
Buntu nak hidang apa untuk minum petang ini, apa kata cuba menu yang cukup mudah ini. Jom admin kongsikan resipi oleh puan Nur Al-Huda.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.
Pagi ni awal skit masuk dapur sbb nk godek2 cucur viral 4 bahan ni. Anak2 suka sarapan jenis cucur2 ni. ?
Bahan-bahan:
2 cwn Tepung gandum tanpa peluntur
2 cwn air panas
3 sdb gula (sy guna orcs so kurang manis)
Secubit garam pink
Cara membuat:
1. Gaul semua bahan dengan senduk sehingga rata. Hati2 ye sebab panas ya amat ni.
2. Sapu minyak masak di tapak tangan untuk bulatkan adunan sebelum digoreng.
3. Goreng sehingga keemasan n boleh dihidangkan.
Siap.
Sekian?
MSG Petua Pokok Berbunga Lebat,Tanaman Membesar Sehingga Tiga Kali Ganda!

Berbudi pada tanah tiada ruginya. Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.
Melalui perkongsian di laman sesawang Kebun Bandar, penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus.MSG (Monosodium glutamate) merupakan salah satu penyedap rasa yang kelima yang sering digunakan dalam masakan.
Namun kini, penggunaan MSG juga boleh digunakan sebagai salah satu penggalak tanaman yang berfungsi memberi ‘booster’ kesuburan pokok selepas baja, terutama pada pokok yang susah hendak berbunga.
Batang tanaman akan menjadi lebih cepat besar dan berkembang. Manakala bagi dedaun sayur pula kan membesar dua hingga tiga kali ganda saiznya.Menarik bukan!
KAEDAH PERTAMA:
Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KAEDAH KEDUA
Bagi pokok kecil sediakan 1 sudu makan (15g) + 5 liter air (untuk tanaman seperti sawi, kangkung, bayam,salad,pokok kari, serai, pandan dan lain-lain)
Bagi pokok besar ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.
Kekerapan :
Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.
Selamat Mencuba!
Sumber: Kebun Bandar
4 Koleksi Masakan Ketam Yang Warganet Paling Suka. Boleh Cuba Sendiri, Baru Tahu!

Ketam merupakan antara menu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Ia boleh dihidangkan dalam pelbagai gaya serta cara masakan. Dengan isinya yang padat dan manis di tambah dengan rasa pedas, masin dan manis menjadikan hidangan berasaskan ketam cukup menyelerakan dan menikmatinya confirm sesisi keluarga puas hati.
Jadi jom cuba 4 koleksi resipi berasaskan ketam yang menjadi pilihan warganet.
KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Sedikit tepung jagung
Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega
Susu cair | anggaran 1/2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
- Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
- Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
- Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
- Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
- Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi
- Ok siap! Sedia dimakan dengan nasi panas.
Kredit resipi: Izzati Insyirah Rosli
ARTIKEL MENARIK :
- Pulut Kuning Tetap Lembut Walau Sejuk, Rupanya Begini Cara Orang Kelantan Buat Jadi Sedap!
- Sambal Tempe Bilis Kacang Yang Rangup. Buatkan Sebagai Stok, Boleh Makan Tak Kira Masa!
RESEPI KETAM SAMBAL BERSAMA TELUR PECAH
Bila dah dapat isi ketam yang padat,memang sedap dibuat masak lemak,Kari,…Kali NIH,isinya padat, Kita buat KETAM SAMBAL PECAH TELUR,memang sedap bila dimakan nasi. Nak makan bersama roti pun boleh tahan sedapnya…Manis ketam turun pada telur yang dipecah..tak percaya? Kena cuba masak dahulu baru tahu.
BAHAN-BAHAN:
2 kilo ketam(dicuci bersih)
10 ulas bawang putih (dicincang)
1 Biji bawang besar(potong dadu)
2 cm halia(dicincang)
7-9 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 batang serai dikatok
1 Biji tomato(dipotong dadu)
4 butir telur ayam
SOS cili 2 sudu besar
SOS tomato 2 sudu besar
SOS ikan 1 sudu besar
SOS tiram 2 besar
1 kiub ayam
1 sudu kecil serbuk belacan(jika suka)
Daun bawang(jika suka)
Garam 1 sudu kecil
Gula 2 sudu besar (jika suka)
Minyak masak secukupnya
1 cawan air
CARANYA-CARANYA:
1)Panaskan minyak dan masukkan serai, biarkan aromanya naik dahulu.
2)Masukkan halia dan bawang putih, masak sehingga sedikit keperangan,masukkan bawang dan masak seketika.
3)Masukkan cili kisar, daun limau purut dan tumis sehingga pecah minyak.
4)Apabila sudah pecah minyak,masukkan serbuk belacan,garam,gula,kiub ayam, tomato dan biarkan ianyanya masak seketika.
5)Masukkan sos ikan, sos ,tomato,sos cili,sos tiram. Gaul rata
6)Masukkan ketam dan 1 cawan air,dan biarkan ketamnya masak dengan sempurna (api sederhana) jika kuahnya kering jangan ditambah air lagi, biarkan nanti air ketam akan keluarkan sendiri.
7)Apabila sudah masak,masukkan telur,dan pecahkan didalam kuali,dan gual rata sehingga telur masak.
8)Tutup api dan siap dihidang
Kredit resepi :Nurul Ateekah
KETAM MASAK LEMAK CILI API!
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
Sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit*
Cili merah / cili padi mengikut citarasa*
Serai
Asam keping
Santan separuh
Garam
Gula
Perencah hilal
Air
Cara-cara:
1. Blend bahan yang ditanda ** dan tumis sekali masukkan serai dan asam keping.
2. Masukkan sedikit air dan ketam.
3. Last sekali masukkan garam, gula, perencah hilal dan santan.
*daun kunyit kalau ada boleh bubuh sekali.
*kalau masak udang dan lala pun sama je cara dia.
Kredit resepi : HasnorFadila Kadir
SUP KETAM
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam size sederhana besar, dibersihkan dan kerat 2
Bahan perlu di tumbuk atau kisar
5 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
1 inci halia
CARA-CARANYA:
1)Tumiskan sampai wangi & sedikit garing baru masukkan air, anggaran dalam 600 ml
2)Masukkan 1 biji tomato belah 4, 1 batang saderi yang di hiris serong & biarkan sebentar lebih kurang seminit dua.
3)Kemudian masukkan beberapa biji cili padi & biarkan mendidih sebentar.
4)Masukkan ketam dan biarkan masakkan sehingga berubah warna.
5)Perasakan dengan garam dan juga perasa.
6)Ketam sudah masak, taburkan daun bawang dan matikan api.
7) Perahkan separuh limau nipis dan taburkan bawang goreng.
8) Sudah siap dan sedia untuk dihidang
Kredit resipi : Mori Said Kitchen
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cerahkan Kulit Cara Semulajadi, Tak Ragu-ragu Boleh Gunakan 5 Bahan Dapur Ni!

