Pasti ibu-ibu ada makanan kegemaran yang dimasak sendiri oleh ibu mentua kan. Justeru kalau pulang ke kampung tu, pasti menghadarpakn hidangan tersebut ada dihidangkan dimeja makan. Tak perlu yang susah pun, Daging Goreng yang dimakan bersama nasi pun sudah memadau. Hidangan yang nampak simple ini sememangnya sangat digemari oleh sesiapa sahaja sampailah licin pinggan setiap kali makan.
Sebenarnya mudah je nak buat, jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Simple, sedap dan mudah!
Nak share cara goreng daging stail mak mertua….
Favourite tok laki kami…
Balik jumaat satgi mau keqenyeh sampai tengah belakang laa…
RESEPI DAGING GORENG STYLE MAK MERTUA
1. Panaskan pan/belanga ikut suka ampa..Tauk ja daging hiris, basuh leklok…Biaq p dia dalam tu sampai keluaq ayaq…
2. Bila daging semua dah bertukaq kaler…Buh serbuk kunyit…
Ads
3. Kacau serata kunyit tu..Biaq dia kering sikit..Tak payah dok usik sangat.
4. Agak-agak ayaq dia dah kering sikit..Buh minyak…bagi lebih takpa..Sat nak palit minyak tu dgn nasi panaih. Uiiii…
Ads
5. Tauk p bawang besaq, cabai..Buh la selori pun kalau suka makan bawang & cabai..Buh garam, sedap rasa..(mak mertua kami suka buh aji…pon sedap takdak masalah)
6. Kami tutup pan tu dengan penutup RM 2.10 ni..Beli kat eco..Daging masak dengan wap dia sat lembut la..
Ads
7. Taraaa…siap dah..Senang yakmat takdak dah….Anak teruna pun boleh masak bagi dekat mak dia..
Fitrah manusia ada perasaan rindu, namun rindu yang paling sakit adalah bila kita rindu pada orang yang telah pergi meninggalkan kita. Mengubat rindu di hati, pelbagai cara kita lakukan selain sedekah bacaan al-fatihah, kita juga akan mengimbau kenangan indah bersama insan tersayang. Bahkan ada juga antaranya, akan menyediakan makanan yang pernah menjadi kegemaran insan tersayang untuk mengimbau kenangan bersama.
Antaranya adalah seperti menu yang dikongsikan oleh Puan Norisma Miskan yang tiba-tiba berasa teringin untuk menikmati salah satu hidangan sambal yang cukup digemari oleh arwah bapanya.
Resipi istimewa ini juga turut dikongsikan di facebook dan ramai yang telah mencuba resipi tersebut. Nyata rasanya cukup digemari ramai.
Jadi buat anda bolehlah mencuba resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit. Serai & Petai yang dikongsikan di sini.
Selamat mencuba.
Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai
Alkisahnye…dah lame teringin nak makan sambal favourite arwah abah…Hari ni baru berkesempatan untuk masak…Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai…makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup selera..
Bahan-bahan :
20 biji cili padi…nak pedas boleh tambah
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 helai daun kunyit
3 batang serai
Petai
Ikan masin…saye guna ikan kurau…kalau ada ikan pari masin lagi best
Cara Buat :
1.Bahan-bahan semua hiris halus.
2.Mula-mula goreng ikan masin sampai masak. Angkat dan ketepikan.
3.Gunakan minyak yang sama, tumis pula cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.
4.Kemudian masukkan petai dan tumis seketika.
5.Selepas itu masukkan daun kunyit dan serai. Tumis sampai layu dan masukkan ikan masin dan asam keping.. Gaul bagi rata
6.Masukkan sedikit air, garam kalau tak masin dan secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap dan masa ini kalau nak letak tempoyak pun boleh…letak dalam 2 sudu besar…memang meletup.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Setiap orang miliki momen indah bersama orang tersayang. Tidak kira yang masih bernyawa atau yang sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Justeru, barangan milik arwah pasti meninggal memori yang cukup manis buat kita. Demikian juga dengan seorang pengguna media sosial, Ezeet Abu Bakar.
Dalam satu perkongsian, dia meluahkan rasa kagumnya apabila terjumpa barangan dapur yang sudah lama tamat tempoh tetapi masih tersimpan elok di dalam kabinet dapur milik arwah ibunya.
Antara barangan yang dijumpainya adalah serbuk koko, serbuk baking powder jenama Royal yang dikeluarkan sebelum negara mencapai kemerdekaan.
“Saya mencuba sendiri serbuk koko tersebut hari ini, serius boleh diminum lagi dan masih segar rasanya. Mereka jujur dan ikhlas menjaga kualiti produk keluaran mereka,” tulisnya di laman Facebook.
“Terkejut saya bila buka kabinet dapur ibu, ada lagi barang-barang dapur yang masih belum dibuka, masih elok seal dengan aluminium dan selepas dibuka, tiada kulat atau sebarang serangga.
“Saya amati tin-tin tersebut sambil mengenangkan arwah ibu yang membesarkan kami. Kemudian saya ternampak harga dan tarikh luputnya, yang paling saya terkejut, baking powder ibu expired pada 4 Ogos 1951,” ceritanya.
Serbuk koko dan tarikh luputnya (kanan atas) serta tarikh luput pada tin baking powder.
