Resipi daging dendeng sedap memang sesuai dijadikan stok lauk berbuka dan bersahur. Pasti ramai yang telah membuat persiapan menyambut bulan penuh keberkatan, Ramadan yang tinggal lagi dua hari akan menjelang.
Selain membuat persiapan spiritual untuk merebut ‘tawaran’ ganjaran pahala, golongan mak-mak tidak ketinggalan turut membuat persiapan juadah berbuka puasa dan bersahur kelak.
Membuat stok makanan tahan lama seperti sambal bilis kering, pes sambal, serunding daging atau daging dendeng antara yang banyak dilakukan oleh kaum ibu.
Bagi yang nak cuba buat sendiri masih sempat lagi memasaknya dengan menggunakan resipi dikongsi oleh
Roslan Eusof dalam facebook MAHN. Nampak menyelerakan masakan daging dendengnya.
Resipi daging dendeng sedap
Assalamualaikum wbt,masa terluang hari ni saya nak kongsi resepi istimewa yang saya masak semalam 29/3/‘22,satu resepi yang sesuai juga untuk menyambut kedatangan Ramadhan 1443 – Daging Dendeng,sedap buat berbuka atau bersahur. Resepi yang saya olah:
BAHAN-BAHAN:
1.5 Kg Daging (saya guna bahagian peha), dicuci dan rebus bersama 1 Sudu Makan Serbuk Ketumbar hingga empuk, simpan air rebusan untuk kegunaan nanti. Setelah sejuk boleh hiris daging ikut ketebalan citarasa masing2. Seterusnya tumbuk daging,tumbuk manja bukan lumat
Gaul Daging Tumbuk bersama 2 Sudu Makan Serbuk Kunyit dan 5 Sudu Makan Kicap Lemak Manis Jalen.Restkan sekejap dalam 15 Minit dan goreng daging ikut kegaringan kesukaan masing2.
Bahan-Bahan Yang DiGoreng dan Kisar bersama 1/2 Cawan Minyak Masak:
6 Biji Bawang Merah,
15 Ulas Bawang Putih,
2@ Halia,
1” Lengkuas,7 Batang Serai(simpan bahagian yg hampir2 hijau tu dan dititik/ketuk untuk kegunaan nanti)
25 Biji Cili Kering Kerinting dan
5 Biji Cili Kering Gemuk,digunting buang biji dan rebus.Tos kering.
Kisar semua bahan dengan minyak sehingga halus.
Bahan-Bahan Lain:
1/2 Cawan Kicap Lemak Manis Jalen
3 Sudu Makan Kicap Pekat Jalen
Asam Jawa – bancuh dengan Air Rebusan untuk dapat jus pekat anggaran 1/2 Cawan
Serbuk Ketumbar – 2 Sudu Teh,
Serbuk Jintan Manis – 1 Sudu Teh,
Serbuk Jintan Putih – 1 Sudu Teh
Daun Limau Purut – anggaran 7 Helai dicarik-carik
Gula Pasir – 2 Sudu Makan
Bawang Goreng – segenggam
Garam jika perlu
Cara-Cara Memasak:
1.Panaskan 2 Sudu Makan Minyak Masak dan masukkan 7 Batang Serai yg dititik,goreng hinggan keperangan.Terus masukkan Bahan Kisar dan tumis sehingga pecah minyak.Kena kerap kacau.
2.Seterusnya masukkan Daun Limau Purut dan Serbuk Ketumbar,Jintan Manis dan Jintan Putih,gaul rata.Boleh tambah air rebusan sedikit2 jika terlalu kering.Masukkan Air Asam Jawa.Teruskan kacau2 biar sebati.
3.Masukkan Gula diikuti Kicap Lemak Manis Jalen.Gaul biar sebati,tambah sedikit air rebusan jika perlu.
4.Masukkan Daging Goreng,gaul dan pastikan setiap kepingan disaluti rencah/kuah.
5.Tambah Kicap pekat dan gaul rata semua bahan.Akhir sekali masukkan Bawang Goreng dan gaul rata semua bahan.Rasa sekali lagi masin masam masakan dan buat pembetulan jika perlu.Daging Dendeng siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba