
Menyediakan hidangan untuk keluarga tak perlu menu yang berat. Yang ringkas pun mampu membuka selera. Apatah lagi jika itu adalah air tangan ibu.
Bagi yang tengah berdiet, menu ini pasti termasuk dalam list wajib buat terutama ikan bakar. Tapi tak lengkap andai tidak dimakan bersama Air Asam.
Untuk ibu-ibu yang nak sediakan air asam mabeles, boleh cuba perkongsian lelaki ini.
Untuk Ikan:
* Ikan apa-apa yang disukai.
* Lumur dengan sedikit garam kemudian kukus sampai masak.
Untuk Air Asam:
Asam jawa
Air masak
Bawang besar
Tomato – potong dadu
Cili api hiris kecil
Garam
(Ada yang suka letak belacan. Boleh je tapi saya tak letak sebab nanti asyik pegang hidung je???)
Cara membuat:
*Campurkan semua bahan ni dalam mangkuk.
*Gaul-gaul kuah jangan cair sangat. Pekat sikit baru ummpppp….
*Kemudian ikan yang dah siap kukus tadi tu kita curahkan aje air asam ni… Siap.
Tip
Makan dengan nasi panas dan ulam timun.
Ok….selamat mencuba
credit : Hairul Nizam Ijam
Tular Tampal Pelekat Bertulis ‘Percayalah Pointerku 3.85’. Rider Ni Bukan Nak Menunjuk, Tapi Ada Kisahnya!

Umumnya untuk mencapai sesuatu impian,semangat dan motivasi diri perlu sentiasa ada di dalam diri. Begitulah yang cuba dilakukan oleh seorang anak muda yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis ini.
Kisahnya tiba-tiba mencuri tumpuan bila mana dia yang dikenali sebagai Shafizal Haiqal Shahrizal, 20 telah menampal sticker ‘Percayalah Ponterku 3.85’ yang dilekatkan di kotak isian bungkusan makanan di motosikalnya.
Nampak seperti mahu menunjuk-nunjuk, namun ada kisah di sebalik pelekat tersebut dan ini sebagaimana mana yang dikongsikan di Harian Metro.
Sasaran Untuk Dicapai
Shafizal Haiqal, 20, yang kini menuntut dalam peringkat Diploma Pengajian Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis berkata, pelekat itu ditampal dua minggu lalu dengan niat memberi motivasi kepada dirinya sendiri untuk mencapai sasaran keputusan dalam peperiksaan.
Anak kedua daripada tiga beradik yang menetap di Taman Kinta Permai, di sini berkata, sasaran 3.85 sudah memadai kerana tidak yakin untuk menyasarkan Purata Nilai Gred (GPA) 4.
“Saya tampal pelekat itu dengan tujuan beri dorongan kepada diri sendiri saja bagi mencapai keputusan diinginkan.
“Ini kerana GPA paling tinggi saya sebelum ini 3.35 saja jadi cuba letakkan 3.85 sebagai sasaran dengan harapan ia tercapai.
“Saya letak di kotak isian bungkusan makanan kerana itu bahagian paling kerap dilihat setiap hari.
“Setakat ini, tiada pengguna jalan raya memandang pelik atau membunyikan hon ketika saya menunggang motosikal di jalan raya cuma rakan terdekat ada mengusik saya riak kerana menampal pelekat itu ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Tidak Sangka Tular
Shafizal Haiqal berkata, dia tidak sangka gambarnya itu tular di laman sosial dan tahu mengenainya kelmarin.
“Saya dapat tahu gambar saya tular di laman sosial daripada ayah (Shahrizal Mustapha, 45). Terkejut kerana tidak tahu dan sedar ada yang mengambil gambar saya.
“Walaupun sekadar memperoleh GPA 3.5 dalam keputusan peperiksaan yang keluar hari ini, saya bersyukur kerana akhirnya mendapat anugerah dekan dan akan terus berusaha untuk mendapatkan keputusan lebih baik pada semester hadapan,” katanya.
Dapat Lebih RM2,000 Jika Rajin
Berkongsi mengenai kerjaya sambilannya sebagai penghantar makanan, Shafizal Haiqal berkata, pekerjaan itu dilakukan sejak November tahun lalu.
“Saya cuba bekerja sambilan sebagai penghantar makanan bagi mengisi masa terluang ketika hari tiada kuliah secara maya.
“Lagipun, sekarang ini masih cuti semester jadi lebih baik bekerja daripada duduk di rumah saja.
“Dalam sehari, saya boleh mendapat antara RM60 hingga RM70 dan pendapatan bulanan pula sebanyak RM1600 atau lebih RM2,000 jika rajin .
“Alhamdulillah, saya seronok lakukan kerja ini cuma ada juga pengalaman tersilap mengambil dan menghantar pesanan yang tidak disengajakan,” katanya.
Sumber : myMetro
ARTIKEL MENARIK: Kek Karamel Alunan Kasih, Cantik Kejadiannya & Rasanya Memang Superb! Ni Resipi Boleh Cuba
LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sediakan Ayam Gunting Pedas Sendiri, Tak Perlu Ke Pasar Malam Lagi Ya!