Menurut Ezeet, barangan tersebut ditemuinya ketika dia mengemas rumah arwah ibunya di Muar, Johor, sewaktu negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jelasnya, dia sudah hampir tujuh tahun tidak menjejakkan kaki ke rumah tersebut, iaitu setelah kematian ibunya.
Ezeet turut bercerita mengenai satu tin serbuk koko larut jenama Van Houten yang masih elok untuk digunakan walaupun tarikh luputnya adalah pada 1 May 1998, iaitu sekitar 23 tahun lalu.
“Bila saya buka serbuknya masih gebu lagi, jadi saya bancuh dengan susu pekat dan sedikit garam.
“Rasanya memang berbeza dan elok sangat lagi, terduduk saya bila minum secawan, terus saya menangis terkenangkan ibu.
“Saya mengimbau balik keadaan ibu masa tahun 1978, umur saya baru empat tahun, kemudian saya teringat bangunan lama, bazar termasuklah Muar Trade Center dan kenangan saya duduk di kerusi rotan yang diletakkan di atas palang basikal,” katanya, yang juga seorang jurutera mekanikal.
Ezeet turut menjumpai buku dekorasi milik ibunya.Menurut Ezeet, ibunya yang juga seorang doktor meninggal dunia sekitar enam tahun lepas disebabkan jangkitan kuman.
Katanya, serbuk koko dengan berat bersih 125gram serta lengkap dengan tanda harga ‘RM3’ itu mungkin digunakan ibunya untuk membuat kuih raya.
“Serbuk koko tu rasanya ibu nak guna untuk buat kuih raya tapi keadaannya bila saya jumpa masih belum dibuka, mungkin sebab waktu tu anak-anak sudah berhijrah kerja di Kuala Lumpur.
“Kalau tengok pada tahun itu, dia tinggal sendirian, tiada siapa bantu dia, mungkin sebab itu barangan tersebut tidak terusik.
“Itu yang membuatkan saya terkenang semula, kalau berpandukan pada tarikh luput tersebut mungkin dia beli pada tahun 1995 atau 1996,” katanya, sambil menambah ibu dan bapanya berpisah pada tahun 1987.
Saya menghargai kenangan. Biar tiada duit tak mengapa asalkan saya boleh simpan (barangan antik) untuk generasi yang akan datang.
Selain makanan, Ezeet yang pulang ke rumah bersama isteri dan anaknya turut menjumpai buku resepi lama serta buku dekorasi milik ibunya.
“Buku resepi ini boleh dijilidkan semula sebab masih elok lagi.
“Ia mengandungi resepi tradisi yang tidak menggunakan rempah ratus segera dan ilmu ini boleh dikongsikan dengan generasi terkini,” katanya.
Menurut Ezeet, dia sendiri sememangnya seorang yang gemar mengumpul barangan lama.
Antara koleksi barangan lama yang disimpannya termasuklah kolek atau sampan berukuran sepanjang lima kaki yang dibelinya, bekas tembakau songel, Zippo (segenis pemetik api) dan tempayan.
Kolek sepanjang lima kaki ini boleh memuatkan satu orang.
Ezeet juga ada menerima beberapa barangan lama lain yang dihadiahkan oleh pemilik asal apabila mengetahui tentang minatnya dalam mengumpul barangan lama.
Menurut Ezeet, dia tidak akan pernah menjual koleksi barangan lama yang dimilikinya.
“Jual? Saya sayang, saya menghargai kenangan.
“Biar tiada duit tak mengapa asalkan saya boleh simpan (barangan antik) untuk generasi yang akan datang,” katanya.
Sedapnya bila dicicah bersama kopi atau teh. Ada juga yang meletakkan susu pekat dan makan begitu sahaja. Itulah keistimewaan biskut cream cracker. Tapi biasanya kita hanya membeli di kedai kan. Apa kata cuba buat sendiri. Mudah jer caranya.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Wahidah Hasan . Selamat mencuba!
Biskut ala ala cream crackers ni tak kurang sedapnya kalau buat sendiri 😊
Ramai yang pm mintak resepi cream crackers. So saya share kat sini ya.
Resepi asal guna unsalted butter sebab ada anak bawah 2 tahun, tapi kalau maknya nak mkn boleh guna butter biasa 😅
Resepi cream crackers homemade :
– 2 sudu besar butter
– 1 sudu besar cream cheese
– 1 cwn tepung gandum
– 2 sudu besar minyak
– 1/4 cwn air (tak habis pun, guna sikit je)
Cara cara :
– Gaul sebati butter dan cream cheese.
– Masukkan tepung sedikit demi sedikit smp habis.
– Masukkan minyak dan gaul sebati.
– Last sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sikit sikit smp adunan tak melekat di tangan.
– Terapkan acuan kesukaan. Saya potong petak guna pisau je. Then buat lubang dengan garfu dan terap nama anak kat tengah tengah.
– Bakar suhu 170° selama 15-20 minit api atas bawah.
*sila gelek adunan tu nipis nipis ya kalau tak nak keras
*kena pantau biskut masa tengah bakar, kalau dah nampak perang, boleh angkat.
Just nak share rupa acuan tulisan untuk terap atas biskut. Comel kan ? Acuan ni saya beli di Lazada RM5.20 termasuk pos. Boleh search alphabet mould/alphabet stamp ya 🤗
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...