
Pernah dengar dan makan ikan rebus tak? Kalau di sebelah pantai timur pasti menu ini sangat popular. Bukan saja boleh dimakan begitu saja, malah boleh digoreng dan dimakan bersama nasi panas serta budu.
Memang sedap! Tak cukup sepinggan nasi kalau dapat menu begini. Jom cuba cara buat Ikan rebus ini. Cukup mudah. Resipi ini dikongsikan oleh puan Dior Sarah.
Haiii semua…Saya nak share resepi ikan rebus Thai sedappp tau resepi keturunan keluarga kami..bila berkumpul wajib buat..dia Tak sama dengan singang..ikan rebus ni lagi sedap digoreng dan makan dengan nasi panas² pulak mmg umphhh..lepas masak anda boleh makan terus dengan kuah2nya skali letak pulak Cili padi sambal belacan atau budu Dan ulam² an mmg perghhhh.. selamat mencuba yer
Saya kongsikan resepi masak disetiap pic.
Ikan sardin atau selayang 1kg basuh dan susun
Jika nak kuah lebihkan air dari ikan..jika Tak nak masukan air hampir2 tengelam ikan
Gula melaka
Asam keping
Serbuk perasa Tak nak letak terpulang
GARAM Saya letak 2 sudu besar ..klu anda takut masin letak sikit nanti mendidih rasa Tak cukup rasa nanti tambahkan
Air asam jawa 2 sudu besar pes asam jawa
Didik Anak Terlebih Nakal, Ini Tip Yang Diajarkan Oleh Prof . Madya Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah!

Cabaran terbesar ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, mengenal penciptaNya dan berbakti kepada ibu bapa. Itu sebahagian perkara utama yang wajib mak ayah lakukan.
Namun berdepan dengan kedegilan anak-anak buat mak ayah buntu dalam mendidik. Pelbagai ragam anak-anak mengundang rasa marah mak ayah. Kesabaran pun mulai
tipis. Tips yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ini mungkin boleh diamalkan oleh mak ayah. Kita usaha mana yang termampu.
1. Pastikan anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.
.
Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika atau sekolah.
.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Telefon Mewah Atau Emas? Rupanya Ada Makna Tersirat Bila Dilema Nak Beli, Padu Pesanan Lelaki Ni!

Ramai yang mempunyai impian untuk memiliki barang kemas dan telefon mewah. Namun keinginan itu membuatkan ramai yang dalam dilema untuk memiliki barangan itu.
Mana taknya, ia merupakan barangan yang harganya mahal. Sebagaimana pesanan lelaki ini, bagitu padu buat segelintir yang ‘tegar’ untuk memilik barangan berkenaan.
Pening baca yang better beli emas dari ipon 13
Ok baca baik2 apa abang nak cakap ni. Kena pasak dalam kepala hotak betul.
Kalau sesuatu benda tu kita nak beli, tapi kita berkira2 dan dilemma sangat.
Maknanya benda tu tak layak untuk kita. Kita belum ada kemampuan untuk miliki.
Contoh nak beli ipon 13. Pikir siang malam sampai 2 bulan.
Kira duit tabung + duit asb + gaji 3 bulan lagi + pinjaman peribadi sebab nak cukupkan membeli ipon 13.
Maknanya kau tak ada duit, TAK MAMPU MILIK. Jadi diam2 lepastu cermin diri. Ini kemahuan atau keperluan?
Sama jugak macam beli emas. Duit ada 10k beli gelang 8k.
Lepas tu dalam bank tinggal 2K. Habis duit modal niaga kau beli emas.
Kan vodo gitu. Ko tak perlu pun gelang emas 8k tu xde hasil pun. Sok nak rolling modal niaga nak cekau mana?
Maknanya ko tak mampu beli gelang 8k. Beli yang kecik sudah.
Tak kisah nak beli apa pun. Janji kita cermin diri kita dulu lahh.
Ada orang dia emas banyak dah biarlah nak beli ipon 13 pun. Dia beli pun xpayah pikir banyak tinggal beli je sebab duit tu bukan masaklah dia.
Ada orang banyk duit suka je pakai henpon biasa2. Dia suka sangat beli emas beso ketapi. Beli pulak tu tak payah pikir main beli je sebab dia mampu. Biarlah dia.
Yang masalahnye sekarang engko tak mampu . Nak beli ipon 13 tak mampu, nak beli gelang beso ketapi tak mampu. lepastu sakit hati orang nak pakai apa.
Apa masalah engko.
Sumber: Faiz Fini
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Harta Faraid Itu Juga Satu Ujian Pada Yang Hidup. Hadam Perkongsian Ni!

