Anda pernah mencuba untuk menyediakan menu daging dendeng untuk keluarga? Jika belum pernah, apa kata anda sediakan menu yang digemari ramai ini dengan resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris ini.
Mungkin sebelum ini ada yang beranggapan menyediakan menu daging dendeng ini rumit, namun rupanya tidaklah begitu bahkan ramuannya juga tidaklah banyak. Memang boleh sangat untuk anda sediakan untuk keluarga merasa air tangan anda dalam penyediaan daging dendeng.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu istimewa pada hari ini.
Daging Dendeng Padu
Langkah 1 : Anggaran 1/2 kilo daging dibasuh bersih. Potong ikut suka hati. Kemudian rebus daging sampai empuk. Angkat dan toskan.
Langkah 2 : Tumbuk daging guna lesung batu. Tumbuk sampai penyet je.
Langkah 3: Masuk dalam mangkuk, perap dengan kicap biar rata gitu. Perap lebih kurang 20minit.
Langkah 4 : Panaskan minyak, goreng daging anggaran 5 minit. Angkat dan ketepikan dulu. Begini kejadiannya.
Langkah 5 : Sementara tu jom kita kisar bahan tumis.
2 inci halia
2 biji bawang besar
2 batang serai
3 ulas bawang putih
Langkah 6 : Guna minyak yang sama, jika banyak buang sedikit. Tumis serai dulu kasi naik bau. Kemudian tumis pula bahan kisar. Kacau biar bahan kisar kekuningan.
Langkah 7 : Masuk 2 senduk cili kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.
Langkah 8 : Dalam masa yang sama, masuk 10 helai daun limau purut. Banyak lagi sedap aromanya. Masuk setengah cawan air asam jawa. Kacau biar mesra.
Langkah 9 : Letak 2 sudu gula. Kacau dan kacau lagi. Masuk sedikit air rebusan daging. Biar pecah minyak lagi.
Langkah 10 : Letak kicap anggaran 10 sudu. Kacau sebati. Masuk daging tadi.
Langkah 11 : Biarkan daging itu bergaul mesra bersama kuah sehingga sedikit kering dan pekat.
Langkah 12 : Masuk pula 1 sudu secukup rasa. Tak letak pun tak berdosa.
Siap
Sumber : Liza Idris
ARTIKEL MENARIK: Nak Beli Emas Kena Bayar ‘On The Spot’. Haram Bayar Ansuran, Mungkin Ada Yang Tak Tahu!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club