Kuih tako, siapa sahaja yang tidak menggemarinya bukan? Bahkan diakui jika sekali sekala terlihat sahaja kuih ini ada dijual di pasar malam, akan membuatkan kita terimbau kenangan bulan puasa ketika membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.
Apa tidaknya, kuih tako antara juadah wajib beli ketika bulan puasa dek kerana kalau dinikmati semasa berbuka memang cukup menyelerakan. Rasa lemak manis dan teksturnya yang lembut di samping ada pula cebisan sengkuang cina membuatkan kenikmatan merasai hidangan ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Sedap sangat!
Namun andai ada disaat ini terasa teringin menikmati rasa kelembutan dan kemanisan rasanya, pasti agak sukar untuk menemui kuih nan satu ini.
Jadi apa kata kali ini kita pelajari menyediakan kuih tako kegemaran ramai untuk dijadikan menu istimewa buat keluarga tercinta.
Siapa sangka mudah sahaja menyediakannya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Shakinah ini.
Malam ni saya nak share resepi Kuih Tako yang confirm jadi sapa-sapa buat pun. Resepi asal yang saya guna ni dari ahli grop ni jugak dah lama dulu.
Lapisan Bawah
1 cawan tepung Hwee kwe hijau (nak pakai tepung jagung pun boleh)
5 cawan air (boleh buat 4 cawan air tapis +1 cawan air pandan)
1 1/2 cawan gula pasir
4-5 biji sengkuang cina potong dadu
Secubit garam
Kacau/bancuh semua bahan kecuali sengkuang hingga sebati. Masak atas api sampai adunan memekat. Dah pekat masukkan sengkuang cina dan kacau sikit lagi sampai adunan berkilat. Siap. Tuangkan dalam acuan pandan. Tak de pakai je bekas kecil-kecil tu.
Lapisan Atas
1 cawan tepung jagung
9 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Kacau/bancuh semua bahan bagi sebati. Kacau atas api sampai adunan pekat berkilat. Siap. Tuang adunan putih atas adunan hijau tadi. Sejukkan. Boleh la makan beramai-ramai hihi.
sumber : Nor Shakinah Md Zainal via MAHN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club