan terus memberi sokongan pada Athirah untuk meneruskan hasratnya bersalin di rumah.
Apa yang paling manis dan pengalaman paling berharga pada saya kali ini ialah, saya bersama sama dengan menantu Hakim sama-sama berganding bahu menjadi bidan bagi menyambut kelahiran kembar Soffiya dan Safiyya. Jarak kelahiran Antara Safiyya dan Soffiya hanya lebih kurang 15 minit sahaja. Tidak berlaku sebarang komplikasi pendaharan pada Athirah dan segala galanya berjalan lancar.Bayi kembar juga sihat dan sempurna
Perlu ingat
- Jika ingin bersalin secara normal di rumah, lengkapkan diri sepenuhnya dengan ilmu.
- Jalanilah pemeriksaan kandungan bagi mengetahui posisi dan kedudukan kesihatan bayi dengan sepenuhnya dari awal kehamilan hinggalah ke saat saat akhir kehamilan.
- Jangan memperjudikan nyawa bayi tanpa ilmu.
Rasa bertuah
Saya rasa sangat bertuah dan bahagia melalui semua proses dan pengalaman ini. Walapun adakalanya berlaku juga pertentangan pendapat antara kami, tapi saya selalu mengambil jalan membuka minda menerima dan sebagai ibu saya akan tetap memberi teguran yang sewajarnya. Pada saya, banyak yang saya pelajari dari Athirah sebagai ibu muda yang berada dalam zaman IT yang serba moden. Adakalanya ilmu ilmu baru yang diperolehinya dan hasil dari perbincangan antara kami telah banyak mengubah persepsi saya tentang banyak perkara juga terutamanya tentang proses kelahiran.
Dalam proses mendidik juga, saya tidak banyak campur tangan urusan mendidik cucu cucu saya. Saya memberi sepenuh kepercayaan pada Athirah dan suami dalam mengurus dan mendidik anak anak mereka.
Bagi memastikan wujud keakraban antara saya dan cucu-cucu, saya memastikan saya mempunyai masa yang berkualiti bersama mereka. Alhamdulillah setakat ini, hubungan kami sangat rapat. Dan sebagai nenek yang berkerjaya dan sebagai persediaan menghadapi usia tua, saya membahagikan masa saya dengan terutur.
Misalnya saya peruntukkan waktu untuk ke surau atau masjid tanpa gangguan cucu-cucu.Di mana ada kesempatan saya akan membawa Maryam terutama mengikuti saya ke mana mana saya pergi terutamanya sewaktu membeli belah. Pada saya, inilah masanya juga untuk saya melayani kerenah cucu.
Nasihat saya pada nenek-nenek dan opah-opah di luar sana, kita boleh membantu dan memantau, tapi biarlah anak-anak yang menguruskan sendiri urusan keluarga mereka. Mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih banyak pengalaman yang di perolehi. Pengalaman yang dilalui ini akan mematangkan mereka dalam menerima ahli keluarga baru yang seterusnya.