
Selalu nak makan ikan bakar sedap, beli je kat kedai! Nak buat sendiri takut tak menjadi.
Haa ada kata kali ni kita buat sendiri je, guna resipi dari Nasriah Ramli ni. Mudah je rupanya! Paling penting, sedap!
IKAN BAKAR NAS STYLE
Bahan-bahan perap ikan bakar
* bahan blend
cili kering
lengkuas
halia
bwg putih & merah
kunyit hidup
serai
ikan bilis @ udang kering
Bahan lain
sos tiram
air asam jawa
gula perang
garam
air
daun limau purut
daun kunyit
petai
daun pisang
Cara-caranya:-
#1 Tumis bahan blend hingga pecah minyak.
#2 Masukkan air asam jawa, masak hingga kering.
#3 Kemudian, masukkan sos tiram, gula perang, dan garam. Kalau terlalu pekat atau kering tambah sikit air.
#4 Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Akhir sekali… masukkan petai.
#5 Bila sambal dah sejuk, lumur pada ikan dan balut dalam daun kunyit atau daun pisang. Perap 30 minit sebelum dibakar.
Bahan-bahan ayaq asam
hiris halus
cili merah
cili hijau
cili api
tomato
bawang besar
Cara-caranya:-
#1 Gaul dan lenyek2 bersama garam, gula, air asam jawa dan belacan
#2 perah air limau nipis (nak best lgi… letak kerisek dan isi ikan rebus)
Guna Pes Yang Sama Tapi Rasa Tomyam Tak ‘Kick’ Macam Kat Kedai, Ini Puncanya!

Selalu makan tomyam kat kedai, sampai balik rumah lah teringat-ingat kesedapannya. Bila dah tahu rahsia pes yang mereka guna, terus pergi cari, cuba la buat sendiri kat rumah! Tapi hampa, tak sesedap yang kat kedai juga.
Haa nak tahu kenapa? Sebab pes tomyam Thai tu tak semua rasanya sama dan enak tau! Ada bezanya. Jom tengok perbezaannya seperti yang dikongsikan oleh Zatty Roslan di laman Facebook miliknya ini!
Ini review ikhlas. Sy bukan penjual
Td whatsap2 dgn jiran. Rupanya ada lg yg xtahu pasal paste tomyam yg sedap. Ok, ni pengalaman sis sebagai pengguna & selalu beli kat pdg besar masa duk jitra dulu.
Sekali imbas korang tgok botol2 tu semua sama kan. & ramai bile sis crite tiga2 botol ni lain2 jenama baru org perasan. (jenama ke chop ke sis sebut je) & banyak sis tengok org review2 masak guna paste yg xsedap. Ya la. Sbb sis tahu ada lagi sedap dari tu.
1. Yg tulisan thailand tu plg sedap.
Yg ni tahun lepas sis try cari kt pdg besar mmg payah jumpa. Dyorg susun bahagian dalam kedai. Sis cari 1kedai ke 1kedai & ada 2botol je. Dia mahal sikit dr 2jenama botol yg lain tu. Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak sgala isi2 tomyam. Xperlu nak letak grm gula serai bagai tu. Tp kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu.. Tp sis masak xletak pon. Letak paste je banyak2.. Baru tomyam pekat memikat!
2. Paste tomyam jenama nang fah.
Perhatikan bulat kecik tu. Yg ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dr tulisan thai td. Cara masak pon sama. Letak semua xyah adjust apa. Tp korang try la letak susu cair dlm tomyam. Sedap. & blh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jd masam.. Utk yg xberapa suka masam mcm sis, boleh letak susu cair.
3. Paste tomyam jenama PUM.
Perhatikan bulat kecik tu. Yg ni kurang sedap. & banyak org review masak2 buat guna paste ni. Maybe kat tempat dyorg ada jenama ni je kot. Yg pum ni memang korang kene orter. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum2 ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bwg. Eh banyak lg laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat pdg besar. & harga dia murah dari 2botol yg kat atas tadi.
Ok done.
Lepasni korang nak beli paste tomyam perati bende yg sis bulat2 kan tu ok. Selamat mencuba…
SEKIAN wasalam..
*Sis selalu beli jenama 1 & 2. Masak ni paling senang selain singgang pokman.
Resipi Masakan India Ayam Varuval Versi Sugu Pavithra, Cukup Mudah & Sedap. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Selain hidangan rendang dan gulai, banyak lagi menu lain yang ibu-ibu boleh cuba menggunakan ayam.
Untuk kali ini apa kata cuba Resipi Ayam Varuval yang dikongsikan oleh Pavithra sebelum ini. Menurut Nor Azaliza Tarmizi resipi tersebut sempat dicatatkan olehnya sebelum video masakan tersebut dipadamkan oleh Pavithra baru-baru ini.
Jika ibu-ibu nak cuba sendiri,boleh tengok resipi yang dikongsikan ini.
Sementara SuguPavitra belum delete video-video dalam fb dia, jadi kita cuba masak Ayam Varuval yang resipinya dikongsikan oleh Sugu sebelum ini….Video-video masakannya dalam youtube semuanya telah dipadam…Tak tahulah kenapa dia padam…Jadi sy catat resipi di sini untuk simpanan.
