Tinggal dengan mentua ada kelebihan dan kekurangannya. Lebih-lebih lagi jika ipar duai lain pun serumah dengan kita. Bab aurat sudah tentu kena jaga kan.
Justeru, pergerakan di dalam rumah agak terbatas, baik nak ke dapur mahupun ke bilik air. Apa lagi nak bermesra dan bergurau senda dengan pasangan sendiri kena hati-hati tak boleh dilihat pada tatapan ipar duai atau anak-anak kecil yang lain.
Seorang wanita bernama Ain Zaki berkongsi cerita bagaimana dia menjaga ‘privacy’ biarpun tinggal serumah dengan mentuanya.
Hasil kreativiti Ain, dia telah menukar sebuah bilik menjadi seakan-akan rumah kecil yang dianggap ‘syurga kecil’ milik mereka sekeluarga.
Nak tahu caranya, jom baca ni!
Dapur dalam bilik tidur! Belum ada rumah sendiri , duduk dgn mentua , dlm rumah ada 2 family ipar duduk skali..
Rasa pgerakan terbatas bila masak2 kat dapur bawah.. yela , pakaian kita kena jaga kan.. xkan nak pakai mcm dlm rumah sendiri..
Pujuk en husb utk reno skit buat dapur dlm blik.. memandangkan bilik besar juga.
Dlm bilik pakai dapur karan , ada blower , ada tingkap & ada pintu .. bau masuk blik tu ada la tp tak la sampai berbau tilam baju semua.. stakat bau2 harum je gituu..
Nk mkn apa cakap jer .. Semua bahan lengkap. Peti ais ada tp besar sgt xmuat dapur. Jd letak kat luar ( dalam bilik )
Tapi bagi saya .. ni syurga kecil kami. ??
Doakan sy ada rezeki beli rumah sendiri..
Ruang keseluruhan bilikPintu menuju masuk ke dapurRuang dapur yang nampak kemas dan tersusu. Pinggan mangkuk di simpan di dalam kabinet.Ruang memasak yang menggunakan dapur elektrik.Ruang menempatkan katil yang ringkas tapi kemas.
Melalui pengalaman pertama kali anak akan melangkah ke alam persekolahan, tentu ada antara ibu ayah berasa bimbang dan tidak yakin melepaskan anak-anak ke sekolah.
Maklumlah, pada pandangan ibu ayah anak berusia 7 tahun masih kecil dan belum pandai berdikari.
Menyedari hal itu, seorang guru ini menyenaraikan beberapa perkara asas yang harus diajar oleh ibu ayah bagi memastikan anak-anak mereka dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan sebelum melangkah di hari pertama ke sekolah.
Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu. Jom semak perkongsian penuh daripada guru ini.
Ada anak Darjah 1 tahun 2020? Ini persiapan sebagai ibu bapa.
1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.
Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.
Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.
Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.
Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.
Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.
Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.
Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,
” Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.”
Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.
Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.
Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.
Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.
Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.
Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8. Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.
Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!
Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku.
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.
9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.
Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.
Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.
Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?
10) Tampal no telefon ibubapa pada bekas pensel, buku komunikasi dan beg sekolah anak. Mana tahu ada kecemasan, anak terberak dalam kelas, anak jatuh terluka, anak demam dan sakit tiba-tiba, senang cikgu nak hubungi.
11) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.
BERHENTI MERUNGUT!
Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.
Hati ibu mana yang tidak sebak apabila melihat anak yang masih kecil dijangkiti virus paling bahaya di dunia. Sudah pastinya ibu sanggup lakukan pengorbanan untuk anak tersayang.
Begitulah yang dilalui oleh pelakon dan pengacara Ain Edruce apabila cahaya mata sulungnya disahkan positif.
Sebelum itu, suami tercinta, Amirul Hafiz disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu.
Anaknya, Soraya yang baru berusia sembilan bulan dan masih menyusu badan membuatkan dia nekad meneruskan penyusuan susu ibu.
Muat naik terkini, mengenai status kesihatan anaknya menarik perhatian ramai peminatnya di media sosialnya. Ain Edruce memuatnaik foto ketika di hospital bersama anaknya berserta kapsyen meluahkan rasa syukur anaknya kembali sihat.
“Hye everybody. Sonaya okay . Time tau dia kena covid sedih ain and @amirul_hafizz .. down sgt kiteorg.. tapi she’s better now. Thanks semua yang mendoakan .. aktif bethol die hari ni.. kite sampai x larat layan dia awak hahaha.”
Dalam pada itu menerusi instastory 20 jam lalu, pengacara ini turut meminta peminat untuk berkongsi petua bagaimana untuk menbanyakkan susu ibu. Katanya anaknya tidak selere untuk makan sebaliknya hanya mahu menyusu badan sahaja. Dia mengucapkan terima kasih buat peminat yang berkongsi petua.
Telah Dibenarkan keluar di hospital
Terbaru kira-kira tiga jam lalu, Ain Edruce melahirkan rasa syukur dengan memaklumkan bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital hari ini.
Rakan Artis Dan Peminat Titip Doa Untuk Anak Ain Edruce
Melihat foto anaknya berada di hospital , ramai peminatnya menitipkan doa agar anaknya kembali sihat.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.