German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felula ini.
German Cookies @ Deutshe Kekse 🇩🇪
Kuih Raya yg agak rare sikit this year 🤭 Siap!!
Saje ja kalini try buat rainbow version 😘 biskut ni texturenya sgt light & melt in your mouth gitu 🤭
Budak2 mesti suka sgt 😋 Jom Cuba
Resepi:
350 gram mentega (saya guna Anchor Salted)
375 gram tepung kentang/potato starch
200 gram tepung gandum
100 gram gula aising, diayak
secubit garam
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Suami Meninggal, Isteri Tidak Bekerja & Jaga 3 Anak. Mentua Mahu Rebut Harta Termasuk Rumah & Kereta. Sebaknya Baca Kisah Ni!
Perkongsian oleh seorang kaunselor Normaliza Mahadi yang berpengalaman berdepan dengan kes seumpamanya ternyata menyentak hati yang membaca.
Keluarga menuntut hak anak lelaki mereka yang meninggal dunia sedangkan tiada siapa yang membela nasib isteri dan anak seramai tiga orang yang ditinggalkan. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.
Anak lelaki meninggal. Tinggal kereta dan rumah. Menantu tak kerja. Anak ada 3. Semua kecik-kecik lagi.
Memanglah jadi harta pusaka dan boleh dibahagikan. Hanya soalnya, siapa yang betul2 nak tanggung balu itu dan anak-anaknya selepas semua harta tu diambil dan dibahagikan? Sanggup ke tengok menantu dan anak-anak buah tu meminta-minta untuk makan.
Tak payahlah direbutkan kereta tu dan rumah tu. Tak ada ke perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung?
Direbutkan juga harta-harta tu. Tapi masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Meninggal hartanya direbutkan.
Kasihan balu 3 orang anak tu.
Perkembangan terkini
Menantu makcik ke yang telepon puan tu?
Ntah. Kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke?
Aah. Anak makcik baru meninggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nak kan hak. Islam yang suruh. Bukan kami pandai2. Makcik ikut aje.
Ooo. Tapi betullah makcik. Kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak makcik dan semua orang yang tuntut harta tu.
Terima kasihlah puan faham. Macam makcik katalah. Makcik ikut Islam.
Iya makcik. Saya faham. Oh ya! RM3000 sebulan ni nanti saya akan kutip daripada makciklah ya.
RM3000 apa ya puan? Eh! Kena bayar ke makcik telepon ni.
Takkkk. Telepon ni percuma. Saya ni ikut Islam makcik. Saya tak charge orang susah. RM3000 ni untuk menantu dan cucu makcik.
RM800 sewa rumah.
RM400 bayar kereta
RM900 makan 3 cucu
RM200 perubatan cucu
RM300 jalan-jalan sebulan
RM400 untuk sekolah cucu
Jumlah RM3000
Ini makcik, pakcik dan keluarga kena tanggung. Sebab ikut Islam selepas anak lelaki meninggal, isteri dan cucu2 adalah tanggungan keluarga lelaki tu.
Kita kena IKUT ISLAM makcik. Semua perkara. Saya suka makcik sebab makcik nak ikut Islam.
Eh! Manalah kami mampu. Makcik rasa salah macam ni. Menganiya keluarga lelaki pulak.
Treetttttttttt.
Makcik
Makcik
Makcik
Dah putus pulak talian ni
???????
Kisah masyarakat
by NM
Koleksi Petua Bantu Mudahkan Kerja-kerja Di Rumah
Koleksi Petua Bantu Mudahkan Kerja-kerja Di Rumah
Banyak petua-petua yang boleh dimanfaatkan oleh suri rumah tangga bagi memudahkan urusan di dapur. Selain dapat memudahkan tugasan, ianya juga dapat memastikan hasil kerja lebih efektif.
Bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati dan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja. Berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh diamalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di rumah.
HILANGKAN BAU MASAKAN DI RUMAH
Berikut tip untuk menghilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada ‘kitchen hood.’Selepas memasak tumis-tumis, memang akan bau satu rumah. Selepas mengemas dapur, boleh cuba rebus beberapa bahan ini untuk menghilangkan bau masakan di dalam rumah.
BAHAN-BAHAN:
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
CARA-CARA:
1.Rebus ke semua bahan dalam 10 hingga 15 minit.
2.Gunakan api yang kuat. Tujuannya ialah supaya wap naik ke seluruh rumah.
3.Apabila semua bahan telah masak, tutup api. Sejukkan selama satu malam.
4.Air rebusan itu bolehlah ditapis kemudian dimasukkan ke dalam botol spray. Bolehlah spray satu rumah.
Sumber: Sharifah nursakinah
************************************************************************
HALAU SERANGGA
Hilangkan semut dengan cara guna bahan semula jadi. Selepas guna ubat halau semut atau petua lama tak menjadi, kita mungkin boleh ikut cara ini pula iaitu dengan menggunakan stoking lama dan juga penyembur halau serangga.
BAHAN-BAHAN:
Stoking lama
Ridsect atau Baygon
1. Mula-mula cari stokin lama yang kita dah tak pakai.
2. Kemudian potong empat, lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja enam, potong enam.
3. Sarungkan stokin yang dipotong pada kaki meja, seterusnya semburlah dengan Ridsect atau Baygon. Spray keliling stoking untuk kesan yang lebih efektif.
4. Bolehlah tengok hasilnya, bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun tak nak panjat meja makan. Selamat mencuba.
Kredit: petuaoranglama
**********************************************************************
BERSIHKAN SIPUT SEDUT
Ramai yang masih bekum tahu cara-cara yang betul untuk membersihkan siput sedut. Sebab itulah ramai yang malas hendak memasak siput sedut. Jika tidak kena dengan caranya, siput mungkin akan terasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membersihkan siput sedut sebelum dimasak. Paling penting kena sediakan kelapa parut.
1. Beli siput ini petang, bawa balik masukkan dalam periuk. Gaulkan siput sedut ini dengan hampas kelapa dan biar semalaman (santannya simpan utk masak gulai nanti). Siput ni tak perlu basuh dulu pun.
INFO: Bila sudah digaul dengan hampas kelapa siput ini akan muntahkan segala kotoran, lumpur dan lendir yang ada. Siput akan jadi bersih dan bila buat gulai rasanya pun lebih sedap. Kuah juga akan elok cantik.
2. Selepas gaul dengan hampas kelapa jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Tindih dengan lesung batu. Kalau tak, siput boleh merayap sampai satu rumah.
3.Esoknya sebelum cuci, kerat hujung ‘bontot’ siput tapi jangan pendek sangat, takut susah nak sedut. Boleh guna cutter.
4. Kalau ada daun pucuk ubi, semasa cuci siput boleh sental supaya kekotoran di badannya senang tanggal. Boleh juga guna sental dengan menggunakan span cuci pinggan. Selepas itu cuci bersih dan boleh terus dimasak.
Sumber: Intan Suraya Haron
************************************************************************
KILATKAN SEMULA PERIUK/KUALI RENTUNG
Periuk yang rentung dan berkerak boleh membuatkan mood memasak bakal ‘ke laut.’ Macam biasa, kaum wanita bila di dapur, tangan sudah macam ‘sotong.’ Dalam satu masa kalau boleh macam-macam kerja nak dibuat.
Dalam pada banyak-banyak kerja yang dibuat dalam satu masa, mungkin akan terlupa masakan yang dimasak di atas dapur hingga rentung dan berasap. Jika periuk murah tidak mengapalah juga tapi kalau periuk mahal, memang terasa ralatnya.
Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
BAHAN-BAHAN:
Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka
CARA-CARA:
- Mula-mula panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
3. Biarkan beberapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja sudah berkilat semula.
4. Inilah hasilnya.
Moga petua-petua ini membantu anda memudahkan dan melancarkan tugas-tugas di dapur.
Sumber: Makudacun Ibra
Jangan Buang Bekas Telur, Boleh Guna Halau Ulat Bulu Dan Serangga Perosak Tanaman. Cara Murah & Praktikal!
Tentu ada yang suka berkebun dan menjadikan ia salah satu hobi waktu masa lapang. Aktiviti ini juga boleh menjadi terapi apabila melihat hasil tanaman menjadi dan menghijau.
Namun, apabila sudah sekian lama menjaga pokok tanaman, ada pula serangga perosak. Habis pokok hingga menjadi rosak. Paling geram apabila habis daun rosak.
Namun tak ramai yang gemar menggunakan racun kimia sebaliknya menggunakan semburan organik.
Selain itu, boleh juga menggunakan cara sudara Ismail Che Din ini yang menggunakan bekas telur untuk menghalau ulat bulu dan serangga yang makan daun.
Cara yang menarik dan tidak mengeluarkan sebarang kos. Hanya menggunakan bekas telur yang biasanya kita buang aje.
Cara nak halau ulat bulu & serangga makan daun pokok kita…tak kira lah pokok apa…pokok limau, pokok mangga, pokok petai, pokok ketum..pokok apa ajer…buat macam ni…gantungkan bekas telur (koyakkn 1-2 bekas kecik), bakar & gantungkn pada pokok…klau malas nak gantung, letakkn jer atas batu/tanah..buat lah 5-7 hari sekali… in sya Allah..ulat bulu pun berbulu dengan pokok kita…daun pokok cantik n segar…mudah…murah dan praktikal.
Mudah aje nak halau serangga perosak
Kotakkn 2-3 bekas telur…bakar n gantung..
Biarkn dia terbakar sampai habis…
Malas gantung…bakar dn letakkan atas bata
Asap akan menyahkan ulat bulu n serangga.
Lingkaran ubat nyamok kurang berkesan…sebb asap x bnyak…asap dari bekas telur jer jawap dia
Sumber: Ismail Che Din
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club