#BIKMM
Ayam Varuval Sugu Pavithra
***************
1 ekor ayam dipotong 24(1.5-2kg)
2 sb yogurt asli
2 sk serbuk kunyit
1 sb jintan manis (SANGAI)
1 sb jintan putih (SANGAI)
1 sb lada hitam (SANGAI)
1 sb serbuk ketumbar (SANGAI)
2 sk serbuk cili kering
2 tangkai cili kering (SANGAI)
2 genggam kelapa parut putih (SANGAI)
3-4 batang kayu manis
7 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 @ 2 biji bawang besar dimayang (kalau bawangnya besar guna sebiji)
7 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
2 biji tomato (dipotong 10 setiapnya)
3 tangkai daun kari
2 pokok daun ketumbar (dipotong panjang)
Minyak untuk menumis
3 sb air untuk mengisar
Garam gula secukup rasa
Caranya
*********
1.Mula-mula perap ayam dengan yogurt dan serbuk kunyit.
2.Sangaikan jintan manis,jintan putih,lada hitam dan cili kering.
3.Kemudian sangaikan kelapa parut hingga keperangan.
4.Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
5.Tumis bawang besar,daun kari,kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga hingga bawang sedikit layu dan naik bau.
6.Seterusnya,masukkan bawang putih dan halia tumbuk.Tumis hingga naik bau.
7.Masukkan tomato dan teruskan kacau hingga tomato menjadi lembut.
8.Sementara menunggu tomato lembut,kisarkan bahan SANGAI dengan sedikit air.
9.Apabila tomato lembut, masukkan ayam dan kacau sebati. Biarkan lebih kurang 2 minit.
10.Kemudian masukkan serbuk ketumbar dan bahan kisar(SANGAI).Kacau rata.
11.Masukkan serbuk cili.Kacau rata dan biarkan ayam keluar air dan lembut.
12.Masukkan garam,gula dan separuh daun ketumbar yang telah dipotong.Gaul rata dan biarkan kuah sedikit kering dan sedikit pekat.
13.Akhir sekali taburkan baki daun ketumbar dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit : SuguPavithra
Buat Kuih Lapis Menjadi & Cantik Dengan Teknik Ni. Detail Wanita Ni Kongsikan, Sesuai Sangat Untuk Beginner!

Bila buat sendiri kuih lapis, barulah puas hati boleh makan banyak-banyak dan tidaklah berebut. Malah macam-macam warna kita boleh buat, ikut citarasa. Selapis demi selapis dibuat nampak cantik sempurna.
Tapi itu semua nampak mudah bila sudah biasa dan tahu cara untuk memasak kuih lapis tersebut. Namun bila kali pertama ingin mencuba , tentu merasakan agak sukar untuk mendapatkan lapisan demi lapisan adunan yang cantik bentuknya apatah lagi rasanya.
Sebenarnya, tidaklah susah mana pun jika anda ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatiman ini. Cukup lengkap tips yang diberikan dari mula buat bancuhan hingga kuih siap untuk dipotong.
Jadi tunggu apa lagi, jom kita sediakan kuih lapis untuk menu pencuci mulut untuk keluarga hasil dari air tangan sendiri.
RESEPI KUIH LAPIS LEMBUT BERSAMA TEKNIK DAN TIPS YANG BETUL
Seringkali kita takut nak cuba buat kuih talam kukus terutama yang basic macam ni kuih lapis. Namun, kalau buatnya menjadi separuh loyang laju je dihadap. Nak membuatnya pun kena sabar. Lapis satu persatu kemudian kena dibiarkan sejuk. Seeloknya buat malam kita potong esok paginya untuk hidangan sarapan
RESIPI
Bahan-bahan (guna loyang bulat 7inci)
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1sb tepung jagung
1 cawan gula pasir
6 cawan santan
*blend semua
1sb pewarna sirap ros
Secubit garam
Tips 1
Sukatan tepung dalam cawan tidak terlalu padat atau terlalu penuh. Nanti kuih keras. Ok mula mula blend semua bahan kecuali sirap dan garam.
Tapiskan.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama sukatan guna senduk yang sama.
Yang putih campurkan secubit garam supaya lebih lemak.
Yang satu bahagian lagi letakkan 1sb sirap ros tadi.
Mula panaskan pengukus.
Tips 2
Loyang sapu dengan minyak atau lapik plastik sekelilingnya sapu minyak. Tujuannya nak mudah keluarkan kuih ni dari loyang selepas ia sejuk.
Mula sendukkan adunan pertama yang warna putih. Lz ambil 2 senduk. Kukus 5 minit
Tips 3
Selepas 5 minit, carikkan dengan garfu permukaan kuih. Supaya ia melekat antara lapisan nanti. Buat ini setiap kali kita melapis.
Tips 4
Kukusan akhir balut penutup kukus dengan kain. Supaya air kukus tak menitik atas kuih kita. Permukaan kuih jadi licin, cantik.
Ok ni gambar sebaik sahaja keluar dari loyang. Lembik ye jangan disentuh-sentuh. Biarkan sejuk bawah tudung saji semalaman.
Tips 5
Sisipkan dahulu keliling kuih dengan pisau plastik yang sudah disapu sedikit minyak. Kemudian telangkupkan atas pinggan.
Siap dipotong dan sedia untuk dihidang.
Sumber : Mizah Ngatiman
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club