Bagi pelayar laman sosial Facebook yang minat memasak, pasti sudah tidak asing lagi dengan pemilik akaun bernama Ben Safwan. Apa tidaknya, begitu banyak resipi yang telah dikongsikan olehnya dan secara tidak langsung ramai juga golongan mak-mak mengagumi kehebatannya sebagai seorang ayah yang pandai memasak.
Kehebatannya memasak bukan datang begitu sahaja, ini sebagaimana perkongsiannya sebelum ini mengatakan dia turut belajar daripada ibu mertuanya dalam menyediakan Daging Masak Kicap yang enak.
“Waktu mula-mula kahwin dulu, Ben makan daging masak kicap mak mertua. Aduhai sedap betul. Sekarang dah boleh buat sendiri sebab dah belajar dengan dia. Terima kasih mak!
“Ben kongsikan pula di sini. Boleh guna daging import atau daging tempatan. Ben suka daging lembu tempatan. Kuantiti bahan resepi untuk 500 gram daging,” tulisnya.
Jadi buat anda yang ingin menyediakan menu daging korban, apa kata sediakan resipi seperti yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini. Nampak begitu menyelerakan dan mudah disediakan.
Ads
Bahan :
500 gram daging lembu dihiris nipis melintang.
Gaul dan perap 10 minit bersama 1/2 sudu makan serbuk kunyit,1 sudu makan cili kisar,1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk,1 sudu makan bawang kisar,2 sudu makan kicap pekat,2 sudu makan kicap manis,1/2 sudu makan gula dan 1 1/2 sudu teh garam .
Ads
Dalam kuali,tumiskan 1 batang kecil kulit kayu manis bersama 3-4 biji buah pelaga sampai naik bau. Barulah masukkan 2 1/2 sudu makan bawang merah + bawang putih+ halia kisar dan 1 1/2 sudu makan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Baru masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.
Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambahkan air asam jawa ( 1/2 sudu makan asam jawa ) dan sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam,tambah secukupnya.
Ads
Dah siap.
Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini.
Ikan salmon memang tinggi khasiatnya. Bukan hanya sedap dimakan sahaja bahkan salmon cukup tinggi kandungan protein. Malah lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Tak hanya disitu, Omega-3 dan DHA yang terdapat dalam ikan salmon juga baik untuk pelbagai masalah mata.
Memang untung bagi penggemar ikan salmon. Mana taknya, selain tinggi vitamin D yang membantu fungsi otak dan daya ingatan, kolegen semulajadi yang terdapat di dalamnya juga sangat membantu kulit lebih cantik. Sambil makan dengan berselera, kulit juga makin cantik.
Salmon sebagai menu panggang memang sudah terlalu biasa. Apa kata ubah selera dengan citarasa Melayu pula kali ini. Cuba empat resipi ini dihujung minggu ini. Memang terangkat!
1. SUP IKAN SALMON
Resipi ini dikongsikan oleh mamawandiha.blogspot.my di blognya. Memang nampak sangat mengiurkan dan paling penting sup salmon memang rasanya lain daripada yang lain. Lebih berlemak dan manis isinya. Hebat!
Bahan-bahan:
2 potong ikan salmon -ambil kepala
2 ulas bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh ketumbar -ganti dengan 1 sudu kecil rempah sup
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 inci halia diketuk
2 asam keping
1 biji kentang dipotong dadu
1 kiub ayam
Sedikit daun saderi
3 cawan air atau secukupnya
1. Tumis bawang, bunga cengkih, lawang, kayu manis, ketumbar & halia hingga naik bau.
2. Masukkan ikan salmon & goreng sebentar. Kemudian masukkan air, bancuhan rempah, kentang, serbuk lada hitam dan asam keping.
3. Masak hingga kentang empuk dan perasakan dengan garam dan kiub ayam.
4. Hidangkan bersama daun saderi dan angkat.
2. KARI SALMON TANPA SANTAN
wow! Kari Salmon memang hebat rasanya. Rasa lemak isi ikan dengan gabungan rempah kari memang sedap. Resipi daripada blogger tersohor Mat Gebu di blog tiffinbiru.com memang hebat. Paling menarik sebab resipi ini diolah tanpa santan. Lebih sihat tetapi rasanya pun lebih ‘caw’. Jom cuba.
Bahan-bahan:
1 kepala ikan salmon (450gm berat)
10 batang bendi
1 biji tomato -dibelah 6
1 sudu teh pes asam jawa
1 1/2 sudu besar rempah hari ikan
1 inci lengkuas -diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
1 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Bahan Tumis:
3 biji bawang merah -hiris
1 ulas bawang putih -hiris
2 tangkai daun kari -dilurut
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh jintan manis
25 biji halba
1. Bersihkan ikan salmon, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan.
2. Sementara itu satukan rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
4. Tambahkan cili kisar dan lengkuas titik, masak hingga cili garing dan masukkan pes rempah, masak hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
5. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuangkan air (anggaran 3 cawan, atau secukupnya). Kacau rata dan biar mendidih.
6. Masukkan kiub ikan bilis dan ikan salmon tadi. Kacau perlahan dan masukkan bendi. Biarkan masak hingga bendi lembut.
7. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, biarkan masak sekejap dan angkat.
