Resipi Homemade Carbonara Lagi Enak Tanpa Sos Segera!

Share

Jika anak kita tidak berselera nak makan nasi, apa kata cuba hidangkan spageti carbonara kepadanya. Biasanya budak-budak cukup suka dengan rasa lemak berkrim carbonara ni.

Ditambah pula dengan ramuan seperti ayam, cendawan, sosej dan sebagainya yang ada di dalam sos tersebut, pasti akan dapat memancing selera mereka.

Pun begitu dalam menyediakan hidangan sos carbonara ini, biasanya ramai antara kita terbiasa menggunakan sos yang sedia ada di pasaran. Namun tahukah anda, sebenarnya sos carbonara ini boleh disediakan dengan resipi tersendiri. Jika ingin dibandingkan rasanya, memang puas hatilah senang cakap. Tidak dengan itu, kosnya juga jauh lebih menjimatkan berbanding jika memasak menggunakan sos yang ada di pasaran.

Untuk itu, dikongsikan resipi istimewa daripada Sabrina Abdul Ghani. Menurutnya resipi ini begitu mudah untuk disediakan, tdak sampai 15 minit, siap!

Jadi ayuh semak apa ramuan yang diperlukan.

Spageti Carbonara

Bahan-bahan :

Bawang holland

Daun bay

Sosej

Isi ayam-dihiris

Cendawan butang

Serbuk lada hitam

Oregano

2 sudu tepung gandum

Susu segar

Keju Cheddar

1/2 cawan air

Garam secukup rasa

Langkah demi langkah :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun bay. Tumis sehingga bawang berwarna kuning-kekuningan.

 

2. Masukkan ayam, sosej, cendawa, oregano dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga berbau harum.

 

3. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.

 

4. Tuangkan susu dan tambahkan air ½ cawan.

 

5. Biarkan mendidih dan kemudian masukkan garam dan juga keju cheddar. Kacau seketika dan sedia untuk di hidang bersama spageti yang telah direbus.