Menu hari ini pilih yang simple je ibu-ibu, mudah tapi membuka selera seisi keluarga. Kalau waktu bulan puasa memang resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan.
Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan. Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terlir.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi.
Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy