Anda peminat dumpling tapi nak beli di luar rasa was-was, di tambah harga yang agak mahal. Rasa tak berbaloi kalau beli kan, nak nak lagi kalau ahli keluarga ramai. mana nak cukup kan.
Ha apa kata ibu-ibu buat je sendiri, bukan je jimat malah terjamin halalnya . Jom cuba resipi dari Wany Lifa ini.
Dumpling Soup Homemade Halal
Jeng jeng jeng.. Hasil kejadian. Confirm sedap confirm pengsan ❤️
Modal bawah Rm10 boleh makan 40 pcs Dumpling
Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup 1 family dapat makan
Tapi modal utama kena rajin & sabar
Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap
Confirm sedap Confirm pengsan . Chingg
Ada yang nak cuba resipi ?
Selamat mencuba!
- Inti Dumpling
Isi ayam 300g (fillet dicincang)
Carrot (setengah batang sagat)
Bawang besar (1 biji cincang halus)
Bawang putih (4 ulas cincang halus)
Daun sup & Daun bawang (potong halus)
Serbuk lada sulah (2 sudu)
Minyak bijan (3 sudu)
Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
Garam & gula (1 sudu kecil)
Dumpling pastry (Instant)
Dumpling pastry. Kuantiti ada 40 pcs gitu. Harga RM1.80
Isi ayam yang da siap boleh campur sikit 3 sudu tepung jagung untuk sebati kan bahan2 yang dicampur.
Cara membuat: - Campur semua bahan2 kecuali dumpling pastry.
- Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
- Masuk inti dalam pastry then kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.
- Takde mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun kita dumpling kat atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Da try buat gitu sebab tuh mai habaq awai2 . Jahanam 6 ketui dumpling Rugi rugi Kukus dumpling selama 10 minit.
- Dah siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling
Dumpling banyak jenis bentuk. Tapi yang ni biasa chinese buat.
Sebab buat sorang so bubuh la inti tuh siap2 & susun atas pinggan.
Letak inti jangan penuh sangat kang tak boleh kelim. Nanti dumpling jadi koyak..
Sup dumpling
Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
Halia (1 inci ketuk & cincang)
Minyak bijan (1 sudu kecil)
Serbuk lada sulah sikit
Kiub ayam maggi (half of cube)
Garam & gula
Cara membuat:
Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.
Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
Masuk bahan2 lain sampai mendidih.
Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.
Then tabur sikit daun bawang.
Last sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup.
Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasa nya
Jeng jeng jeng.. Hasil kejadian. Confirm sedap confirm pengsan ❤️
Total costing :-
Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Carrot 6 batang – RM1.00
Daun sup & Daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
Total = RM9.00