3. ASAM PEDAS SALMON
Asam pedas ikan tenggiri memang terangkat dan cukup klasik bagi orang Selatan. Namun bila menyebut Asam Pedas Salmon pasti kita terasa cukup istimewa. Macam mana rasanya Asam Pedas Salmon?
Andakenalah cuba dahulu resipi yang dikongsikan oleh pakar masak kita di website aziekitchen.com. Memang nampak menarik!
Bahan bahan:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 senduk cili giling
Belacan -sebesar ibu jari
1 bunga kantan dibelah
1 pelepah daun kari
Bendi – boleh celur berasingan, jika suka
1 sudu besar pes asam jawa adabi
Garam dan serbuk perasa
1. Bawang, halia dan belacan dikisar.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan cili giling.
3. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.
4. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
5. Kemudian masukkan ikan dan asam jawa. Renihkan di atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa.
6. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya. Jika terlebih masam, masuk air. Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
4. BERGEDIL SALMON
Salmon sebagai bergedil memang unik. Walaupun kecil tetapi kaya khasiatnya. Resipi yang dikongsikan oleh Chef Jimmy Chok ini di blognya, hungrygowhere.my. Memamg nampak sedap. Sila cuba!
Bahan-bahan:
600g ikan salmon -direbus dan dicarikkan
1 sudu besar daun ketumbar -dicincang
1 sudu besar daun bawang -dipotong
2 biji kentang -direbus dan dilecekkan
3 cili hijau -dicincang
4 biji bawang merah kecil -dicincang
2 telur kuning
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
Tepung untuk menyalut
1. Campurkan semua ramuan, kecuali tepung, ke dalam mangkuk besar.
2. Bentukkan campuran ini menjadi pai-pai kecil.
3. Saluti setiap adunan dengan tepung dan goreng sehingga berwarna perang keemasan. Hidangkan panas.
Tip: Untuk rasa yang lebih sedap, masakkan ikan salmon dan kentang pada hari sebelumnya dan letakkan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak sempurna kiranya andai menu ayam, ikan atau daging tidak dihidangkan di atas meja untuk dimakan bersama nasi.
Andai ingin mempelbagaikan citarasa, apa kata mencuba menu nan satu ini, Daging Masak Asam.
Ramuan dan cara penyediaannya juga cukup mudah, jom semak satu persatu.
“DAGING MASAK ASAM by MARIANA ZAINAL”
bahan-bahan :
1 kilo daging..jangan hiris besar2 tau
2 biji bawang besar hiris
6 ulas bawang putih hiris
Halia sebesar ibu jari hiris
2 batang serai diketuk(sy buh ekstra lg 2 batang serai)
1 helai daun kunyit dicarik2
1 cawan air asam jawa sederhana pekat
1 sudu besar jintan manis(tumbuk halus..sy kisar dengan air asam jawa)
1/2 sdb garam
1 sdt gula
Sedikit bahan perasa jika suka
1 sdb serbuk kunyit
2 1/2 cawan air
3 senduk minyak masak
Sedikit cili padi atau cili merah(utk hiasan)
Caranya
1 Panaskan minyak..masukkan serai..bila serai dah agak garing masukkan bahan2 hiris..tumis hingga layu..
2.Masukkan daging..guna api sederhana perlahan masak hingga air daging kering dan naik minyak.
3. Bila dah elok naik minyak masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa..biarkan mendidih dan naik minyak..
4. Masukkan air..bila kuah dah mula kering..masukkan daun kunyit,cili besar,garam,gula dan bahan perasa(jika perlu)..masak hingga pekat elok..(kalo suka berkuah bleh tambah 1/2 cawan air)
Sepanjang Ramadan ini, pasti ramai yang mencuba pelbagai resipi untuk dinikmati sewaktu berbuka puasa nanti. Dari makanan, pemanis sehinggalah minuman, ada sahaja resipi baru yang dicuba untuk menjadikan juadah suatu kelainan.
Bagi yang tidak mempunya masa, mungkin anda akan lebih memilih untuk membeli sahaja di bazar Ramadan namun untuk lebih kepuasan dan menjimatkan. Ada sebenarnya boleh melakukan sendiri setiap juadah yang terdapat di bazar.
Seperti air Vanilla Blue Aiskrim ini, jika di bazar sampai beratur panjang pengunjung sanggup lakukan demi mendapatkannya. Baru -baru ini seorang pelajar Facebook telah berkongsikan cara untuk membuat air ini.
Mudah sahaja rupanya dan yang paling penting ianya jimat dan puas dinikmati bersama keluarga.
“Sedapnya kalau berbuka minum vanilla blue aiskrim…”
Nak beli dekat bazar Ramadan, takut cepat cair dan tak manis pula. Jadi, solusinya buat sendiri sahaja air vanilla blue aiskrim ini di rumah seperti perkongsian Puan Nordiana di laman Facebooknya.
SEDAPNYA VANILLA BLUE AISKRIM NI, MEMANG ‘TERANGKAT’ MINUM!
Mudah sahaja nak buat kerana hanya menggunakan beberapa bahan. Jom cuba!
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.