Dek kerana harta peninggalan si mati, macam-macam ujian boleh berlaku. Sering juga menjadi punca adik beradik bergaduh, berantakan malah lebih menyedihkan sanggup juga memutuskan hubungan kekeluargaan.
Senario ini bukan perkara yang jarang-jarang berlaku bahkan menurut Peguam Nur Zabetha firmanya selalu sangat dirujuk berkitan isu harta pusaka ini.
Ada macam-macam kes dan di sini dikongsikan untuk dijadikan ikhtibar buat semua. Ayuh baca perkongsiannya.
Kalau terbaca isu berebut harta si mati, memang saya tak boleh lepas merasakan perasaan ‘tak patut’.
Firma kami selalu juga dirujuk dengan berkaitan harta pusaka. Isu ini selalunya sangat sensitif. Kubur masih merah, sudah adik-beradik berebut berharta.
Kadangkala bila tidak kena gaya sehingga berparang-parang, bergaduh tak tentu hala, sentiasa bermasam muka, sehingga tidak bertegur sapa. Harta si mati punya pasal.
Soalan selalu saya tanya kepada isteri atau suami yang mendapatkan pandangan, biasanya: “Adik-beradik si mati, waktu hidup ada bertanya khabar? Ada melawat?”
“Tidak”
“Kalau minta tolong bila waktu susah, ada membantu?”
“Tidak”
Saja. Saya ingin tahu. Apa tidaknya, bila berlaku kematian, yang tidak bertanya khabar sewaktu hidup dahulu tetapi yang inilah yang selalu terpaling awal mempertikaikan tentang harta pusaka.
Yang apabila waktu hidup si mati, tidak langsung membantu namun terpaling awal juga selalu menuntut. Kalau waktu hidup itu bukan main payah hendak kita harapkan tetapi bab menuntut harta, dia dibarisan paling hadapan mempertikaikan hak.
Terpaling awal mempertikaikan harta si mati, lebih awal berbanding si isteri atau suami yang sama-sama berkongsi hidup, bersama merasa susah dan senang, bersama-sama tahu pahit menjerih bekerja mengumpul harta membela anak-anak dan membayar tanggungan itu dan ini tanpa bantuan adik-beradik.
Tetapi yang terpaling awal menuntut harta si mati itu selalunya yang sama-sama tidak merasa susah dan payah sewaktu hidup. Yang tidak menghulur bantuan. Yang tidak bertanyakan khabar dan berita.
Tetapi apabila berlaku kematian, yang terpaling awal menuntut ini biasanya yang akan kata “Ini Faraid, kita ikut undang-undang Islam. Ini hak kami”. Yang bab ini mereka tahu hak. Mereka taat dan ingin tuntut perintah Allah.
Tetapi mereka pandai memilih. Mereka pilih untuk taat tentang isu pembahagian faraid tetapi memilih tidak taat pada bahagian menyelesaikan hutang si mati, zakat si mati atau menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak atau pasangan si mati.
Tetapi setelah dapat harta, hilang begitu sahaja. Sekali lagi lupa hendak bertanya hak balu atau duda yang kematian pasangannya yang tercinta. Yang kalau hendak dikira, merekalah paling bersedih, sudahlah kehilangan diasak pula dengan isu harta oleh adik-beradik yang tak reti sabar menunggu harta diagih-agihkan.
Setelah dapat harta, langsung yang terpaling awal ini tidak bertanya tentang hal anak-anak si mati. Cukup makan ke tidak? Perbelanjaan semua bagaimana? Tidak peduli langsung. Kerana dia hanya taat pada perintah Islam faraid sahaja, tidak yang lain.
Kalaulah pasangan atau anak-anak si mati tidak cukup perbelanjaan selepas kematian si mati, manalah tahu atas dasar kemanusiaan ingin didermakan sedikit bahagian faraid yang diperolehi dari si mati secara percuma itu. Tetapi tidaklah perkara ini berlaku.
Sebenarnya selepas memperolehi harta, nafkah anak-anak si mati perlu diambil tahu dan kalau anak-anak masih belum baligh, waris si mati yang mewarisi harta perlu menanggung nafkah anak-anak si mati.
Kadangkala harta faraid ini, saya lihat sebagai ujian juga kepada yang hidup ini. Adakah kita cukup kuat menahan ujian harta? Setelah menerima harta ini, adakah kita cukup kuat untuk menahan dugaan supaya amanah dan tidak lepas tanggungjawab kita?
Adakah kita ini bermulia hati dan cukup kuat setelah menerima harta, menjaga hal ehwal dan kebajikan anak dan isteri si mati?
Kita sebagai orang Islam tahu tentang hukum faraid. Benar sebagai orang Islam, wajib kita ikut. Tetapi, betapa mulia sekiranya, yang tidak bertanya khabar, yang tidak peduli tentang hal rumah tangga si mati, susah senang si mati bermulia hati mendermakan bahagian mereka kepada anak-anak atau pasangan yang lebih memerlukan.
Pernah dahulu saya berkongsi tentang kisah bagaimana seorang anak, yang terlibat dalam kemalangan sehingga dipotong kaki. Dia koma dan ayahnya menggunakan wang pampasan yang patut dia dapat.
Sedikit pun tidak diberikan kepada anaknya, habis dibelanjakan oleh ayahnya untuk diri sendiri. Yang kehilangan kaki, si anak. Yang masa depan berubah selama-lamanya, si anak. Tetapi yang menikmati harta dan yang mendapat kesenangan dari derita si anak adalah ayah.
Begitulah ujian duit dan harta ini sampai manusia jadi alpa dan lupa pada tanggungjawab, sampai tidak rasa ihsan dan belas, sampai lupa hubungan anak-beranak.
Baca juga artikel berkaitan : Kena Tahu Hak Masing-masing Dalam Faraid Agar Tidak Bersengketa
Malahan ada jenis yang duit bukan menjadi haknya juga sanggup dirampas, selagi mana ada peluang. Kes begini selalunya apabila melibatkan ahli keluarga yang diamanahkan sebagai pemegang amanah bagi harta anak-anak si mati yang belum mencapai usia. Disalah tadbir dan disalah urus.
Ingatlah, kehidupan ini sementara. Harta dan dunia juga sementara. Kalau bukan hak kita jangan ambil.
Kalau hak kita sekalipun, kita merasakan lebih mulia sekiranya menderma demi menjaga hak dan kebajikan anak-anak dan pasangan si mati. Maka dermalah. Besar balasannya.
Sumber : Nor Zabetha
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club