Menyediakan hidangan untuk anak-anak tak susah pun, janji sedap mudah dan mengenyangkan. Lagi-lagi jika anda mahu berjalan jauh sama ada bercuti atau pulang ke kampung, pasti anak-anak kelaparan ditengah jalan, apa kata cuba resipi Cuppiza yang dikomngsikan oleh puan Eyqa Roslan ini.
Selain dijaduikan menu untuk anak-anak ketika di dalam kenderaan, Cuppizza ini juga sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi mahupun majlis-majlis parti.
Harini saya nak share 1 resepi simple dan cepat!
Cuppizza, hehe taktau nak bagi nama apa.
Sesuai untuk parties, breakfast or bekal roadtrip dalam kereta
Kalau roti tak habis, bila buat ni..silap2 kena beli roti baru. Hehe
Bahan bahan untuk 5 ketul cuppiza ;
Roti 3 keping
Telur 3 biji
Hotdog 2 (kalau nak)
Bawang holland
Mayonaise 1 sudu besar
Salt & Pepper
Cara :
Potong semua bahan2 tu bentuk dadu / nipis2.
Gaulkan dalam mangkuk. Masukkan dalam bekas cupcake / muffin. Lepastu sprinkle salt n pepper.
Panaskan air fryer 5 minit suhu 180. Bakar selama 10minit, suhu 160.
Siappp!
#eyqamasak