Kalau pergi ke Pasar Malam tak sah rasanya kalau tak membeli kudapan untuk di bawa pulang. Ayam Gunting Pedas merupakan salah satu resipi wajib buat anak-anak kita. Kita pun tak ketinggalan juga menggemari isi ayam rangup yang satu ni.
Tak perlu ke Pasar Malam lagi semata-mata untuk membeli Ayam Gunting Pedas ini kerana di rumah pun anda boleh sediakan sendiri, sama seperti resipinya.
Perkongsian Puan Salimah Olie di facebooknya buat kita yakin untuk mencuba. Nampak mudah dan ringkas cara pembuatannya. Jom cuba petang ni. Anak-anak yang bercuti sekolah pasti teruja bila ibu sediakan satu resipi baru. Best pulak tu!
Ayam gunting, rangup diluar, lembut dan juicy didalamnya. Langkah dan bahan ada kat gambar. Saya buat cara paling mudah dan senang. Guna tepung goreng serbaguna Bestari je…hihi. Dah takyah pergi pasar malam petang ni ya!
Resipi Ayam Gunting Pedas
Bahan-bahan:
Isi dada ayam -yang telah dileperkan
Tepung serbaguna bestari
1 sudu kecil soda bikarbonat
Telur
Sedikit garam -pukul perlahan
Sedikit paprika
Caranya:
1. Masukkan isi ayam dalam plastik dan ketuk jadi sedikit leper.
2. Sudahkan kesemua isi ayam.
3. Golek isi ayam pada tepung.
4. Celup dalam telur kemudian golekkan semula pada tepung.
5. Goreng dalam minyak yang panas (tenggelam).
Selamat mencuba!
Sumber: Salimah Olie
Cara Asah Mata Pengisar Yang Tumpul. Hanya Guna Bahan Mudah Ini Sahaja,Jimat Tak Perlu Beli Baru!

Pengisar antara bahan penting dan perlu ada di dapur kerana aktiviti memasak sedikit terbantut andai barang ini rosak dan sebagainya. Selain mengisar bahan-bahan untuk memasak, ada juga bahan pengisar untuk mengisar buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus. Bulan puasa ini baik jika minum jus kerana ia lebih segar dan asli.
Begitu pun, jika sering digunakan boleh menyebabkan mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Ini menyebabkan bahan yang dikisar tidak sehalus yang anda kehendaki. Untuk mengasah mata pengisar tidak seperti mengasah pisau kerana bentuknya lebih kecil dan tidak boleh ditanggalkan.
Tidak perlu bimbang ada cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya guna bahan mudah ini sahaja iaitu garam kasar.
Cara menggunakannya :
Ambil garam dan masukkan ke dalam pengisar lalu kisar sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan. Terdapat kristal garam yang sangat keras yang boleh membantu membuat pisau pengisar semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan pengisar.
Selamat mencuba