pMinggu depan sambutan hari raya korban. Tentu waktu tu, ada yang memberi daging korban. Bagi mereka yang pernah cuba masak hidangan daging yang bermacam jenis termasuk goreng kunyit, masak kicap atau gulai daging, apa kata anda boleh cuba memasak resipi daging singgang superb ni.
Cara nak buat memang mudah!
RESEPI DAGING SINGGANG PALING MUDAH DAN SEDAP
BAHAN-BAHAN
-400gram daging lembu segar (potong kecil)
-2 inci lengkuas (potong menyerong)
Ads
-1 biji bawang merah (mayang je)
-8 biji bawang putih (ketuk je)
-2 keping asam keping
-10gram ketumbar (ditumbuk)
-400ml air putih (agak-agak je)
Ads
-Garam dan gula
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Tumbuk dulu biji ketumbar separuh hancur. Ketuk bawang putih. Mayang bawang merah dan hiris lengkuas.
Ads
3. Satukan semua sekali. Letak air dan panaskan dengn api yang slow. Nak bagi daging masak dan lembut.
4. Dah mendidih, masukkan gula dan garam. Biarkan ia mendidih sehingga betul-betul empuk.
5. Boleh masukkan cili kering nak nampak best. Hehe. Dah siap. Selamat mencuba.
Dah siap! Memang nampak menyelerakan.
Sumber : Bahiah Saripuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekali sekala jika dapat sediakan menu pizza untuk dinikmati bersama keluarga menarik juga. Apatah lagi bila ada yang kongsikan resipi atau cara penyediaan pizza yang begitu mudah namun enak.
Ini seperti perkongsian Ummul Omar, menurutnya hanya 25 minit sahaja diperlukan dan tanpa perlu menggunakan yis hidangan pizza dapat disediakan. Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml)
Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nanas, olive, cili benggala, cendawan)
Mozarella cheese (takda dalam gambar)
Cara Buat :
1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
2. Gaul yogurt dengan tepung. Kalau rasa adunan agak kering, tambah sikit air masak. Kalau adunan agak basah, tambah sikit tepung.
3. Dah siap, uli adunan dalam 2 ke 3 minit sampai adunan jadi bentuk bola yang rata. Tambah tepung sikit demi sikit sampai doh terbentuk cantik.
4. Boleh terus letak atas tray pizza dan gelekkan doh sampai leper. Tak payah tunggu doh naik! Haa best kan? Jimat masa.
5. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak.
6. Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.
*Resepi ni dapat 1 pizza saiz large. Nah hasilnya! Pizza 25minit. Rotinya lembut di dalam, rangup diluar. Puas hati makan.
sumber : Ummul Omar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kuah kacang sememangnya cukup digemari terutama sekali apabila dimakan bersama nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan.
Menjelang raya nanti, bolehlah ibu-ibu cuba resipi ini. Boleh dihidangkan untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah nanti.
Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini ini katanya diperoleh dari arwah ibunya. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang. Betapa hebatnya penangan resipi arwah ibunya itu.
Disebabkan itu, Ruziati tidak lokek untuk berkongsi resipi kuah kacang tersebut. Yang nak cuba jom baca ni:
Kawan kata kuah kacang saya sedap… siap pujuk saya jual kuah kacang ni resepi kuah kacang saya..
bahan-bahan 1 kg kacang tanah (goreng) 800 gm gula 2 setengah sudu garam 3 biji bawang besar 4 ulas bawang putih Segenggam asam jawa (bancuh pekat) 4 btg serai Seinci lengkuas Minyak masak Air Udang kering (ikut selera) Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tmbh cili)
Cara
Tumis bahan kisar tadi.
Kemudian, masukkan semua bahan, tambah air.
Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
Kecilkan api dan renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tips Extra:
1). Kacang yang disangai tu nak kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, itu pun nak kena betul-betul masak juga. Agak ambil masa tapi insyaAllah berbaloi. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3). Apabila dah masukkan santan, kena santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang. .Ada sebabnya tapi mokcik dah terlupa..Kalau tak silap supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4). Dah masuk kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya ia tidak cepat hangus di bawahnya.
5). Dari segi rasa pula..kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya Allah kuah akan rasa ummpphh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nasi ulam merupakan menu yang sedap dan mudah untuk dibuat. Nasi ulam bukan sahaja enak untuk dimakan, malah ia kaya dengan pelbagai khasiat. Bila tiba bulan puasa, memang sedap berbuka dengan menu nasi ulam.
Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman kampung serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak lagi sedap, guna banyak ulam-ulaman yang berbau wangi. Memang lagi berselera.
Resipi Nasi Ulam Kampung Terpaling Sedap
Boleh juga dapatkan di bazar Ramadan, tapi sebenarnya nak buat nasi ulam senang saja. Hanya perlu sediakan bahan kemudian beberapa langkah mudah dan nasi ulam pun akhirnya siap. Nak tunggu balik kampung ibu buatkan? Memang lambat lagi! Jom ikuti perkongsian resepi nasi ulam seperti yang dikongsi oleh Zurida Hassan ini.
BAHAN-BAHAN:
Nasi
Serai – hiris nipis
Halia
Lengkuas
Cili padi
Bawang merah – mayang halus
Kerisik secukupnya
Ikan masin (boleh guna ikan talang, tenggiri & gelama) – goreng dan tumbuk
Lada hitam – tumbuk
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN DAUN ULAM:
Daun mengkudu
Putat
Selom
Sekentut
Bebuas
Tebengau
Beluntas
Janggus
Pucuk kari
Daun kesum
Peria pantai
Kaduk
Bunga kantan
Nak Buat Pun Mudah
CARA MEMASAK:
1.Satukan ulam-ulaman dan hiris halus. Ketepikan.
2. Serai, halia dan lengkuas dikisar kering atau ditumbuk lumat. Jika suka pedas, boleh hiris nipis cili padi mengikut kepedasan yang disukai.
3. Dalam bekas berisi ulam yang dihiris, masukkan bawang merah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan kerisik dan ikan masin yang sudah digoreng dan ditumbuk halus. (boleh guna ikan talang, tenggiri atau gelama masin).
5. Gaul hingga sebati.
6. Masukkan nasi ke dalam bekas bersesuaian. Masukkan serbuk lada hitam dengan secukupnya.
7. Tambahkan bahan-bahan ulam yang telah digaul tadi dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.
8. Nasi Ulam sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama sayur keladi.
9. Jika suka, boleh juga nikmati bersama telur masin.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...