Kalau cakap mengenai wajah yang cerah, putih dan gebu, rasanya semua wanita inginkan wajah putih mulus. Produk di pasaran dengan bahan pemutih antara yang berjaya menjadikan wajah semakin cerah.
Wajah putih gebu selalunya diimpikan semua wanita. Lebih-lebih lagi bila wanita yang sibuk dengan urusan anak-anak dan langsung tidak ada masa untuk fikirkan soal cantik.
Sambil sibuk melayan anak, ibu-ibu kena cuba petua ini yang dikatakan membantu buat kulit lebih cerah dan licin. Tak perlukan kos yang mahal, semua bahan dirumah boleh anda aplikasikan di kulit wajah.
SCRUB KUNYIT
Skrub kunyit boleh anda aplikasikan di wajah untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih cerah dan mulus. Ambil kunyit hidup bersama garam serta sedikit beras dan kisah hingga lumat. Kemudian sapukan ke seluruh wajah seperti memakai masker. Biarkan kering seketika dan selepas itu sentallah wajah dengan gosokan perlahan bagi menanggalkan segala bintik hitam. Wajah juga tampil lebih cerah.
PUTIH TELUR
Telur bermanfaat untuk melembapkan kulit. Selain itu, putih telur berfungsi untuk menganjalkan kulit. Cara yang sangat mudah iaitu dengan menyapu putih telur di wajah umpama memakai masker. Biarkan seketika dan basuh bersih. Tidak hanya menganjal dan mencerah, putih telur juga sangat berkesan untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam di atas hidung.
LEMON
Lemon memang sangat banyak manfaatnya pada tubuh dan wajah. Lemon dikatakan sangat baik untuk mengeluarkan sel kulit yang mati dan menjadikan kulit putih secara semula jadi. Gunakan air perahan lemon untuk membersihkan wajah setiap pagi dan malam untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Jadi, lemon kena sentiasa ada di rumah.
AVOKADO
Avokado kaya dengan vitamin E dan berfungsi untuk membantu mencerahkan kulit wajah. Ambil isi avokado dan sapu di bahagian wajah seperti masker seminggu sekali. Selain itu, avokado juga boleh menghilangkan kulit berminyak dan menghilangkan jerawat.
TOMATO
Tomato juga digunakan untuk mencerahkan kulit. Tomato boleh mengeluarkan sel kulit yang mati pada wajah. Gunakan masker tomato di malam hari dan bilas dengan air suam di pagi hari. Setiap hari melakukannya boleh mencerahkan kulit secara semula jadi dari dalam.