Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang, Ini Cara-cara Nak Masaknya

Share

Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang, Ini Cara-cara Nak Masaknya

Resipi gulai tempoyak antara menu hidangan yang menjadi buruan ramai peminat durian. Biasanya pencinta buah durian bukan sahaja suka makan buah durian tetapi juga segala jenis menu berasaskan durian termasuklah tempoyak.

Jika selalunya kita makan gulai tempoyak telur itik yang dimasak di dalam kuah tempoyak, kali ini kita buat sedikit kelainan dengan mencuba resipi gulai tempoyak telur goyang. Biasanya gulai tempoyak kita guna telur itik tapi resipi ini boleh juga menggunakan telur ayam.

Nampak sedap dan mudah dimasak. Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak, bolehlah cuba menu ini ya!

RESIPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG

BAHAN-BAHAN:

Telur ayam @ telur itik – digoreng goyang
Cili padi
Cili merah besar – buang biji
Bawang putih (guna banyak)
Tempoyak segar – ditumbuk @ dikisar halus
Air secukupnya
Serai – diketuk
Sedikit santan
Serbuk kunyit secukupnya
Cili api – boleh ganti dengan timun/petai/nanas muda/labu siam/terung
Garam, gula & penyedap rasa jika perlu
Asam keping – jika guna tempoyak baru yang kurang masam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih untuk mengurangkan baunya. Guna bawang putih yang banyak untuk memekatkan kuah.

2. Kisar cili padi, cili merah dan bawng putih hingga halus.

3. Masukkan bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.

4. Masukkan air dan serai yang telah diketuk. Jumlah air bergantung pada jumlah telur yang digunakan.

5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.

6. Masukkan juga cili padi sebiji-sebiji. Ia boleh digantikan dengan bahan-bahan sampingan lain seperti timun, petai, nanas muda, labu siam atau terung.

7. Akhir sekali, masukkan telur ayam atau telur itik yang sudah dugoreng goyang terlebih dahulu.

8. Perasakan dengan garam, gula dan penyedap rasa jika perlu.

9. Jika menggunakan tempoyak baru yang kurang masam, tambahkan asam keping.

10. Gulai tempoyak telur goyang sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Fastabiqul Khoirot