
Ringkas tapi sangat membuka selera, makan pula dengan nasi panas-panas . Memang layan la. Tak perlu menu lain, cukup ini pun sudah sedap.
Bolehlah ibu-ibu cuba nanti resipi air tangan dari Dani Shoppe’s
Sape suka mcm ni? Basah² sikit 😋
Bukan daging korban, sy guna daging dari pasaraya je.
Daging goreng kunyit cara saya
1. Daging hiris ikut suka
2.kacang panjang hiris
3. Bawang holland hiris
4. Cili hiris
👉 Sediakan periuk @ kuali. Letak daging. Hidup kan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
👉 Masak smpai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau² biar semua sebati & lembut serata.
👉 Bila daging dah lembut, air dah kering & tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak² daging tu. Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang. Kalau sy mmg tak tambah dah sebab tak suka daging jd garing.
👉 Masukkan bawang & kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.
👉 Kalau sy, tak perlu garam dah sebab dah guna sos tiram. Rasa lah ye, kalau perlu garam & gula sila tambah.
Nota : saya doakan sesapa yg nampak post ni senangtiasa diberi rezeki kesihatan, rezeki anak², mudah dpt kerja, hidupnya sentiasa tenang, bahagia dan bebas dari hasad dengki ☺️
“Ku Ingin Dia Sehingga Menutup Mata.” Sempena Anniversary Ke-12, Ajak Shiro Dedah Kisah Cinta & Isteri Sejak Sekolah. Sweet!

Berkenalan sejak di bangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.
Terbaru, pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-12. dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Ajak memuat naik satu video mengenai detik perkenalan dengan isteri tercinta sejak di bangku sekolah lagi.
Aku budak nakal
Aku budak nakal yang selalu kena cabar dengan awek dia. Budak nakal yang selalu kena bebel dengan awek dia. Budak nakal yang kena paksa belajar matematik. Alhamdullilah, sampai sekarang awek tu juga lah yang selalu berada di belakang dia.
Awek tu juga lah yang masih bebel dia. Awek tu juga lah yang jaga akaun duit dia. Aku harap sampai aku tutup mata, aku tetap dengan awek yang sama. Doakan keluarga kami terus bahagia. Selamat Ulang tahun sayang.
Dalam video tersebut, Afifah dilihat membuat panggilan video sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka. Sambil bertanyakan kepada suaminya mengenai berapa tahun mereka sudah mengenali antara satu sama dan berapa tahun mereka sudah mendirikan rumah tangga.
Jelas Ajak, dia mengenali isterinya itu sejak di bangku sekolah. Hubungan mereka semakin rapat apabila kedua-duanya menetap di asrama semasa zaman persekolahan. Tambah Ajak, dia sering menganggu isterinya pada waktu itu.
Siapa sangka akhirnya, perkenalan tersebut membawa pasangan ini ke jenjang perkahwinan dan kini dikurniakan tiga cahaya mata.
Sementara itu, Afifah turut berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan seorang suami, seorang sahabat dan seorang bapa yang sangat baik dan penyayang buat dirinya dan anak-anak.
Dalam pada itu, dia turut menitipkan doa semoga ikatan perkahwinan mereka berdua kekal buat selama-lamanya.
Terima kasih ya Allah. Kau ciptakan dia untukku. Kau ciptakan aku untuk dia. Berkenalan, berkahwin dan berumah tangga. Buat hidup aku lebih bermakna. Tamaknya aku, aku inginkan lebih daripada itu.
Ku inginkan dia sehingga menutup mata. Sehingga ketemu di syurga menjadi bidadarinya di sana. Terima kasih sayang atas segalanya. Kuat cinta kamu begitu juga aku. Kuat kasih kamu begitu juga aku. Doaku, kuat hubungan kita selamanya. Amin.
Sumber: Ajak Shiro & Afifah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mudahnya Nak Buat Mayonis Parsley & Sos Bawang Putih Arab Ala Homemade. Pakai Blender Pun Boleh. Ringkas Tapi Sedap!

