Resipi Ikan Talang Masin Masak Asam, Menu Pembuka Selera Bila Buntu Nak Masak
Ikan talang masin masak asam antara menu yang mampu membuatkan kita makan bertambah-tambah. Kalau buntu tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba masak sajian ini. Pasti makan berselera, nak-nak kalau anda sambal belacan dan juga ulam-ulaman.
Ada masa-masanya kita teringin nak makan sajian yang ada rasa masam-masam, barulah terbuka selera. Menu ikan talang masin masak asam ini cukup ringkas. Bahan pun tidak banyak selain tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.
RESIPI IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
Ikan talang masin untuk 4-5 orang makan
1 biji bawang holland
2 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
2 biji tomato
½ mangkuk air asam jawa
1 kiub bilis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.
– bawang holland potong bulat.
– tomato dipotong enam.
– air perahan asam jawa.
– ikan talang dibersihkan dan dipotong.
– cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.
Ads
2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.
3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.
4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.
5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.
Ads
6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.
7. Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.
8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.
Ads
9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.
10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan.
Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga, pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai.
Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan tidak lengkap kiranya jika tidak digorengkan kacang tanah.
Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah terhanguskerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya.
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
#Pilih Cara Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi penghidap penyakit Gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ni- Allupurinol untuk turunkan paras asid uric manakala Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.
Tip tambahan:
• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
• Kemudian, masukkan ke dalam botol kosong.
• Pastikan guna sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Liza Abdullah berkongsi Kegembiraan apabila kini bergelar nenek.
Pelakon Antagonis Terbaik ini berkongsi berita anak lelakinya, Zarriq Zolkepli selamat menimang cahaya mata sulung iaitu seorang bayi perempuan baru-baru ini.
Berita tersebut dimuatnaik menerusi akaun Instagram Lizza Abdullah, dengan apabila berkongsi momen ketika menanti anak, menantu dan cucunya itu di lobi hospital.
Keterujaan bergelar nenek jelas terpancar diwajah Liza yang tak sabar melihat wajah si kecil.
Kesempatan meriba dan membawa cucunya ke dalam kereta, kelihatan wajah Liza tampak gembira sekali. Nampaknya kini status Liza sudah berubah menjadi nenek.
“Assalamualaikum.. Alhamdulillah sesungguhnya segala puji bagi Allah.. Hadiah paling istimewa tahun ni 5/1/2022 lahirnya Cucunda saya.. Tahniah anak & menantu Ibu @zarriqzolkefli@haninhashim di atas kelahiran puteri sulung.
“Bersyukur dipertemukan dengan Dr Murad dan staff nurse di KPJ Tawakkal kerana memberikan yang terbaik untuk semua ibu2 di sini termasuk lah menantu saya.. Doakan semoga Cucunda saya Menjadi anak yang solehah, yang mendengar kata, penyejuk hati untuk orang sekelilingnya & sentiasa dalam redha Allah SWT.. Amiiiin..
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.