Donut antara kuih Kegemaran ramai, rasanya yang enak ditambah dengan caranya yang ringkas, mudah untuk ibu-ibu nak mencuba nya sendiri.
Jom cuba resipi oleh puan Zurina Kifli menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ni yang turut berkongsi rahsia mendapatkan donut yang gebu seperti span.
DONAT LEMBUT GEBU MCM SPAN… uli tangan pun boleh .In shaa Allah ..xtra gebu…xtra lembut.Yg penting kena rajin menguli hingga doh cantik.😁
DONAT GEBU MCM SPAN
(Oleh Zurina Kifli)
Sukatan cawan minum teh
Bahan-bahan
Perapan Yis :
1 1/2 cawan air suam,isikan dlm gelas besar @mangkuk .Nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan@Saf
1@2 biji kuning telur gred A@B yg dibuang pusat,kacau2 dahulu (Rahsia lembut gebu)
1.Satukan air suam dan gula,kacau hingga gula larut.
2.Masukkan yis dan kacau2 sekejap, biarkan 15 minit@ hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati…siap.
Bahan2 lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (Kalau tak ada Shortening boleh letak 3 sd makan marjerin,cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yg ada.
**Saya guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
** Ayakkan tepung, kemudian satukan kesemua bahan kedalam mangkuk besar@talam besar.
** Sedikit air biasa jika perlu.
** Saya letak pelembut serbaguna Cream Super
1.Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan2 lain dlm bekas besar.Tuangkan perapan yis yg dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat.Kalau dah rasa ok x perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung.Doh mesti lembut melekit2 sedikit.
2.Terus uli dgn cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yg melekit bertukar menjadi licin.Boleh juga masukkan doh kedalam plastik bersih dan ramas2 sekali sekala picit2 hingga doh menjadi licin dan x melekit2.
3.Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin,elastik dan terasa lembut ringan.Doh dah tak melekat2 pd tangan.
4.Tutup bekas doh dgn tudungnya@kain lembap @ plastik.Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 x ganda
5.Apabila doh dah cantik kembang,tekan2 @tumbuk perlahan utk buang angin dan bentukkan dgn bentuk disukai.Samada bentuk donat biasa @bentuk hati @bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pd tgn supaya doh x melekat2 pd tangan.
6.Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit,bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pd dasar apabila hendak digoreng.Jgn sampai doh terover kembang tau,nanti donat mengecut lembik dan serap byk minyak bila digoreng.
7.Panaskan minyak dan goreng donat dgn api sederhana perlahan,balikkan sekali@2 kali sahaja hingga masak kedua2 bahagian utk dapatkan ring putih pd tepi donat .Jgn kerap balik2kan donat nanti hilang ring Putin tu. Api pulak jgn kuat sgt nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dlm x masak sepenuhnya.Ingat tu.Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dgn tisu dapur.Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dgn gula@susu tepung+gula@coklat.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
Sedikit gula castor
*Satukan kedua2 gula dan kacau rata, Letak donat dlm bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan2 hingga gula tersalut cantik
COKLAT SALUT DONAT:
100 gm coklat compaun Beryls,lebih kurang sebesar tapak tgn kanak2 10 tahun pun ok,cukup dah tu.
2 sudu makan butter@marjerin
3 sudu makan susu cair@susu segar1
1.Guna kaedah doible boil tau,jgn direct masak atas api dapur.Pastikan jgn tercampur sedikit pun air dlm coklat,nanti x cantik…x licin hasil coklat cair tu.
2.Mula2 cairkan coklat,dah cair masukkan marjerin dan susu cair.Saya tambah 1 sudu makan susu pekat.
3.Kacau sebati,siap.Biarkan sekejap@boleh ja terus salutkan pd donat.
**Resepi yg sama juga boleh digunakan utk buat Burger Malaysia, Bentukkan bulat2 leper sedikit kemudian goreng. Belah jgn putus kemudian isikan dgn Sambal Bilis dimasak kering sedikit,letak salad dan kepingan timun segar. Dapnyeee 😋😋😋
DONAT GEBU ULI DGN Bread Maker :
1.Semua bahan2 saya letak sukatan yg sama… KECUALI…
*Tepung gandum 250gm+ tpg High Protein 250gm.
*Air sejuk dari peti ais 255ml-260ml…ikut tahap serapan tepung. Waktu bm tgh uli saya tekan2 dgn hujung jari dan tambah sedikit air jika doh rasa terlalu keras. Kalau doh keras komfem donat akan jd keras, tak lembut gebu. Doh yg cantik mesti rasa ringan, lembut tp x melekit2 dan sejuk je.
*Kalau guna bm masukkan bahan basah dahulu diikuti bahan kering. Step rounding dan perap semua sama. Moga bermanfaat ye… Assalamualaikum semua.