Biasa kita beli mayonis di kedai tetapi kalau nak lebih jimat, ibu-ibu sebenarnya boleh mencuba buat sendiri di rumah. Memang jauh lebih jimat. Perkongsian resipi oleh Puan Ida Alina Salleh menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) menghasilkan resipi Mayonis Parsley dan Sos Bawang Putih Arab ini cukup menarik.
Mayonis Parsley dan Sos Bawang Putih Arab (toum) home-made.
Resepi ada diberikan dalam caption gambar.
Saya tak berapa suka beli mayonis dari kedai. Kalau buat sendiri boleh buat macam-macam perisa dan tak perlu risau kandungan gula.
Sos bawang putih ala Arab saya buat sekali agar tak terbuang putih telur sebab kuningnya saya guna untuk Mayo.
Kalau simpan dalam fridge, dua-dua sos ni InshaAllah tahan seminggu. Biasanya bagi kami, tak sempat habis seminggu dah khatam.
Sos-sos sedap untuk sapu dalam wrap, atau dicicah sayuran dari air fryer dan macam-macam lagi.
Saya guna emulsion / stick blender. Kalau tak ada, guna blender biasapun boleh, InshaAllah.
Mayonis Parsley
1 biji kuning telur
1 ulas bawang putih
1 Sudu besar jus lemon segar
Sedikit garam dan madu (secukup rasa)
Minyak sayuran 200ml
1/2 genggam parsley di racik.
Cara membuat:
- Mula-mula blend kuning telur dengan bawang putih, jus lemon, garam dan madu.
- Bila dah bersatu semuanya, alirkan minyak sedikit demi sedikit sambil teruskan memblend.
- Jika terlalu cair, tambah sedikit lagi minyak hingga dapat konsistensi yang diingini.
- Akhir sekali, masukkan parsley dan teruskan blend hingga halus. Siap untuk digunakan
Sos Bawang Putih (Toum)
7 ulas bawang putih
1 putih telur
2/3 cawan minyak sayur
1 camca besar jus lemon
Garam sedikit.
- Blend dahulu putih telur dengan bawang putih yang telah dikupas dan dihiris.
- Bila bawang putih sudah halus, sambil terus memblend, masukkan minyak dengan aliran tetap perlahan-lahan. Adunan akan memekat.
- Teruskan aliran minyak hingga adunan agak kental. Sos toum ni lebih kental dari mayonis.
- Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Blend hingga sebati.
- Sedap dihidang dalam wrap, dengan kebab, dicicah ayam goreng dan sebagainya.
Simple Je Tapi Sedap! Pulut Kuning Rendang Daging Ni Memang Ngam

Bila tiba hari ulang tahun suami, isteri atau anak pastinya menu yang satu ini menjadi pilihan semua. Pulut Kuning juga sangat enak dimakan bersama rendang ayam atau daging.
Dengan resipi yang dikongsikan oleh Hamidahgaffar Exclusivedeco ini memang dijamin berhasil dan sedap. Tak lupa juga rendang daging yang memang semestinya wajib dimakan bersama pulut kuning yang lembut dan berlemak.
Pulut Kuning
Bahan-Bahan:
- 1 kg setengah pulut (pulut susu)
- Santan 1 kotak kecik
- Daun pandan 10 helai
- Serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
Cara-Cara:
– Rendam dahulu pulut bersama dengan sedikit serbuk kunyit (saya letak 2 sudu) cantik je warnanya dan rendam selama 3-4 jam.
– Panaskan pengukus. Sambil tu susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning jadi lagi sedap. Kemudian masukkan pulut atas daun pandan dan kukus sampai sedikit lembut dalam 1 jam.
– Dah agak lembut tu, keluarkan letak dalam bekas lain.
– Kemudian ambil 1 kotak kecil santan tadi, tambah air kuantiti penuh 1 mangkuk besar Lepas tu tambah sedikit garam.
– Lepas tu gaulkan dgn pulut tadi, dah rata kukus semula. Cara lain boleh juga letak semula daun pandan tadi, susun balik dan kukus mcm tadi selama 15 ke 30 minit lagi dan siap boleh dimakan.
Rendang daging
Bahan-Bahan:
- 1 kg setengah daging
- 2 biji bunga lawang
- 2 batang kayu manis
- 3 helai daun kunyit
- 2 sudu serbuk kari daging
- 2 bungkus kerisik
- 2 kotak santan kecil
- Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
- 15 ulas bawang merah saiz sederhana besar
- 10 ulas bawang putih
- 2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 5 batang serai saiz besar
- 20 tangkai cili kering (ikut pedas yang ibu-ibu suka)
Cara-Cara:
– Panaskan minyak, minyak kalau boleh kuantiti yg banyak. Dalam 1 cawan sebab masa menumis bahan kisar akan berair.
– Masukkan bunga lawang dan kayu manis kemudian masukkan semua bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
– Kemudian masukkan serbuk kari tadi. Pastikan masa masak sentiasa kacau ya, takut hangus belah bawah nanti.
– Dah pecah minyak masukkan daging tadi, gaul sebentar kemudian tambahkan air dalam 3 cawan, tunggu sehingga daging lembut. Selagi belum lembut kalau boleh jangan masukkan santan dulu ya. Jika perlu, tambah air lagi tambah sahaja sampai betul-betul lembut.
– Bila daging dah lembut masukkan kerisik, santan dan daun kunyit yang dipotong mayang tadi.
– Last sekali letak garam dan rasakan. Kalau nak pekat, masak lama sikit tapi kecil, kalau nak kuah banyak dah boleh matikan api ya.
Sumber: Hamidahgaffar Exclusivedeco