Buat ibu-ibu yang sibuk, pastinya menu sarapan ringkas dan mudah disajikan  untuk anak-anak. Bagi anda yang nakkan kelainan dan cepat menyediakan sarapan buat si kecil, nah resipi yang dikongsikan oleh puan Nurasykin Ali.

Resipi Homemade Pizza Tanpa Doh, Hanya Guna Roti Paratha Jer. Cukup Pantas & Mudah!


Morning semua. Dah breakfast ke?

Biasanya kalau nak makan pizza terpaksalah uli doh dulu kan.Leceh. Memandangkan hari ni super busy day pulak so Kak ekin sempat buat breaksfast homemade pizza segera je. Kak ekin guna pemanggang ajaib. Mudah dan cepat.

Resipi boleh nengok kat bawah okeh.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Roti Paratha (frozen)
Sos spaghetti prego
3 batang sosej ayam dihiris nipis
Isi ayam cincang (telah digoreng)
Nenas dalam tin
Cendawan butang dalam tin
Keju Mozarella
Lada benggala (dihiris)

Resipi Homemade Pizza Tanpa Doh, Hanya Guna Roti Paratha Jer. Cukup Pantas & Mudah!

IKLAN

CARA-CARA:

  1. 1. Sapukan minyak pada pemanggang ajaib. Buka api dapur paling kecil.
    2. Agak pemanggang ajaib dah panas, letak roti paratha dan sapu permukaan roti dengan sos spaghetti prego.
    3. Kemudian taburkan keju Mozarella supaya topping dan base boleh melekat.
    4. Susun hirisan sosej ayam sebagai topping.
    5. Letakkan pula isi ayam cincang, nenas, cendawan dan lada benggala.
    6. Taburkan Keju Mozarella sekali lagi dan biar masak selama 15-20 minit. Pastikan api kecil.
    7. Boleh dihidangkan.

Resipi Homemade Pizza Tanpa Doh, Hanya Guna Roti Paratha Jer. Cukup Pantas & Mudah!
Ni bahan-bahan yang telah dihiris nipis. Isi ayam kisar tu kak ekin goreng terlebih dahulu
Resipi Homemade Pizza Tanpa Doh, Hanya Guna Roti Paratha Jer. Cukup Pantas & Mudah!
Make sure sapu dulu minyak pada permukaan pemanggang ajaib. Buka api dapo paling kecil. Lepas pemanggang ajaib dah panas, letakkan roti paratha.
Resipi Homemade Pizza Tanpa Doh, Hanya Guna Roti Paratha Jer. Cukup Pantas & Mudah!
Sapukan jugak sos spaghetti dan tabur keju mozarella untuk melekatkan topping
Resipi Homemade Pizza Tanpa Doh, Hanya Guna Roti Paratha Jer. Cukup Pantas & Mudah!
Kemudian susun sosej ayam dan isi ayam yang dah digoreng tadi
Resipi Homemade Pizza Tanpa Doh, Hanya Guna Roti Paratha Jer. Cukup Pantas & Mudah!
Letakkan cendawan, lada benggala dan nenas. Kalau suka lebih inti, boleh letak lebih..Taburkan lagi keju mozarella. Masak selama 15-20 minit dengan api perlahan.
Resipi Homemade Pizza Tanpa Doh, Hanya Guna Roti Paratha Jer. Cukup Pantas & Mudah!
Tadaaa… dah siap! Pizza kak ekin dengan keju banjir.
Resipi Homemade Pizza Tanpa Doh, Hanya Guna Roti Paratha Jer. Cukup Pantas & Mudah!
Nyums sangat. Kalau korang ada chilli flakes atau serbuk oregano pon boleh je tabur.

 

Seronok tengok anak-anak licin makan. Kalau korang suka, boleh share. Selamat mencuba.

IKLAN

Follow Nurasykin Ali untuk tak ketinggalan dapatkan tips dan juga resepi yang sedap dan mudah untuk anak-anak.

Much loves,
Kak ekin❤

#dapurkakekin

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI