Resipi Daging Singgang Mudah Dan Sedap. Patutlah Dah Viral!

Share

pMinggu depan sambutan hari raya korban. Tentu waktu tu, ada yang memberi daging korban. Bagi mereka yang pernah cuba masak hidangan daging yang bermacam jenis termasuk goreng kunyit, masak kicap atau gulai daging, apa kata  anda boleh cuba memasak  resipi daging singgang superb ni.

Cara nak buat memang mudah!

RESEPI DAGING SINGGANG PALING MUDAH DAN SEDAP

BAHAN-BAHAN

-400gram daging lembu segar (potong kecil)

-2 inci lengkuas (potong menyerong)

-1 biji bawang merah (mayang je)

-8 biji bawang putih (ketuk je)

-2 keping asam keping

-10gram ketumbar (ditumbuk)

-400ml air putih (agak-agak je)

-Garam dan gula

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Tumbuk dulu biji ketumbar separuh hancur. Ketuk bawang putih. Mayang bawang merah dan hiris lengkuas.

3. Satukan semua sekali. Letak air dan panaskan dengn api yang slow. Nak bagi daging masak dan lembut.

4. Dah mendidih, masukkan gula dan garam. Biarkan ia mendidih sehingga betul-betul empuk.

5. Boleh masukkan cili kering nak nampak best. Hehe. Dah siap. Selamat mencuba.

Dah siap! Memang nampak menyelerakan.

Sumber : Bahiah Saripuddin