Selalu nak makan ikan bakar sedap, beli je kat kedai! Nak buat sendiri takut tak menjadi.

Haa ada kata kali ni kita buat sendiri je, guna resipi dari Nasriah Ramli ni. Mudah je rupanya! Paling penting, sedap!

IKAN BAKAR NAS STYLE

Bahan-bahan perap ikan bakar

* bahan blend
cili kering
lengkuas
halia
bwg putih & merah
kunyit hidup
serai
ikan bilis @ udang kering

Bahan lain

sos tiram
air asam jawa
gula perang
garam
air
daun limau purut
daun kunyit
petai
daun pisang

IKLAN

Cara-caranya:-

#1 Tumis bahan blend hingga pecah minyak.

#2 Masukkan air asam jawa, masak hingga kering.

#3 Kemudian, masukkan sos tiram, gula perang, dan garam. Kalau terlalu pekat atau kering tambah sikit air.

IKLAN

#4 Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Akhir sekali… masukkan petai.

#5 Bila sambal dah sejuk, lumur pada ikan dan balut dalam daun kunyit atau daun pisang. Perap 30 minit sebelum dibakar.

Resipi Ikan Bakar Ala-Ala Beli Kat Kedai Sekali Pakej Ayaq Asam. Memang Terangkat!Resipi Ikan Bakar Ala-Ala Beli Kat Kedai Sekali Pakej Ayaq Asam. Memang Terangkat!

IKLAN

Bahan-bahan ayaq asam

hiris halus
cili merah
cili hijau
cili api
tomato
bawang besar

Cara-caranya:-

#1 Gaul dan lenyek2 bersama garam, gula, air asam jawa dan belacan

#2 perah air limau nipis (nak best lgi… letak kerisek dan isi ikan rebus)

Resipi Ikan Bakar Ala-Ala Beli Kat Kedai Sekali Pakej Ayaq Asam. Memang Terangkat!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI